Bahasa Sepanyol 1H1P-4-Factura

Dah lama tak cerita pasal bahasa Sepanyol. Hari ni nak cerita pasal perkataan ‘Factura’. Sebenarnya secara tak sengaja terjumpa perkataan yang hampir sama dengan perkataan dalam bahasa Arab.

Makna

Factura atau La Factura bermaksud bil atau resit atau invois.

Perkataan ni penting sangat kalau kata lepas makan di restoran atau lepas bayar barang kat kedai dan kita mahukan resit.

So, antara ayat-ayat survival yang berguna:

La factura por favor

Dame la factura for favor

Dame = berikan saya

Por favor = please (dalam bahasa Inggeris)

Nampak kat sini susah saya nak buat word-by-word translation, kan? 🙂 Lebih senang nak translate perkataan ‘Por favor’ tu dengan maksud yang tepat dalam bahasa Inggeris.

Kalau di Spain, perkataan ‘factura’ itu lebih banyak digunakan untuk bil atau invois macam bil elektrik, air dan sebagainya.

La factura de teléfono de este mes ya llegó – Bil telefon bulan ini dah sampai. (Spanishdict)

La cuenta

Bill machine

Ada perkataan lain yang lebih banyak digunakan di Spain untuk resit lepas kita makan di restoran iaitu ‘La cuenta’

La cuenta por favor

Dame la cuenta por favor

El tique

Manakala kalau untuk bil atau resit lepas kita barang di kedai atau pasaraya, biasanya perkataan ‘El tique’ digunakan.

Si no tienes el tique no puedes cambiar la ropa que compraste – Kalau kamu tak ada resit, kamu tak boleh tukar baju yang dah dibeli. (Spanishdict)

Persamaan dengan Bahasa Arab

Ada satu aplikasi bahasa Arab yang saya kadang-kadang guna untuk menambah perkataan baru. Saya jarang guna bahasa Arab untuk berkomunikasi dengan suami. Hampir 99% kami berbicara dalam bahasa Sepanyol setiap hari.

Read more..  Apellido - Nama Keluarga
Learn Drops

Aplikasi yang saya gunakan ialah Drops.

Setiap hari boleh praktis 5 minit dalam 10 jam. Kalau nak lebih, kena bayar untuk akses premium.

Hari ni saya cek bahagian – Travel talk – Essentials 01 – Daytripper.

Saya lebih ke arah belajar bahasa Arab untuk memahami Al-Quran, bacaan dalam solat dan wirid harian.

Bill

الفاتورة من فضلك

The bill please

Bila saya ulang banyak kali perkataan tiba-tiba teringat perkataan ‘La factura’. Terus rasa macam dapat satu pencerahan dalam minda. Lebih mudah sekarang untuk mengaitkan dan memperkukuhkan perkataan baru dalam otak yang dah berkarat ni. Alhamdulillah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *