Bahan Bantu Mengajar Huruf Hijaiyah

Dah dua bulan saya mengajar anak-anak teman huruf hijaiyah dan mereka berumur antara 5 ke 10 tahun.

Dengan pengalaman yang berharga ini saya boleh simpulkan cara mengaji saya pada tahun 80-an tidak sama dengan kanak-kanak zaman sekarang.

Kanak-kanak sekarang belajar ketika bahan-bahan media banyak di pasaran. Sama ada dari atau dengan komputer, tablet, telefon pintar; semua boleh digunakan untuk membantu mereka.

Guru yang masih menggunakan cara yang lama memang akan membuatkan kanak-kanak cepat bosan dan kurang berminat untuk meneruskan pembelajaran.

Lebih-lebih lagi kanak-kanak fitrahnya memang suka bermain dan tidak seperti zaman saya yang cikgu boleh je kalau nak rotan kita kalau degil, tak dengar cakap dan sebagainya.

Tapi zaman sekarang, silap sikit dah boleh kena saman macam yang saya cerita dalam post mengajar anak mengaji agar tidak cepat bosan.

Apa pun post kali ni saya nak senaraikan bahan bantu mengajar huruf hijaiyah interaktif yang saya dah jumpa dari laman web dan youtube. Semoga boleh membantu ibu bapa ataupun guru-guru.

Hana dan Omar, Upin dan Ipin dan yang sewaktu dengannya mungkin sudah jadi pengetahuan umum di Malaysia tapi kali ni saya bawakan selain dari yang disebut.

Liveworksheets.com

liveworksheets
  • Kanak-kanak boleh terus main dengan latihan-latihan dari laman web ni sama ada dari komputer/tablet/telefon pintar.
  • Tidak perlu ‘print’ dan jimat kertas
  • Interaktif
  • Guna kata kunci – ‘hijaiyah’ / ‘hijaiyyah’ / ‘bahasa arab’/ ‘arabic’ untuk mencari latihan
  • Tidak perlu mendaftar untuk bermain
  • Pendaftaran hanya diperlukan jika pelajar / guru ingin mencipta latihan sendiri
  • Selepas habis bermain boleh lihat skor setiap latihan
Read more..  Apellido - Nama Keluarga

Boleh lihat video di bawah untuk cara bermain:

Wordwall.net

  • Pendaftaran diperlukan untuk bermain dan mencipta latihan interaktif
  • Permainan yang hampir serupa dengan ‘video game’
  • Pelbagai jenis permainan – Balloon pop, match up, maze chase, open the box dan lain-lain

Boleh lihat video di bawah untuk cara bermain:

TheGangofFur

Di laman web TheGangofFur ada pelbagai latihan yang boleh di ‘print’ di panggil ‘Printable Worksheet. Boleh muat turun secara percuma di sini: Printable TheGangofFur

FamiliaKreativa

Seperti di TheGangofFur, FamiliaKreativa juga menyediakan pelbagai latihan menarik dengan warna-warna yang menyerlah untuk menarik minat kanak-kanak belajar huruf hijaiyah.

Boleh muat turun pelbagai latihan di sini:

Belarabyapps

Laman web ini bukan saja boleh muat turun latihan secara percuma untuk huruf hijaiyah tetapi terdapat banyak lagi latihan pembelajaran selain bahasa arab.

Belarabyapps juga ada aplikasi yang boleh dimuat turun untuk peranti Android atau iOs yang boleh dilihat lebih lanjut di sini:

Untuk muat turun, boleh pergi ke laman web ini: Belarabyapps printable.

LearnHarf

Laman web ini adalah seratus peratus dalam bahasa Arab tetapi untuk muat turun bahan bantu mengajar huruf hijaiyah dari huruf alif ke ya, boleh klik link ini: LearnHarf printable dan latihan mewarna di sini: LearnHarf Mewarna.

Edundu

Laman ini seperti Familia Kreativa menyediakan muat turun dalam bentuk fail pdf atau gambar format png yang menarik dengan warna-warna yang boleh menawan kanak-kanak untuk belajar huruf hijaiyah.

Baik dalam bentuk flashcards, mewarna, menulis huruf hijaiyah dan juga tidak dilupakan permainan klasik – ular tangga!! Menarik sangat reka bentuk bahan belajar mereka.

Read more..  Intensive Arabic Program - Semester 1 Review

Boleh muat turun latihan yang boleh di ‘print’ secara percuma di sini: Edundu Printable

Learn with Zakaria

Ini adalah laman dalam bahasa Inggeris yang menyediakan kandungan seperti video dan latihan dalam bahasa Arab untuk pembelajaran kanak-kanak.

Boleh pergi ke laman web ini: Learnwithzakaria.com

Sementara untuk video-video pembelajaran boleh ditonton di laman Youtube ini: LittleMuslimVideo untuk kandungan seperti:

  • hafazan Al-Quran
  • bahasa Arab
  • bahasa Inggeris
  • bahasa Perancis
  • dan sebagainya

Contoh video seperti dibawah:

IqraGames

Ini adalah laman dalam bahasa Inggeris dan ada bahan untuk menulis, telusur huruf hijaiyah, mewarna dan menyambung huruf-huruf hijaiyah. Boleh muat turun bahan belajar dari IqraGames di laman ini – Resources.

Studio Arabiya

Juga dalam bahasa Inggeris dan mereka ada banyak printables percuma dan bukan saja untuk huruf hijaiyah tetapi juga bagi orang dewasa yang ingin belajar bahasa Arab dengan kursus berbayar.

Boleh muat turun bahan belajar atau printables percuma di link berikut – Resources atau untuk semua jenis printables di sini.

QamarDesign

Ini adalah laman web dari Sweden tetapi ada bahagian dalam bahasa Inggeris. Dengan rekaan yang menarik dan warna yang menyerlah; printables percuma mereka sangat sesuai untuk anak-anak kecil.

Lebih banyak printables percuma dalam bahagian muat turun berbahasa Sweden yang boleh di simpan dari link: Gratis Material.

Musulmans petits et grands

Ini adalah laman web dalam bahasa Perancis. Musulmans petits et grands yang bermaksud ‘Muslims young and old’ ikut encik Google. 🙂

Mereka ada bahan belajar huruf Hijaiyah yang lengkap! Masha Allah.

Boleh di muat turun di link ini: Resources atau dengan silibus yang lebih tersusun mengikut ‘chapter’ dari nombor 1 hingga ke 13 di link ini: Bahan mengajar.

Read more..  Lesson 6 of Madinah Arabic Book 2

Saya akan ‘update’ lebih banyak laman web yang menyediakan printables percuma untuk belajar huruf hijaiyah pada masa akan datang jika ada. Insha Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *