Pengalaman dijangkiti Covid-19 di Spain

Awal bulan September ni saya dan suami dijangkiti Covid-19. Pengalaman dijangkiti Covid-19 di Spain ni memang sesuatu yang kami tak sangka.

Covid 19 swab test

Bukan apa..masa kami di Malaysia lebih dari empat bulan, kami rasa selamat sebab kerajaan Malaysia sangat prihatin dengan segala bagai PKP dan kuarantin.

Rata-rata ahli keluarga kata, kalau boleh balik lambat lagi pun tak pe memandangkan kes jangkitan COVID-19 di Spain sangat tinggi berbanding di Malaysia.

Masa suami saya demam pada 31 Ogos, saya ingatkan demam biasa.

Tapi bila dia kata ada seorang pekerja di tempat dia confirm positif terus saya galakkan dia ambil swab test Covid-19.

Dekat sini sebab terlalu ramai yang dijangkiti Covid-19 so sebelum nak pergi klinik/hospital kita digalakkan untuk telefon HOTLINE dulu.

Ini untuk mengelakkan jumlah pesakit yang terlalu ramai di klinik/hospital. Satu takut berlaku banyak jangkitan dan satu lagi kelumpuhan sistem kesihatan.

Suami saya telefon HOTLINE buat laporan yang salah satu pekerja dekat opis dia dah dijangkiti COVID-19. Pagi 30 Ogos dia pergi buat swab test (macam dalam gambar).

Dia ingatkan sakit tapi tak sangat. Cuma rasa tak selesa.

Saya pulak masa 1 Sept pagi memang ada appointment hostpital dekat 12 Octubre untuk scan sakit pinggang yang dah lama tak tahu kenapa.

Mula Jangkitan Covid-19

Balik je dari hospital, saya rasa badan panas, mata merah sangat macam sakit mata dan berair je mata ni.

Suami cakap muka saya dah lain macam. Saya sebenarnya rasa biasa je. Tak panas macam demam biasa.

Read more..  My First Post On BudgetTravel2Spain 10102012

Tak lama tu suami dapat panggilan dari doktor yang dia positif Covid-19.

Doktor suruh saya pergi hari tu jugak ke klinik kerajaan buat swab test sebab kemungkinan besar saya dijangkiti Covid-19.

Apa lagi, saya pergi la lagi ke klinik. Kali ni lagi la ramai orang beratur sampai ke jalan raya. Masa saya buat swab test tu semua orang pandang saya pelik je lepas saya keluar dari bilik test tu.

patient

Guilty before proven innocent

bukan

innocent until proven guilty.

Ni kot rasanya orang-orang yang tak bersalah bila naik turun mahkamah tapi kena cop bersalah.

coronavirus cartoon

Lepas dua hari, petang 2 September hari Jumaat, saya dapat panggilan dari doktor kata saya confirm positif. Sebak la sikit masa tu. Ntah..tiba-tiba rasa nak menangis.

Mungkin sebab rasa macam ni la…..

Masa kat Malaysia punya la lama PKP kat sana tapi tak la kena jangkitan. Bila balik Madrid sebulan lebih je dah kena. T_T

Maksudnya memang berterbangan la virus Covid-19 ni serata Madrid macam pollen la gamaknya tapi tak nampak dek mata. Agaknya la.

Kat sini beribu-ribu orang positif setiap hari. Rasa pelik sangat dan respect kat Malaysia bila masih dapat kawal jangkitan tu. Salute!

Simptom

Ini antara simptom yang saya secara peribadi kena dan perhatikan sepanjang 14 hari kuarantin:

  1. Hari pertama – rasa badan tak sedap, demam kemudian mata merah dan berair
  2. Hari kedua – makan paracetamol sebiji, demam dah takde, mata merah pun dah tak de
  3. Hari ketiga hingga hari kesepuluh – saya hilang deria rasa dan bau, hidung, tekak dan lidah kering teramat sangat, sentiasa rasa nak tidur
  4. Hari kesebelas hingga keempat belas – deria rasa dan deria bau pulih sikit-sikit
Read more..  Parque Del Oeste Rose Garden Madrid

Sekarang, saya masih rasakan deria rasa dan bau saya tak kembali seperti dulu. Tak sesensitif seperti sebelum dijangkiti Covid-19. Wallahualam.

Tapi kami bersyukur sebab tak ada simptom yang parah macam tak boleh bernafas. Alhamdulillah wa syukrulillah.

Cara Pulih dari Covid-19

Kami berdua lakukan ini:

  • Makan buah-buahan dengan banyak
  • Ambil vitamin C setiap hari
  • Minum banyak air
  • Makan sarapan, tengahari dan malam macam biasa walaupun tekak tak rasa apa dan tak ada selera
  • Tidur yang cukup
  • Pakai penutup hidung walaupun dalam rumah
  • Tidur bilik asing sampai habis 14 hari kuarantin
  • Berdoa kepada Allah supaya kami cepat sihat
fruit bowl

Kuarantin dalam rumah di Madrid lebih rasa ‘stuffy’ berbanding di Malaysia sebab kat Malaysia kami tinggal di kampung. Ada kucing dua ekoq buat hilangkan stress.

Tapi kat sini alahai..duduk bandar memang pi mai pi mai tang tu. 🙂

SOP Kuarantin di Madrid

Sampai setakat hari ni (27 September), Madrid tengah buat partial lockdown di 37 zon selama 14 hari sehingga 4 Oktober 2020. Zon-zon merah yang ada jangkitan lebih 1,000 orang bagi setiap 100,000 penduduk tak boleh keluar ke zon lain.

Kawasan rumah saya betul-betul dekat sempadan zon merah yang kena lockdown ni. Tapi sebenarnya takde beza pun. Kami masih keluar rumah macam biasa cumanya dalam zon kami saja.

Ini adalah SOP kuarantin di Madrid sehingga 4 September 2020:

  • Ada polis yang akan jaga di stesen Metro untuk pengawasan
  • Restoran cuma boleh buka sampai pukul 10 malam dan cuma ada 6 orang dalam satu masa
  • Tidak boleh keluar ke zon lain KECUALI ada sebab / surat rasmi dari majikan, doktor dan sewaktu dengannya
  • Siapa yang di zon merah tak boleh ke zon lain, cuma boleh dalam zon sendiri
  • Taman / Park ditutup
  • Bar / Club ditutup
  • Panggung wayang, muzium dan auditorium maksimum kapasiti 50%
  • Aktiviti berkumpulan maksimum 6 orang
  • Pengebumian dan pengurusan maksimum 15 orang
Read more..  Tortilla de Patatas or Spanish Omelette

Doa menghindari mudarat

Marilah kita berdoa seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk melindungi diri kita dari segala bahaya dan kemudaratan.

Baginda mengajarkan kepada kita semua satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka terhindarlah kepada yang membacanya (dengan izin Allah) daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Doa daripada hadis tersebut adalah seperti berikut:

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

[Abu Dawud and At-Tirmidhi]

Bismillahil-ladhi la yadurru ma’as-mihi shai’un fil-ardi wa la fis-sama’i, wa Huwas-Sami’ul-‘Alim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *