Hari ini bangun pagi, Masha Allah panas..panas..panas..Musim panas di Madrid kali ini lebih panas dari tahun 2018. Pukul 11 malam masih 33 darjah celcius. Omaigaddd…Jadi bangkit pagi terus rasa nak tulis tajuk panas juga – Kuota Harian Mulut Wanita.

Tajuk sensasi lagi…:D Biasa la..kalau tak mengomel tak wanita gitu kan? Tapi tak semua wanita begitu cuma secara umum, kadar peratusnya lebih banyak.
Antara banyak-banyak channel di Youtube, saya suka dengar tausiyah di Digital Mimbar – dalam bahasa Inggeris. Saya suka juga dengar tausiyah dari asatizah di channel IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) tapi semalam saya terlintas nak dengar tausiyah tentang wanita dan terrrr…sangkut dengan intipati ucapan dari salah satu video tausiyah dari Brother Navaid Aziz.
Sedikit info tentang beliau
– berasal dari Calgary, Canada dan seorang kaunselor perkahwinan. Ahah! Teruja terus nak dengar pengalaman beliau mendengar segala aduan, rungutan dan yang sewaktu dengannya tentang asam garam kehidupan berumahtangga.
Ada kredibiliti sekurang2nya apa yang dibentangkan berdasarkan pengalaman dan latarbelakang pekerjaan beliau.
Brother Navaid bagi satu tip yang sangat sangat sangat berguna (walaupun saya rasa dari awal hingga akhir video ini semunya pun sangat-sangat penting untuk semua wanita hadam dengan pemikiran yang terbuka!) – bagaimana untuk memperbaiki hubungan pasangan dalam rumahtangga.
Dalam post yang sudah, saya ada tulis, dalam perkahwinan ni ada masa suka, duka, pahit, bosan dan macam-macam. Bukan cantik sentiasa seperti dalam cerita dongeng Walt Disney. 🙂
Dari minit 21:36 –
Pentingnya untuk wanita memenuhi kuota harian percakapannya
“In reality, sisterhood is more important than brotherhood. Brothers, they can learn to live amongst themselves as a community and not communicate amongst themselves.
But women and this is psychologically proven, they need to socialize through their words. In fact if they don’t socialize through their words they actually feel incomplete.
A study was done that an average man speaks 12,000 words per day and usually speaks.. you know.. 11,999 (words) before he comes home. So when he comes home he says Salaam alaikum and he’s done for the day (and) did not speak.
Well as a woman on the other hand she speaks 23,000 words per day so when the husband comes home she wants to converse with him and she’s like aren’t you going to ask how my day was?
While the husband only said one word, she needs to build up her breath and then start speaking like for hours and hours and the husband’s like…. please just leave me alone.
And now the reasoning behind that is; this is how Allah SWT created the two different creatures the man and the woman. (Subhanallah)
The woman needs to speak her mind and she will feel incomplete if she doesn’t.
And this is a lesson for the men..
That if you want to make your women feel complete and feel…. you know… WHOLE; let them speak their minds
AND actually pay attention to them
AND you’ll see it’s like simple things that you can do that will actually improve your marriage.”
Terjemahan

TAPI..ada tapinya..

“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (Az-Zumar: 10)