Salji di Madrid 2021

Subhanallah. Tak sangka sangat² salji di Madrid kali ni turun dengan lebatnya!! Saya sangat seronok sebab memang tak jangka akan banyak macam ni tahun ni sebab tahun² sebelumnya memang kebanyakannya tak turun.

Tahun 2018 saya ada tulis tentang Madrid dilitupi salji tapi cuma di beberapa tempat saja di Madrid. Kawasan rumah saya tak de langsung! Tahun 2021, seluruh Madrid turun salji dan dijangka selama tiga hari dari 7 hingga 9 Januari. Masha Allah.

Fenomena turun salji selama 72 jam seluruh Madrid ni dipanggil ‘Filomena’ di sini. 🙂

Seronok! Tapi di kawasan yang memang dah selalu turun salji bagi mereka mungkin tak seronok. Ini adalah kerana salji ni bila sikit dan turun macam hujan tu cantik pada mulanya. Bila dah EXTREME memang la rasa tak best.

Terpaksa la bersihkan laluan jalan, atas kereta, atas atap rumah tiap² kali salji menimbun dan terlalu tebal. Kalau tak, tak dapat la keluar rumah atau atap rumah boleh roboh!

Saya sebenarnya malas nak keluar sebab sejuk sangat! Dari semalam petang dah rasa macam nak demam pun ada. Nak tak nak kena keluar jugak. Roti dan susu dah habis.

Leg weight Decathlon

Suami dah ajak keluar nak buat ‘Brisk walk’. Semangat sebab dah beli pemberat kaki dari Decathlon. Azam tahun baru nak kurus. Insha Allah. Ok lah..jom lah keluar.

Ingat dia nak pegi ke pasaraya Mercadona di kawasan rumah sekali dia menyimpang ke taman untuk pergi ke Mercadona yang lebih jauh. Alamak! Kasut pulak tak sesuai.

Salji di Taman dekat rumah

Mula tu turun salji renyai² je. Sejuk bukan main.

Bila dah sampai ke Mercadona, ambik la keperluan yang mana patut. Sekali masa nak keluar tu…mak aishh..lebatnya salji! Budak² kecik kat dalam pasaraya tu dah terlompat² nak keluar.

Read more..  Wales 3D2N Itinerary and Budget Trip
Belanja di Mercadona

“Mira! Mira!” – Lihat! Lihat!

Kata diorang sambil tunjuk kat luar tingkap.

Terus..sesi selfie dan syok sendiri menari² dalam salji yang turun dengan lebatnya. Hahah..

Salji dah makin lebat

Bila salji turun je badan dah tak rasa sejuk sangat. Pelik!

Rotiku basah

Takpe..terus menangkap gambar ye! Sampai naik basah dah rotiku dihujani salji.

Kanak-kanak riang

Suami dah naik fedap dah..hahha. Bila lagi nak dapat main salji ni? Fedap² pun masih nak lompat macam kanak² riang..huhu.

Makin lebat salji

Bila sampai rumah, family ‘video call’ nak tengok salji turun. Sekali lagi kena la turun. Kali ni sorang² cakap macam tak betul. Main² salji sorang² buat aksi macam²..huhu.

Taman sebelah rumah salji

Oklah..esok nak main salji lagi kalau turun. Insha Allah..kalau macik rajin.

1 thought on “Salji di Madrid 2021”

  1. Pingback: Islam Ubat Kemurungan | ZarinaElKabdani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *