Bahagia Tanpa Zuriat

Saya tak pernah sentuh isu tentang TTC (Trying To Conceive) ataupun zuriat dalam blog ini walhal sudah 7 tahun kami berusaha. Alhamdulillah kami berdua sihat dan subur seperti keterangan doktor di Madrid dan Malaysia. Apapun, kami akan terus berusaha. Fighting!

Kelmarin kemas² rumah dengan suami terjumpa beberapa helai baju bayi warna biru yang saya pernah beli di UK ketika mengembara di sana pada tahun 2014. Saya beli di ‘car boot sale’ berdekatan dengan Coventry.

Kawan nasihatkan saya beli sebab sangat murah. 2 helai untuk 1 Pound. Saya sedikit ‘skeptical’ kerana saya tak mengandung kenapa nak beli baju bayi? Takpelah..mana tahu akan dapat rezeki. Allah Maha Mengetahui.

6 tahun kemudian..sekarang 2021, masih belum ada rezeki untuk zuriat. Saya kata kat suami..ahh..mungkin dah masanya saya sedekahkan saja baju bayi ni. Umur saya pun dah lanjut. 🙂

Allah memberikan rezeki kepada hamba²Nya mengikut kadar yang Dia mahu bukan yang kami mahu. Alhamdulillah. Teringat saya pada ayat dalam Surah Al Fajar: Ayat 15-16;

فَأَمَّا ٱلْإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”

وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَٰنَنِ

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

Surah Al Fajar: Ayat 15-16

Semoga kami menjadi hamba²Nya yang sentiasa bersyukur. آمين

Ustaz Dr Firanda Andirja

Antara ustaz yang saya hormati dan sering dengar kajian beliau adalah Ustaz Dr Firanda Andirja dari Indonesia. Semoga Allah merahmati dan melindungi beliau.

Read more..  Lesson 6 of Madinah Arabic Book 2

Baru-baru ni saya dengar salah satu kajian beliau yang bertajuk – Menjadi wanita penduduk surga.

Kalau ada masa, saya akan taip isi-isi penting kajian tersebut tetapi yang saya nak sampaikan di artikel ini adalah salah satu soalan yang ditanya oleh seorang wanita dalam kajian beliau.

Untuk soalan yang saya sebutkan di sini bermula dari minit 1:07:57.

Soalan

Ustaz, adakah pahala khusus untuk wanita yang bersabar kerna, qaddarallah (Allah telah mentakdirkan) dia di dunia ini mandul?

Jawapan

والله أعلمُ ﺑﺎ ﻟﺼﻮﺍﺏ saya tidak tahu ada pahala khusus tetapi seorang bisa beribadah dengan apa yang Allah takdirkan dengan SABAR, HUSNUZON kepada Allah S.W.T.

Wanita yang mandul tentunya dia diuji.

Siapa yang tidak ingin punya anak?
Siapa yang tidak ingin punya momongan (anak)?
Siapa yang tidak ingin punya keturunan?

Betapa banyak orang yang diberi keturunan, mereka mendapatkan kebahagiaan yang besar.

Tetapi seorang yang ditakdirkan ternyata tidak
punya anak maka dia IBADAH yang bisa dilakukan ialah BERSABAR.

Ibadah yang kedua ialah dia HUSNUZON kepada Allah S.W.T.

Dia YAKIN bahawasanya apa yang Allah atur kepada dirinya lebih baik daripada pengaturan terhadap dirinya.

Dia YAKIN bahawasanya rencana Allah tentang dirinya lebih afdhal, lebih baik daripada rencana dirinya tentang dirinya.

Karna yang lebih tahu tentang maslahat kita adalah Allah S.W.T. Allah yang lebih tahu.

Allah mentakdirkan seseorang demikian demikian,
YAKINlah dibalik takdir tersebut pasti ada, pasti ada maslahat.

Pasti ada hikmah yang Allah kehendaki.

Hikmah Surah Al-Kahf Untuk Mereka Yang Tiada Zuriat

Makanya, Ibnul Qoyyim Rahimahullahu Taala pernah menyampaikan, “Kalau seorang belum bisa menerima ini, ingatlah tentang kisah Nabi Khodir dengan Nabi Musa A.S. (Surah Al-Kahf: Ayat 74)

Read more..  Hati-Hati Dengan Lelaki Morocco

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا لَقِيَا غُلَٰمًا فَقَتَلَهُۥ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةًۢ بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْـًٔا نُّكْرًا

Tatkala Musa dan Khodir melewati seorang anak yang masih kecil, tiba-tiba anak tersebut dibunuh oleh Nabi Khodir.

Nabi Musa susah terima. Dia mengatakan, “Bagaimana kau bunuh seorang anak yang suci, tidak punya salah? Kau bunuh dia.”

Secara fitrah, terkadang susah terima. Secara kenyataan, susah terima tetapi Ibnu Qoyyim mengatakan, “Lihat..apa hikmahnya?”

Maka, Nabi Khodir menjelaskan (Surah Al-Kahf: Ayat 80),

وَأَمَّا ٱلْغُلَٰمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَآ أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَٰنًا وَكُفْرًا

Adapun anak itu memiliki dua orang tua yang mukmin dan aku khawatir anak ini menjerumuskan kedua orang tuanya dalam kekufuran atau dalam kezaliman.

Betapa banyak orang kerana begitu sayang kepada anaknya terjerumus dalam kezaliman.

Betapa banyak orang karna sayang kepada anaknya maka dia pun bermaksiat.

Sayang sama anaknya harusnya anaknya banyak tuntutan, akhirnya dia korupsi, akhirnya dia riba’.

Macam-macam.

Betapa orang begitu sayang sama anaknya menghalangi dia untuk bersedekah, menghalangi dia untuk beribadah.

Maka sebagaimana kita bisa tahu cerita tentang anak ini yang dijelaskan oleh Nabi Khodir maka kiaskanlah dengan musibah yang kita alami.

Kita dikasi musibah oleh Allah tidak punya anak, maka jangan lupa HUSNUZON.

Husnuzon itu ibadah tersendiri. Ibadah kepada Allah S.W.T disamping SABAR disertai HUSNUZON kepada Allah S.W.T.

والله أعلمُ ﺑﺎ ﻟﺼﻮﺍﺏ “Dan Allah lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”.

Surah Al Kahf Ubat Jiwa Untuk Mereka Yang Tiada Zuriat

Jangan lupa baca Surah Al Kahf, surah ke 18 dari 114 surah setiap hari Jumaat.

Banyak fadhilat membaca Surah Al Kahf pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Boleh baca dengan lanjut tentang kelebihannya di laman:

Read more..  Islamic Cultural Center of Madrid

Dalam Surah Al Kahfi : Ayat 46;

ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Surah Al Kahfi : Ayat 46

Setiap Jumaat, setiap kali baca surah Al Kahf dan baca ayat di atas, hati saya jadi sejuk, tenang setenangnya. Al Quran adalah ubat. Boleh lihat penjelasan tafsir Surah Al Kahf, ayat 46 oleh Ustaz Dr Firanda Andirja di link ini.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *