Konsultasi
Percuma
Nyatakan masalah atau situasi perhubungan anda untuk saya berikan nasihat.
Tanya Jawab (FAQ)
Apa itu coach?
Coach adalah satu perkataan dari bahasa Inggeris yang bermaksud pemberi arahan, pembimbing atau pelatih intensif.
Coach = Pelatih
Apa itu coachee?
Coachee = Yang di latih dan memerlukan arahan, bimbingan dan latihan
Apa itu coaching?
Coaching pula bermaksud arahan, bimbingan ataupun latihan intensif.
Coaching itu adalah proses yang membantu pelaku yang mengupah seorang ‘coach’ untuk mencapai misi yang diinginkan melalui bimbingan, arahan dan juga latihan.
Siapa upah coach 'Interracial Marriage'?
Mereka yang memerlukan bantuan dari coach ‘Interracial Marriage’ adalah:
- Pasangan yang akan berkahwin dan ingin mengetahui langkah-langkah berkesan membina rumahtangga dua budaya yang bahagia
- Pasangan dua budaya berbeza yang sudah berkahwin dan ingin mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka
Bagaimana menjadi 'Interracial Marriage' coach?
Coach ‘Interracial Marriage’ adalah seseorang yang membimbing pasangan dalam mempelajari kemahiran penting untuk berhubungan dalam konteks pasangan berbeza budaya, terutama dalam perkahwinan dan hubungan romantis.
Coach mengajar anda untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan konflik dan menawarkan langkah-langkah untuk memperhalusi dan memperbaiki hubungan.perkahwinan.
Apakah perbezaan antara coach dan konsultan?
Konsultan
- memegang kuasa dalam hubungan antara konsultan-coachee
- mempunyai jawapan dalam setiap permasalahan
- mempunyai kepakaran dalam bidang yang coachee ingini
- memberikan nasihat
- mengajar skil khusus, kemahiran atau pengetahuan
Coach
- Coachee memegang kuasa dalam hubungan antara coach-coachee
- membimbing coachee untuk mencari jawapan terhadap permasalahan mereka
- menawarkan kepakaran dalam proses perubahan, pencapaian misi dan pertanggungjawaban yang efektif’
- mempunyai kepakaran, pengetahuan atau pengalaman di bidang khusus yang coachee boleh kaitkan dengan situasi mereka
- seperti pembimbing atau mentor
- fokus membimbing pada tujuan yang sangat spesifik dan unik
- Pengalaman coach mengatasi jenis rintangan hidup tertentu dapat digunakan untuk menolong coachee yang mengalami perjuangan yang sama
Adakah coach bekerja dengan lelaki?
Coach bekerja dengan coachee wanita SAHAJA iaitu isteri kepada pasangan dua budaya.
Coachee WANITA boleh berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris.