Baru2 ni saya mula mengajar anak kawan² mengaji Al-Qur’an di Madrid. Kawan² saya rata² dari Indonesia dan tak ramai dari Malaysia. Saya pula tiada anak jadi cabaran tu ada di situ. Cuma yang saya boleh harapkan adalah saya memang suka pada kanak².
Cabaran
Mengajar anak mengaji bukanlah mudah. Lagi² anak kecil yang masih suka bermain. Antara cabaran yang saya perlu lalui sebagai pengajar bagi anak² kecil adalah:
Anak² kecil yang saya ajar mengaji ni mereka lahir di Sepanyol dan bertutur dalam bahasa Sepanyol. Walaupun ada ahli keluarga yang berasal dari Malaysia dan Indonesia, mereka lebih banyak masa dihabiskan di sekolah dan seharian bertutur dalam bahasa Sepanyol.
Saya pula tak banyak bergaul atau tiada aktiviti yang banyak bersama orang Sepanyol kerana tidak bekerja jadi ada sedikit cabaran di situ. Walaupun begitu, saya memang suka belajar bahasa jadi itu tidaklah menjadi masalah yang besar untuk saya.
Subjek Agama di Sekolah di Spain
Di sini memang asalnya tiada kelas atau subjek tentang agama yang diajar dalam silibus sekolah di Spain. Tapi persatuan orang Islam di sini telah berusaha untuk memasukkan subjek ini ke dalam sistem pendidikan di Spain.
Sekarang, beberapa sekolah kerajaan di Madrid telah bersetuju untuk meletakkan pendidikan agama dalam silibus mereka tetapi dengan sangat berhati². Ini kerana di sini mereka mahukan kesamarataan dan kelas agama akan mengelirukan anak² kecil.
Di sini anak² orang Islam, mereka tidak dibenarkan memakai apa² pakaian yang melambangkan agama atau kepercayaan mereka sehingga mereka habis sekolah menengah. Bukan hanya orang Islam malah agama lain juga. Lepas umur 18 kalau mereka nak pakai hijab baru boleh.
Maka dapat bayangkanlah bagaimana anak² kita membesar di sini.
Bila ibu bapa mereka suruh belajar mengaji Al-Qur’an mereka sedikit susah untuk belajar kerana tidak tahu apa keperluannya. Sedangkan teman² mereka bukan orang Islam dan bebas untuk memilih.
Anak² pula tidak boleh dirotan di sini. Boleh masuk penjara ya kalau naik tangan kita pada anak². Kalau tak salah dulu heboh kisah pasangan Malaysia di Sweden yang rotan anak mereka. Ini pula kisah pasangan Malaysia di Norway pada tahun 2019.
Hak dan integriti kanak² di Eropah sangat kuat.
Tapi yang sedihnya bila anak² sudah lagi tiada rasa hormat pada orang tua.
Anak perlu ada persekitaran yang kondusif
Bila persekitaran kita ramainya bukan orang Islam jadi anak² dipengaruhi dengan persekitaran ini. Ibu bapa pula sibuk bekerja. Jadi siapa yang menetap di Eropah faham² ajalah macam mana nanti hasilnya bila mereka sudah besar.
Tidak semua akan jadi teruk tapi kebanyakkannya ya. Jadi ibu bapa memang kena buat banyak perancangan yang baik untuk anak² dari segi kejayaan dunia dan akhirat mereka.
Macam peribahasa Melayu,

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Peribahasa
Anak² perlu dibentuk sejak dari kecil lagi. Bila sudah keras macam buluh yang tua seperti dalam gambar, susahlah. Bila kita cuba lentur dia, melenting pula kembali kepada kita. Aduhai..
Persekitaran kondusif yang mereka perlukan:

Tips Mengajar Anak Mengaji Al-Qur’an Agar Tidak Bosan
Bila persekitaran kondusif sudah ada, jadi masalah untuk mengajar itu tidak berapa banyak tetapi banyaknya apabila persekitaran tidak kondusif dan anak² belajar Al-Qur’an hanya kerana arahan ibu bapa.
Tips yang saya usahakan untuk mengajar anak mengaji Al-Qur’an agar tidak bosan:

Semoga bermanfaat!
Pingback: Bahan Bantu Mengajar Huruf Hijaiyah | ZarinaElKabdani