Prosedur Perkahwinan di Malaysia Untuk Warga Asing

Post kali ini adalah untuk menjawab pertanyaan seorang blog reader:

Prosedur Perkahwinan warga asing

Soalan

Hai akak,

1) Boleh saya tahu apakah prosedur perkahwinan di Malaysia untuk warga asing (Jawapan di bawah)

2) Akak sekarang stay dekat mana ehh…di malaysia atau di negara suami? – Akak tinggal di Madrid, Spain

3) Saya ada kenal seseorang dari Algeria.

Dan saya nak tanya ada ke kerja di malaysia untuk orang Algeria? – Takde idea. Ini kena cari kerja dekat Jobstreet atau sewaktu dengannya.

Jawapan

Prosedur perkahwinan di Malaysia untuk warga asing mungkin boleh ada perubahan oleh Jabatan Kemajuan Islam di Malaysia, jadi kita mesti dapatkan info yang terkini.

Caranya:

Garis panduan perkahwinan warga asing

Semak laman web Jakim – http://www.islam.gov.my/

Download PDF – Garis panduan bagi prosedur pentadbiran perkahwinan, penceraian dan ruju’ di http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan

Apa yang kami buat?

1 – Permohonan pengesahan pas bagi tujuan perkahwinan dengan warganegara asing

    Bila suami sampai di Malaysia, kami terus pergi ke Jabatan Imigresen di Putrajaya untuk isi borang ni.

Boleh tengok rupa borang ni di laman web ni: Jabatan Imigresen Malaysia

Muat turun panduan kahwin warga asing

Kemudian cari ‘PAS’

Boleh download borang tu atau terus ke Jabatan Imigresen untuk isi borang ni.

Borang ni tujuan dia adalah untuk membuktikan pasangan masuk ke Malaysia dengan sah. Bukan PATI dan sewaktu dengannya.

Bawa borang ni ke Pejabat Kadi.

2 – Pergi Pejabat Kadi di kawasan yang kita nak nikah

    Macam kami, saya nak nikah di Kota Tinggi, Johor. Ambil nombor di Pejabat Kadi kemudian akan diberi borang permohonan untuk berkahwin.

Pegawai akan bagi senarai dokumen apa yang diperlukan.
Senarai dokumen saya:
– Salinan Sijil Kelahiran
– Salinan Kad Pengenalan
– Sijil Kursus Pra Perkahwinan
– Keputusan Saringan HIV
Senarai dokumen suami:
– Salinan Paspot
– Sijil Kursus Pra Perkahwinan
– Keputusan Saringan HIV
– Surat akuan teruna / bujang yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna / bujang sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (suami saja).
– Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon. (Sebab kami dah ada surat akuan bujang yang di cop oleh Foreign Ministry Morocco, jadi surat ini tidak kami lampirkan)
– Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.
– Pengesahan pas bagi tujuan perkahwinan warganegara asing dari Jabatan Imigresen Malaysia
*Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru). – suami saya memang beragama Islam jadi dokumen ini tak diperlukan.
Kesemua borang dan dokumen kena ada fotostat 4 copy.
Sediakan juga gambar saiz paspot sebanyak 4 keping setiap seorang.
Kesemua borang dan dokumen mesti diberikan ke pejabat kadi untuk penilaian kebenaran berkahwin. Paling lewat seminggu sebelum tarikh nikah.

P/S Ini masa tahun 2013. Jadi kena pastikan proses ini dengan pegawai di Pejabat Kadi daerah masing2.

Read more..  How To Go To Madrid From Barajas Airport?

3 – Hadiri Kursus Pra-Perkahwinan

    Saya dah buat sekali di Putrajaya sendiri. Bila pergi Pejabat Kadi di Johor, pegawai di situ kata suami kena ambil juga kursus pra-perkahwinan walaupun tak faham.

Mereka nak lihat sijil kursus pra-perkahwinan sebagai bukti yang kedua-duanya dah hadiri kursus tu.

Walaupun suami saya tak faham sepatah apa. Takpelah..apa nak buat. Dah nama nya garis panduan. Kena ikutla juga.

Suami ambil kursus di Kota Tinggi, Johor ditemani oleh saya sendiri. Tapi bayar untuk suami saja.

Kos – RM240 untuk 2 orang (ni harga tahun 2013).

P/S Ini masa tahun 2013. Mungkin sekarang tidak ada keperluan untuk warga asing untuk menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan.

Kena tanya dengan pegawai di Pejabat Kadi daerah di mana hendak nikah ye…

Bawa borang ni ke Pejabat Kadi.

4 – Saringan HIV untuk pasangan yang nak berkahwin

    Saringan HIV di klinik kerajaan. Senang saja. Hari yang sama juga dapat keputusan. Yang kelakarnya, misi tu boleh tanya saya, “Awak nak kawen dengan orang Bangladesh ke?”

Hahaha..iyo lah, suami ku kulit sawo matang. Bukan putih melepak mat salleh.

Kos – 1 ringgit (Malaysian), 5 ringgit (warga asing)

Saya tak pasti harga terkini berapa tapi ni masa tahun 2013.

Bawa hasil keputusan ni ke Pejabat Kadi.

5 – Dapatkan surat Perakuan bujang dari Jabatan Agama Islam negara pasangan

    Ketika kami mahu nikah, suami dah pun berada di Malaysia. Kami ingatkan boleh minta surat perakuan bujang ni dari Kedutaan Morocco di KL.

Masa tu kami dah ada kat Johor jadi kena la travel ke Kuala Lumpur. Tapi bila sampai di Kedutaan Morocco, pegawai di situ kata mereka tak boleh keluarkan surat akuan bujang.

Jadi suami minta bantuan kawan dia yang di Morocco untuk pergi ke Jabatan Agama Islam di sana dan minta surat perakuan bujang beserta cop rasmi.

Lepas tu, kawan dia bawa surat perakuan bujang tu ke Foreign Ministry dia di Morocco untuk minta cop rasmi di situ. Punyalah lama nak minta surat ni.

Read more..  Cinta Pak Arab

Suami kata dia terpaksa bagi duit poket kat pegawai di Morocco sebab kalau tak memang tak jalan!!

Oleh kerana kami kesuntukan masa, kawan dia scan dan email saja ke saya surat tu supaya saya dapat print dulu dan kepilkan bersama surat permohonan untuk nikah.

Yang scan ini sebab bukan original, kami kena minta cop rasmi dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor dekat dengan Masjid Sultan Abu Bakar.

Untuk minta cop rasmi bagi warga asing di JAIJ adalah di bangunan berlainan. Kami seharian tunggu di bangunan yang untuk urusan perkahwinan rakyat Malaysia.

Bila tiba giliran kami, dah waktu lunch. Terpaksa la tunggu. Sekali…. lepas lunch dia kata bukan bangunan ni daa. Bangunan sebelah!!

Ah sudah..kami berlari nak ke sebelah sebab dah nak pukul 5 petang. Alhamdulillah dapat juga kami cop rasmi JAIJ.

Sempat jugak suami sembang dalam bahasa Arab dengan ustaz kat situ. Ingat sangat yang ustaz tu asyik sebut Tamam…Tamam je. Hehehe.

Yang original, kawan dia pos ke Malaysia tapi tunggu lebih dari 2 minggu baru sampai. Kenapa lama sangat? Wallahualam.

Masa surat perakuan bujang suami ni sampai, kami dah selamat nikah pun dan suami dah pun pulang ke Madrid.

Saya pula:

  • terpaksa tunggu surat yang original ni sampai ke Malaysia
  • hantar ke pejabat kadi di Kota Tinggi
  • sign segala borang2 lepas dah nikah

dan baru lah saya dapat pergi Madrid.

Nak dekat 2 minggu lepas tu baru saya pergi. Cinta ini satu pengorbanan! Cinta dua benua kan?…Bukan semuanya ‘sweet’ macam Cinderella.

6 – Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia

    Pegawai di sini kata saya kena tunggu 3 hari bekerja untuk dapat surat ni. Tapi sebenarnya surat ni dah siap dah pun, dah kena cop dalam hari yang sama ja. Cuma dia letak lama dalam tray tu..Aduhai saja ja..Oh Malaysiaku.

Kalau kami tahu lagu ni sempat kami buat kenduri besar sikit. Takpelah, dah selamat nikah pun Alhamdulillah.

Sebulan jugak kami berlari ke KL-Johor-KL-Johor.

Kos yang berabis? Tak perlulah cerita. Kalau nak nikah atau kahwin ni kena kukuh la ekonomi. Lagi2 nak kahwin dengan warga asing.

Takut nanti berendam ayaq mata. Cinta tu cinta lah juga tapi kita kena sedar akan realiti kehidupan.

Segala proses ni selesai dalam 1 bulan saja sebelum bernikah. Sangat pack. Alhamdulillah.

Masa lalui proses ni saya cuma berdoa banyak2:

Ya Allah, kalau dia ini jodohku maka permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami.

Nasihat saya, jangan putus asa.

Read more..  Mencari Pasangan dari Maghribi

Memang tak mudah nak uruskan dokumen2 ni semua.

Ramai yang ambil jalan mudah nikah di luar negara kemudian daftar di Malaysia dan bayar saja denda.

Tapi saya masih ada ibu bapa yang saya hormati.

Saya nak ibu bapa saya percaya dengan suami saya yang akan jaga saya dan kami duduk jauh pula tu dari mereka.

Walaupun ibu bapa saya tak dapat kenal betul2 suami saya sebab masalah bahasa, ini  je lah cara ibu bapa saya boleh lihat ‘value’ bakal suami saya yang bersungguh untuk kahwin dengan anak mereka.

Lepas Dokumen dah siap, apa lagi yang kami buat?

Lepas dah siap semua dokumen, kami kena interview dengan ustazah.

Ustazah tu terus suruh suami baca doa Qunut mula2. Tergagap2 la suami.

Suami dari Morocco dan mazhab Maliki.

Mereka tak baca doa Qunut dalam solat subuh.

Ustazah tu terus la warning saya, “Zarina, kamu ni nak kawen dengan orang Arab. Patutnya dia lagi la pandai baca doa Qunut”..

Allahu..sekolah manakah ustazah ni? Tepuk dahi.

Takpe..malas nak gaduh.

Kenapa?

Sebab memang Amazing race sangat ni!

Suami punya flight 11.45 malam pada 30 September 2013.

Masa interview ni pukul 9 pagi, 30 September 2013. 🙂

OK..saya tanya ustazah tu,”Baik..jadi saya boleh tak nikah ni ustazah?”.

Dia jawab,”Boleh lah..kalau saya tak bagi, tak dapat lah awak nak kawin sekarang”.

Lepas dah approve, pegi balik kat kaunter, submit semua borang.

Kemudian, kami pergi ke Masjid Kota Tinggi. Salin baju untuk nikah.

Kami ketuk pintu rumah pak Bilal, muazin sebab nak cari jurunikah yang boleh berbahasa Arab!

Malangnya takde!

Sebab tok kadi sibuk pergi tengok ternakan untuk korban masa Aidil Adha.

Allahu.

Apakah ujianmu ini Ya Allah..

Takpe..saya cite baik2 dengan Pak Bilal situasi kami yang suami dah nak balik malam ni.

Dia terus kelam kelibut cari staf2 masjid.

Ibu bapa kami, adik bongsu dan beberapa saksi dari kampung saya dah datang..

Alhamdulillah akhirnya pernikahan kami dapat disempurnakan.


Wedding 2BKhalid 2BZarina 2B30092013

Banyak sangat cerita lucu ketika nak nikah. Biarlah tersemat di memori kami saja. 🙂

Semoga dapat membantu pasangan yang akan bernikah dengan warga asing!

Semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhirat kita semua. آمیـــــــــــــن یارب العالمین

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *