Kesan Ribut Salji di Madrid 2021

Masa saya tulis post tentang salji di Madrid 2021, saya memang tak sangka akan turun salji yang tercatat dalam sejarah Spain. Mereka panggil salji yang turun kali ni sebagai ribut Filomena (La borrasca Filomena).

Subhanallah. Memang seronok sangat sebab salji turun tanpa henti dalam 72 jam dan menimbun tinggi..lebih kurang 60cm! Jadi kalau baring pun tak sakit atas salji ni. Macam tepung orang kata.

Kesan Ribut Salji di Madrid

Kali terakhir Madrid turun salji macam ni adalah pada tahun 1971. Sebelum² ni kalau turun pun berapa jam je dan terus cair bila cecah jalan. Kali ni memang banyak! Masha Allah.

Ramai yang ambik kesempatan untuk ski / snowboard dekat tempat² yang curam dekat Madrid. Serious dah jadi macam ski resort satu Madrid ni!

Tapi salji ni memang seronok tengok pada mulanya tapi kesan dia pada Madrid..tak terhingga. Antaranya:

  • Jalan semua tutup
  • Kenderaan awam 3-5 hari tak dapat beroperasi kecuali Metro saja. Itupun cuma beberapa zon yang penting
  • Ada yang tak kerja lebih seminggu
  • Banyak orang jatuh dan patah tulang lepas salji jadi ais dan jalan licin
  • Sampah tak berangkat sebab lori tak dapat lalu jalan yang berais
  • Banyak pokok yang tumbang, patah
  • Banyak kerosakan atap sebab salji yang berkumpul jadi berat
  • Salji yang berat dari atas bangunan jatuh ke jalan dan merosakkan kereta dan membahayakan pejalan kaki
  • Banyak kenderaan terperangkap di highway, jalan² di gunung
  • Lori² yang bawa makanan dan barang² untuk pasaraya terperangkap dalam salji
  • Barang² di pasaraya banyak yang habis
  • Sejuk teramat sangat pada hari² selepas salji turun sebab salji dah jadi ais
  • Bil elektrik melambung sebab nak panaskan rumah. Dahlah tarif elektrik mahal di Spain ni.
  • Airport lumpuh lebih dari 3 hari
  • Ramai yang terperangkap dalam airport sebab tiket flight asyik kena cancel je
  • Test PCR Covid yang mereka buat dah tak berguna..dahlah mahal nak kena buat semula sapa nak bayar?
Read more..  Vegetarian di Madrid

Dan banyak lagi lah…Bersyukurlah siapa² yang tengok salji dekat TV je. Ok lah, jom tengok gambar² salji dekat² rumah saya.

Salji di Madrid 18 Januari 2021
Akhirnya jalan bersalji dibersihkan di Villaverde Bajo – 18 Januari 2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *