Tangisan Wanita Morocco

Dalam kelas bahasa Sepanyol saya ada ramai wanita Morocco. Jadi post saya hari ini saya nak tulis sikit pasal wanita Morocco.

Malam semalam saya ada kelas bahasa Sepanyol di CEPA Los Rosales. Kelas bermula dari jam 7.30 malam hingga 8.30 malam.

‘Profe’ kami datang lewat sikit. Jam sudah menunjukkan pukul 7.40 tapi masih tak nampak bayang daaa..biasa dia memang masuk kelas 7.35 malam.

Di sini guru atau cikgu di panggil ‘profesor’ untuk lelaki dan ‘profesora’ untuk wanita. Biasanya kami guna perkataan pendek je..’profe’. Bukan ‘prophet’ ye..:)

Sedang sibuk dengan alumni-alumni yang rata-rata berasal dari Morocco atau Maghribi dan sebaik saya kata kat diorang,

Lambat pulak profe hari ni kan?

Terus nampak batang hidung daa..Hehe..

Sejak dua menjak ni profe kami sering mulakan kelas dengan pertanyaan

Ayat apa yang kamu sangat perlukan?

Ini kerana rata-rata pelajar yang datang adalah pekerja seperti pembantu rumah, pembantu jualan di kedai-kedai, suri rumah, ‘baby sitter’, menjaga orang tua yang sangat lanjut usia dan sebagainya.

Kesimpulannya: Kerja-kerja yang bukan di pejabat.

Jam menunjukkan pukul 8 malam.

Tiba-tiba ada seorang wanita Morocco dalam awal 50-an masuk. Dia bekerja sebagai pembantu rumah dan menjaga seorang nenek yang berusia 80-an dan nyanyuk.

Crying woman

Malam ini kami mendengar tangisan wanita Morocco ini.

Kisahnya..profe kami mengajarkan ayat-ayat sopan yang perlu digunakan oleh seorang pekerja dalam ruang lingkup profesional.

Jadi kami wajib menggunakan bahasa yang sopan atau ‘formal’ untuk menghormati ‘boss’ atau ‘client’ dan yang sewaktu dengannya.

Wanita itu terus tanya kat profe sebab dia baru datang ke Sepanyol dalam dua bulan dan tak berapa fasih lagi.

Read more..  My Third Spanish Class in Madrid

Antara soalan wanita tersebut,

Bolehkah saya buat laporan kepada polis jika mereka melayan saya dengan teruk?

Kemudian profe saya tanya dia,

Mereka pukul kamu?

Dia kata tidak. Jadi profe saya beri nasihat begini.

Kalau setakat kata-kata kesat tak perlulah buat laporan tapi kalau mereka pukul kamu lebih baik kamu pergi saja. Kecuali kalau kamu memang perlukan sangat duit untuk menyara hidup kamu lebih baik kamu bersabar.

Kemudian tiba-tiba dia menangis dan menangis dan menangis.

Katanya..tuan dia bukan setakat mencarut tapi sentiasa mencari kesalahan dia dan setiap hari dia menangis. Walaupun dia mengadu pada agensi pekerjaan, aduannya langsung tidak dilayan.

Aduhai..kesian sangat.

Semoga Allah memudahkan urusannya dan membuka pintu rezeki buatnya seluas-luasnya. Amin.

Kemudian ada seorang wanita Morocco lain pun menceritakan kisahnya masa mula-mula dia datang ke Sepanyol.

Asalnya dia seorang yang lemah lembut tapi bila dilayan dengan sangat teruk di sini dia terpaksa jadi keras dan cakap sama macam cara orang Sepanyol disini.

Keadaan mengubah dirinya menjadi lebih keras untuk mepertahankan diri. Katanya, kena pukul dan kena carut itu dah asam garam untuk pembantu rumah.

Profe saya pula kata di mana-mana dalam dunia ini ada orang yang tidak berakhlak bukan di Sepanyol saja. Kadang-kadang berilmu tinggi, ijazah bergulung pun tidak bermakna orang itu ada akhlak.

Jangan kita buat satu kesimpulan mudah, oh..orang Sepanyol ni rata-rata biadab, kurang akhlak dan kurang hormat pada orang lain.

Tidak..

Di negara kamu dan di mana saja ada orang yang tidak berakhlak dan kurang rasa hormat pada orang lain.

Dia suruh sebut pada orang yang biadab tu,

Te falta respeto = Kamu kurang menghormati

Teringat saya akan akhlak Rasulullah SAW. Bilakah kita semua dapat istiqomah untuk mengikuti contoh baginda? Semoga kita semua dapat menunjukkan akhlak yang mulia kepada semua makhluk Allah yang kita temui.

Read more..  My Second Spanish Class in Madrid

Firman Allah:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Rasul ﷺ) mempunyai akhlak yang amat mulia.

(Al-Qalam 68:4)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *