Kesihatan Mental Wanita

Setiap pagi sebelum memulakan kerja memang rutin saya baca berita terkini di laman web Astro Awani. Selak-selak sampai lah terjumpa artikel tentang Hari Kesihatan Mental Sedunia iaitu hari ini 10 Oktober.

Cantik tarikh tu 10-10-2020! Masha Allah.

Kesihatan

Kesihatan ada banyak jenis tapi dari segi maksud, Pertubuhan Kesihatan dunia atau WHO menakrifkan ia sebagai:

“Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Kewajipan menjaga kesihatan

Dalam Islam kita dituntut untuk menjaga kesihatan seperti sabda Rasulullah SAW:

“Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung

“Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.”

-Diriwayatkan Sunan at-Tirmidzi : 2417

Kesihatan Mental

Stress

Kesihatan mental termasuk kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita.

Ia mempengaruhi cara kita berfikir, merasa dan bertindak.

Ia juga menentukan bagaimana kita menangani tekanan, berhubungan dengan orang lain dan membuat pilihan.

Kesihatan mental penting di setiap peringkat kehidupan, dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga dewasa. Tak kira sama ada kecil atau dewasa, muda atau tua, wanita mahupun lelaki semua akan melalui cabaran untuk menjaga kesihatan mental.

Read more..  Pengalaman dijangkiti Covid-19 di Spain

Sepanjang hidup kita, jika kita ada mengalami masalah kesihatan mental, pemikiran, mood, dan tingkah laku kita biasanya akan terjejas. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental, termasuk:

  • Faktor biologi, seperti gen atau kimia otak
  • Pengalaman hidup, seperti trauma atau penderaan
  • Sejarah keluarga masalah kesihatan mental

Kesihatan Mental Wanita

Sekarang, kalau kita baca berita atau lihat di sekeliling kita pasti ada saja cerita tentang sakit jiwa, orang tertekan, bunuh diri, hilang pertimbangan sampai boleh membunuh orang lain dan sebagainya.

Tetapi saya sangat terkesan lebih-lebih lagi tentang masalah kesihatan mental yang melibatkan wanita kerana ia sangat dekat dengan diri saya sendiri.

Secara peribadi, saya tak pernah di diagnos dengan masalah mental tetapi ada dalam kalangan ahli keluarga saya yang pernah mengalami masalah mental dan pulih akhirnya. Alhamdulillah.

Sangat sukar untuk memahaminya tetapi siapa yang pernah menghadapi situasi begini saja yang akan mengerti.

Kesihatan Mental Wanita yang berkahwin dengan warga asing

Dari pemerhatian saya sebagai isteri kepada warga asing, kebanyakan wanita yang berkahwin dengan warga asing mengalami:

  • kesunyian atau kesepian
  • kemurungan
  • kurang ‘support system’
  • tekanan kewangan
  • kurang bersosial
  • masalah komunikasi bersama pasangan
  • masalah kesihatan
  • penurunan atau kenaikan berat badan
  • masalah pemakanan
  • masalah adaptasi budaya asing
  • masalah penjagaan dan pembesaran anak-anak
  • diskriminasi wanita
  • penderaan seksual
  • dan banyak lagi

Mungkin tak semua tapi pasti akan ada yang menghadapi salah satu daripada masalah di atas.

Saya sendiri ketika mula-mula berkahwin mengalami kemurungan kerana seringkali sendirian, di negara asing dan suami tidak berbahasa Inggeris. Dua tahun pertama saya di Madrid tiada siapa yang saya dapat luahkan perasaan.

Read more..  Pulang ke Madrid selepas PKP di Malaysia Mac-Julai 2020

Saya dahagakan sangat-sangat ‘support system’ yang boleh mendengar dengan ikhlas dan paham tentang masalah saya bukan untuk menjaja cerita hidup saya kepada orang lain.

Work with me..

Tiada ‘support system’ dalam menghadapi permasalahan perkahwinan ‘interracial’ anda? Klik untuk dapatkan nasihat dari coach anda – Zarina.

Pada mulanya suami tak membenarkan saya keluar rumah kecuali bersama dia kerana takut kalau-kalau saya di kacau oleh lelaki lain ketika di Madrid.

Sebenarnya, saya pernah dua kali di ‘stalk’ oleh orang lelaki Morocco di sini. Saya fikirkan di sini selamat lah kan?

Saya pernah naik metro sendirian dan biasanya dalam metro saya sama ada suka dengar podcast SpanishPod101 ataupun saya baca E-book. Tak silap saya masa hari tu saya baca buku Madinah Arabic.

Bila ada tempat duduk kosong, saya pun duduklah. Tak sangka yang duduk sebelah saya lepas tu orang lelaki Morocco. Saya pulak jenis buat hal sendiri. Tak peduli pun pandangan orang lain.

Sekali saya turun dekat stesen metro, lelaki tu pun ikut je saya. Puas dia mintak nombor telefon saya. Saya kata saya dah kahwin! Dia kata tak nampak pun cincin?

Adoi! Saya memang jenis tak pakai barang kemas. Rimas!

Kemudian dia kata – Takpe laa..suami you tak perlu tahu. Omaigadddd!

Akhirnya saya menjerit kat dia “Boleh berambus tak?!” Dalam bahasa Sepanyol laa..hahaha. Kalau dia tak berambus, saya akan menjerit.

Saya buat-buat masuk kedai buah dan lepak situ dalam 5 minit macam tu akhirnya dia pun pergi. Kisah ni saya tak cerita pun kat suami sebab dia sangat jeles!! Haha..ya..orang Arab ni kuat jeles.

Read more..  Pengalaman dijangkiti Covid-19 di Spain

Bukannya cantik sangat pun bini dia ni! Hahaha…

Haa..jauh melencong betul tajuk Kesihatan Mental kita ye? 🙂

Kesimpulan

Mental Health Support System

Bagi saya, sangat-sangat penting untuk wanita menjaga kesihatan mental lebih-lebih lagi untuk wanita yang mempunyai anak-anak yang mana ada insan yang memerlukan perhatian mereka.

Wanita yang berkahwin dengan warga asing sangat-sangat memerlukan ‘support system’ yang kuat lebih-lebih lagi kalau tinggal berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan.

Macam yang sentiasa dikatakan kalau tak kuat,

Mental boleh koyak!

Sesiapa yang ada masalah kesihatan mental seperti rasa kemurungan, tekanan dan depresi yang melampau sehingga mengganggu aktiviti harian seperti tidur, bersosial dan sebagainya, sekiranya ada di Malaysia:

  • Boleh hubungi Befrienders
  • Untuk pasangan Muslim boleh pergi sesi khidmat nasihat dan kaunseling di pejabat agama daerah
  • Cuba luahkan pada orang yang boleh dipercayai dan jaga aib/rahsia
  • Dapatkan nasihat doktor pakar kaunseling
  • Dapatkan nasihat doktor psikologi

Sumber rujukan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *