Islam Ubat Kemurungan

Sebelum ni saya pernah tulis tentang kesihatan mental wanita. Kali ni saya terpanggil untuk menulis bagaimana Islam adalah ubat untuk kemurungan saya.

Kemurungan adalah suatu topik yang sangat dekat dihati saya. Jangan sangka tinggal di ‘oversea’ lagi² di Madrid yang ada pasukan bolasepak Real Madrid femes ni seseorang tak boleh dilanda kemurungan.

Saya pernah berkata kat seorang teman, “I feel so lonely!”

Kawan kata, “Kau tinggal kat Madrid kot!”

Heheh..orang Malaysia ingat tinggal di luar negara ni sama dengan melancong?!! Tak sama langsung.

Saya rasa sunyi mulanya di awal perkahwinan sebab tinggal berdua je sama suami. Tiada kawan dan tak fasih bahasa Sepanyol. Mula² tu rasa sesak sangat nafas. Tiada siapa nak diluahkan rasa hati yang berat ni.

Dekat suami, dia pun tengah terkais² membanting tulang. Lebih baik pendamkan. Lama² memakan diri. Macam² fikiran negatif masuk ke dalam otak.

Sebab dulu kerja saya banyak bawa pelancong Malaysia ke Korea, so saya fikir..oh..bila bosan, murung, sepi je..pergi melancong lah~ rasa tenang sikit. Tapi..tidak. Rasa seronok tu sekejap je.

Hati ini masih murung!!

Sampailah saya pergi ke Warwick, Coventry pada tahun 2014 bergaul bersama teman² Muslimah yang..boleh saya katakan, mereka buat sesuatu kerana Allah. Tanpa minta balasan dari manusia.

Saya terkesan dengan situasi itu. Hati saya terkesan.

Ahh..semakin dekat dengan Allah, semakin tenang hati saya.

Bila saya letakkan semua urusan saya kepada Allah, hilang kemurungan saya.

Baru² ni saya kemas² rak buku yang dah berhabuk sebab tetiba rajin nak kemas rumah lepas beberapa hari terlalu sejuk kesan dari Filomena yang membuatkan Madrid lumpuh oleh kerana salji.

Read more..  7 Khasiat Goji Berry Untuk Kesihatan

Terlihat buku ini..Why Islam? tulisan K.Sherman.

Islam Ubat Kemurungan

Bila tengok tempat yang saya tanda dengan penanda buku Korea ni..saya masih belum habis baca buku ni rupanya.

Buka je buku tengok² tempat yang saya tanda tu adalah soalan:

How can Islam prevent and treat depression?

Why Islam? – K.Sherman

Ada baiknya saya nukilkan sedikit jawapan dari penulisan beliau di blog ini untuk kebaikan bersama.

Why Islam- K.Sherman

Islam teaches us that we were created for a purpose: to serve God.

Any society that deviates from the correct guidance, which was spelled out in divine revelations and sent to humanity throughout the ages will undoubtedly suffer.

This is nowhere obvious than the United States today. (* not only US but whole world nowadays)

As religious/moral/spiritual values and God-consciousness have declined, there has been an increase in divorce, crime, substance abuse, depression, suicide and all other negative trends.

This, of course, is what one would expect.

The Qur’an makes a bold statement about this trend:

وَلَوِ اتَّبَعَ الحَقُّ أَهواءَهُم لَفَسَدَتِ السَّماواتُ وَالأَرضُ وَمَن فيهِنَّ ۚ بَل أَتَيناهُم بِذِكرِهِم فَهُم عَن ذِكرِهِم مُعرِضونَ

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

(Al-Mu’minuun 23:71)

Semua sudah dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Qur’an cara untuk menjalani kehidupan ini dan Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik untuk kita ikuti melalui sunnahnya. Sudah Allah sediakan semuanya, terpulang kita untuk mengikutinya dan mencapai kebahagiaan hakiki.

Read more..  Sunyi - Janna Nick

Selamat tinggal kemurungan. Selamat datang ketenangan.

Alhamdulillah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *