Khasiat Kefir Untuk Kesihatan

Baru² ni suami beli satu set minuman probiotik Kefir yang bersaiz kecil seperti Yakult/Vitagen di Malaysia. Saja nak cuba yang ini pula untuk pelbagaikan menu ‘dessert’ kami.

Kami biasanya ambil yogurt Greek dari Mercadona sebagai ‘postre’ selepas makan tengahari / malam. Satu kali sehari.

Macam biasa saya ikut saja pilihan suami seperti cara dia makan..ada 3 set gaya omputeh – Appetizer, main kemudian dessert. Inilah salah satu budaya yang saya kena ikut bila dah kahwin dengan orang Morocco yang dibesarkan di Madrid.

Asalkan tak menyimpang syariat Islam, saya ikut saja.

Kefir boost immunity

Kembali kepada tajuk Kefir, pertama kali saya minum Kefir ni ketika teman Korea saya datang melawat Madrid bersama suaminya. Mereka berdua vegetarian. Jadi kami makan di restoran vegetarian dan saya minum Kefir di situ. Boleh baca review saya di sini.

Ketika minum Kefir tu saya terus terfikir, ada alkohol ke minuman ni?

Teman Korea saya pun pandang saya semacam. 🙂 Sebab pastilah dia tahu rasa alkohol tu macam mana kan?

Lepas tanya ‘waiter’, dia kata ni Kefir dan tiada alkohol tapi saya rasa minuman Kefir ni sangat bergas – fizzy / carbonated sampai terfikir ada alkohol dalam tu.

Dari pembacaan saya, proses pembuatan dan masa pemeraman minuman kefir ini akan mempengaruhi kandungan ethanol dalam minuman tersebut. Itu yang buat dia rasa bergas. Boleh rujuk di sini.

Jom melencong sikit dari tajuk Kefir..

Masa saya tinggal di Korea, saya suka tinggal sama pekebun² Korea dan tolong² mereka dekat kebun. Lepas dah kerja penat², ahjussi (pakcik) tu offer kat saya, “Nak minum ‘makgeolli’ ?”

Mestilah saya tak nak sebab tahu ada kandungan alkohol walaupun sedikit. Ahjussi tu kata ‘makgeolli’ tak memabukkan.

Read more..  Sunyi - Janna Nick

Ok, so pernah sekali saya bawak kawan Korea saya datang Malaysia. Saya bawak dia pergi pasar malam hari Selasa kalau tak silap dekat Putrajaya.

Dekat situ kami beli tapai ubi sebab saya memang suka sangat tapai. Bila kawan saya makan tapai tu..dia terus kata, “Inilah rasa ‘makgeolli’!!”

Terus saya gelak. Oklah..sekarang saya tau kenapa ahjussi tu cakap ‘makgeolli’ tu tak memabukkan. Sebab tapai tu makan sikit masih ok tapi pun tak boleh makan banyak² sebab nanti badan akan panas. Nampak tak kaitannya kat situ? Hehe..

Ok lah..sambung ke Kefir. 🙂

Apa itu Kefir?

Secara singkatnya – Minuman Kefir adalah minuman seperti susu dari haiwan ataupun tumbuhan yang difermentasi menggunakan butiran kultur Kefir.

Kefir
Sumber: Wikimedia Commons

Ini adalah rupa asal butiran kultur Kefir sebelum dicampurkan dengan susu untuk difermentasi. Rupanya seakan-akan leraian kobis bunga yang berwarna putih krim.

Asal kultur Kefir ni Wallahu A’lam saya tak mahu tekankan sangat bab ni tapi lebih kepada khasiat yang telah dibuktikan oleh sains.

Minuman kefir ni biasa diperbuat daripada susu dari haiwan dan boleh juga susu dari tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya. Seperti yogurt, kefir juga ada rasa masam². Bila saya minum saya teringat akan minuman Ayran di Turki yang hampir sama rasanya.

Khasiat Kefir

Rendah laktosa – Sesuai untuk mereka yang tak boleh hadam laktosa atau ‘lactose intolerant’ kerana Kefir memecahkan komponen laktosa kepada ethanol dan karbon dioksida
Mengandungi banyak mineral, vitamin, asid amino dan asid linoleik
Mengelakkan sembelit, bagus untuk sistem pencernaan kerana mengandungi bakteria sihat – probiotik, prebiotik
Mengurangi kolestrol
Anti keradangan – sifat penyembuhan luka
Bersifat anti-karsinogenik dan mencegah kanser
Wanita hamil boleh mengambil minuman Kefir – meningkatkan penyerapan nutrien, meningkatkan imuniti, membantu badan menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dan mencegah jangkitan seperti jangkitan yis

Sumber: Properties and Benefits of Kefir – A Review : Research

Read more..  Teh buah Quince (Quince Tea)

Yogurt v/s Kefir

YogurtKefir
Fermentasi bakteria dalam susuGabungan penapaian bakteria dan ragi = butiran kefir
Tidak berapa cair Rasa yang sedikit masam dan bergas (carbonated) dan cair
Makanan probiotikJuga probiotik dan ada lebih banyak bakteria sihat

Kefir di Malaysia

Saya ada tanya kawan² sama ada mereka pernah minum kefir atau pernah jumpa kefir di pasaraya di Malaysia. Rata² kata tidak pernah.

Saya cuba cari dari Pak Gugel ada satu syarikat yang mempromosikan minuman kefir ni. Saya bukan nak promosikan mereka dan saya tidak dibayar untuk ini. Tapi kalau nak cuba minuman kefir dari syarikat anak Malaysia, tak salah. 🙂

Semoga usaha mereka diberkati Allah.

Syarikat ini bernama Maykef. Boleh rujuk laman web mereka: http://maykef.com/

Risiko Pengambilan Kefir

Macam saya katakan sebelum ni Kefir mungkin boleh ada alkohol disebabkan cara ia ditapai atau diperam. Jadi sebelum minum mesti tengok label (macam dalam kotak hijau dalam gambar di bawah) kalau² ada tersenarai alkohol dalam label kandungan Kefir yang diambil.

Senarai Label Kefir

Biasanya kalau kefir yang dikomersialkan macam ni takde alkohol tapi yang kena hati² tu kalau DIY sendiri kat rumah.

Boleh baca lebih lanjut tentang “Effects of different fermentation parameters on quality characteristics of kefir” dari Journal of Dairy Science dan “Milk kefir: nutritional, microbiological and health benefits” dari Cambridge Journal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *