Tips Mengatasi Rasa Bosan Untuk Surirumah

Saya seorang surirumah sepenuh masa, tidak bekerja dan tidak ada anak. Seringkali saya ditanya, “Tak bosan ke duduk rumah je?” Percaya atau tidak, saya kata, “Saya tak bosan. Banyak benda nak buat!” Jadi, kali ni saya bawakan post – Tips mengatasi rasa bosan untuk surirumah.

Saya percaya tiada surirumah yang tidak pernah rasa bosan kalau hanya buat kerja sebagai surirumah. Ini kerana kalau kita hanya memandang atau menganggap fungsi kita adalah surirumah sahaja.

Tugas Surirumah

Tugas surirumah yang kita sentiasa ambil mudah atau pandang ringan (stereotaip) adalah:

  • Jaga hak suami – nafkah zahir (makanan, pakaian dan sebagainya), nafkah batin (keperluan hubungan intim)
  • Jaga hak anak-anak – penjagaan, pembesaran, pemakanan dan sebagainya
  • Jaga hak rumah – kebersihan dan sebagainya

Rutin Surirumah

Kalau kita tengok contoh rutin di bawah ini adalah untuk surirumah yang ada anak-anak. Secara amnya, ini adalah rutin harian seorang surirumah sepenuh masa dari pukul 5 pagi hingga 12 malam.

Nampak macam senang je tapi bila dah jadi rutin, hari-hari buat benda yang sama, lama-lama dia akan rasa bosan! Akan rasa fed-up dengan aktiviti yang sama setiap hari.

5 pagi

Siapkan sarapan, pakaian suami dan anak-anak, solat Subuh

Hantar anak-anak pergi sekolah

7 pagi

Sediakan makanan tengahari

12 tengahari
1 tengahari

Ambil anak-anak dari sekolah

Makan tengahari dengan anak-anak, solat zohor, bantu anak siapkan kerja sekolah, mana anak-anak pergi sekolah agama atau kokurikulum, sediakan anak-anak untuk ke sekolah petang,basuh pinggan lagi..

2 petang
5 petang

Sediakan makan malam, solat asar

Ambil anak-anak dari sekolah, minum petang, bantu anak-anak mandi, siap-siap untuk kelas mengaji, sambut suami

6 petang
8 malam

Solat maghrib, ambil anak dari kelas mengaji, makan malam, bantu anak-anak selesaikan kerja sekolah, basuh pinggan lagi..

Solat isyak, sediakan anak-anak untuk tidur, hubungan intim dengan suami

10 malam
12 malam

Siap untuk tidur

Kenapa kita rasa bosan?

Kita akan rasa bosan bila:

  • Tiada goals / objektif
  • Tiada siapa nak bagi motivasi
  • Tiada lagi rakan-rakan atau ‘support system’ untuk kita luahkan masalah
  • Tiada aktiviti luar bersama rakan-rakan
  • Sentiasa lakukan rutin yang sama – hari-hari sama
  • Goals / objektif yang kita nak sudah dicapai
  • Tidak dapat penghargaan dari suami atau orang sekeliling
  • Tidak ada hasil yang dicapai dari usaha

Cuba renungkan ini..

Al Quran

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

(Al-Qur’an Surah Ar-Ra’d:11)

Tips mengatasi rasa bosan untuk surirumah

Surirumah WAJIB ada ‘goals’ atau objektif yang hendak dicapai. Tak kira apa goals atau objektif tu pastikan ia adalah goals atau objektif yang baik dan tidak bertentangan dengan Islam.

Read more..  Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun Bercerai?

Jenis goals / objektif

Ada dua tiga jenis:

  1. Jangka pendek – harian
  2. Jangka sederhana – mingguan / bulanan
  3. Jangka panjang – tahunan / 5 tahun / 10 tahun

Contoh goals / objektif

Antara contoh-contoh goals / objektif:

  • Mencari ilmu – menjahit, memasak, mengurus rumah, komunikasi rumahtangga, pengurusan anak-anak, mengaji Al-Qur’an dengan tajwid, menghafaz Al-Qur’an, belajar bahasa
  • Mencari pendapatan sampingan – kerja dari rumah (web design, grafic design, proofreading dan lain-lain), dropship, bisnes online, buat video di Youtube, buat blog, buat E-book
  • Mengajar – mengajar atau berkongsi ilmu dari rumah melalui internet – Facebook Group, Instagram, Twitter, Youtube
  • Membuat kraftangan – bunga, sulaman, wedding doorgift, bertukang
  • Menanam bunga, sayur, pokok
  • Memelihara binatang – kucing, kambing

Cara capai goals / objektif

  1. NIAT untuk mencari keredhaan Allah, keredhaan suami dan keluarga
  2. DOA kepada Allah supaya ditunjukkan jalan yang betul dan dipermudahkan urusan untuk mencapai goals / objektif
  3. WAJIB tulis goals / objektif harian , mingguan, bulanan dan tahunan di atas kertas
  4. TAMPAL di satu tempat yang kita boleh tengok hari-hari
  5. MASUKKAN goals / objektif dalam kalendar di handphone supaya kita akan dapat ‘reminder’
  6. PANGKAH goals / objektif yang kita dah capai
  7. BERI GANJARAN pada diri sendiri bila dah capai goals / objektif bulanan, tahunan

Tak tahu macam mana nak buat dan rasa buntu? Boleh klik sini untuk bekerjasama dengan coach anda – Zarina.

Kesimpulan

Secara jujur, saya bosan bila hari-hari basuh pinggan, sapu sampah, buang sampah, mop lantai, masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, basuh tandas, kemas peti ais dan macam-macam lagi tugas surirumah yang entah bila akan dapat NOBEL PRIZE keamanan ni. Heheh..

Read more..  Cinta Pak Arab

Saya pernah kata kat suami macam ni bila saya rasa fed-up sangat nak basuh pinggan yang penuh dalam sinki, “Saya nak tengok sangat siapa dia dalam dunia ni yang suka sangat-sangat hari-hari basuh pinggan!”.

Bila saya cerita kat mak saya, dia kata, “Kau tu duduk rumah dua orang je pun. Apalah banyak sangat pinggan mangkuk nak cuci untuk dua orang je pun. Mak ni anak enam orang dulu.”

Haa..kena sedas! Hehe..

Yelah, nak banding dengan mak kita, apa lah sangat kesusahan kita ni.

Kalau kita rasa susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Kerja-kerja surirumah ni lagi-lagi kerja-kerja pembersihan ni macam takde nilai sangat pada mata manusia. Kalau penghargaan manusia yang kita kejarkan maka kita akan kecewa.

Carilah penghargaan iaitu redha Allah, Pencipta kita. Setiap nafas, kata, perbuatan kita ditadbir olehNya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *