Saya pernah melawat ke CentroCentro sebelum ini dengan rakan sekelas bahasa Sepanyol di Embajadores pada tahun 2017.
Walaubagaimanapun kami tak berpeluang pula nak naik sampai ke tingkat atas untuk melihat pemandangan sekitar Madrid kerana ada pengubahsuaian di tingkat tersebut.
Kami hanya naik sampai tingkat 6 dan melihat pemandangan Madrid dari tingkap yang kecil. T_T. Tak puas!
Kali ini saya dapat naik ke atas bersama teman dari Malaysia yang baru datang ke Madrid bulan Julai tahun ini kerana bekerja di sini.
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak cakap bahasa Melayu sebab selama ini saya sering berbual dengan teman-teman dari Indonesia dengan menggunakan telo yang bukan Melayu tapi bukan juga Indonesia.
Rojak!!

Walaupun kami cuba memahami antara satu sama lain tetapi kadang-kadang ada perkataan bahasa Indonesia yang saya tak faham dan ada juga perkataan bahasa Melayu yang teman-teman saya tak faham.
Ada perkataan yang sama tapi makna jauh berbeza. Sebagai contoh; perkataan ‘gampang’. Bahasa Indonesia bermakna ‘mudah, senang’ tetapi dalam bahasa Melayu ada maksud lain yang tak berapa bagus iaitu ‘anak haram’.
Jauh dari topik pula bercerita pasal bahasa. Hehe..apa pun saya bersyukur dapat bergaul dengan diaspora Malaysia. Biasalah..kita kan selesa dengan bangsa sendiri. Ada ‘platform’ yang sama.
Kembali kepada tajuk post – kami janji untuk jumpa sarapan pagi dan bertemu di Atocha. Saya cadangkan sarapan Churros di Churreria 1902. Untuk review Churros di Churreria 1902 saya akan tulis dengan lebih terperinci di post yang lain.