7 Khasiat Goji Berry Untuk Kesihatan

Goji berry di kalangan bangsa Cina bukan satu yang pelik dan asing. Khasiat Goji Berry memang dah lama mereka tahu.

Saya tak pasti kalau dalam kalangan bangsa Melayu ramai yang dah ambil Goji Berry sebagai makanan tambahan untuk kesihatan atau tidak.

7 Khasiat Goji Berry Untuk Kesihatan

Sebelum ni saya ada cerita yang saya ambil buah Goji Berry untuk kesihatan mata saya dalam post sebelum ni.

Apa itu Goji Berry?

Goji, Goji berry atau dipanggil Wolf berry adalah sejenis buah berwarna merah dan rasa dia sedap, tak terlalu manis.

Goji berry yang kering bila saya tengok lebih kurang macam kismis saiz dia. Ada yang saiz besar, sederhana dan kecil.

Ada yang merah terang, merah gelap sikit. Bergantung pada kualiti.

Goji berry banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina lebih dari 1,500 tahun. Boleh cek fakta di sini.

Pengalaman Pertama Makan Goji Berry

Pertama kali saya jumpa Goji berry masa sekolah menengah, tingkatan satu kalau tak silap. Saya belajar dulu kat sekolah semua perempuan je dan kat KL. Kawan baik saya masa tu Jaime nama dia, budak cina.

Sekali tu, dia pernah bawak bubur nasi. Lepas tu dalam bubur tu ada biji-biji merah. Saya tanya dia, β€œApa tu?” Dia tak tahu nama dia dalam bahasa melayu.

Read more..  Cristo de La Luz Restaurant Review

Saya cuba la sikit. Bubur nasi je dia kata dengan garam. Takde Bab1. πŸ™‚ Rasa manis-manis sikit buah ni.

Kemudian, bila saya dah dewasa memang dah lupa la kan sampai la jumpa sorang Malaysian exchange student kat Madrid ni tahun 2017 tak silap.

Kami melawat Parque Del Oeste Rose Garden Madrid sekali.

Dia banyak tinggalkan makanan dia kat saya. Lepas tu adalah Goji Berry ni. Dia kata kawan-kawan cina dia Malaysian jugak yang tinggalkan kat dia. Diorang dah balik Malaysia dulu.

Saya pun ambil dan bawak balik makan dengan suami. Buat macam snek gitu. Suami pun suka. So kita cuba cari kat kedai Cina di Tetuan tapi kualiti dia menghampakan.

Harga Goji Berry di Pasaran Malaysia

Bila kami balik Malaysia tahun 2020, kami singgah kedai sensei cina dalam AEON Mall Kulai masa dah lepas PKP 1.0.

Suami suka air teh yang pahit dia jual dalam cawan plastik atau dalam botol lebih kurang RM3-4. Jurujual tu kata bagus untuk panas dalam.

Jadi sebelum balik ke Madrid Julai 2020, kami pun boronglah banyak2 Goji Berry. Satu paket 500gm lebih kurang RM20 tak silap.

Ada yang lebih murah lagi. Kedai tu ada jual dua versi. Satu yang import terus dari Cina dah siap dibungkus dari sana. Yang ni murah sikit 2-3 ringgit macam tu.

Yang lagi satu, diorang beli terus goji berry tu dari supplier kemudian bungkus dekat Malaysia. Yang ni lebih mahal tapi bila tengok, boleh nampak beza kualiti dia.

Oklah..jom tengok 7 khasiat Goji Berry.

Khasiat Goji Berry

Kesihatan Mata

Ini adalah sebab utama saya ambil goji berry. Setiap hari saya ambil 10 biji, rendam dalam teh bunga chrysanthemum di sini kita panggil Manzanilla.

Read more..  Roti Baguette Goreng

Goji berry adalah bagus untuk kesihatan mata kerana mengandungi anti-oksidan yang tinggi terutamanya Zeaxanthin.

Kajian dari jurnal Drug Design, Development and Therapy menunjukkan buah goji melindungi retina dari sel ganglion yang mengakibatkan glaukoma, keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.

Sokongan Sistem Imun

Goji berry mengandungi sejumlah besar vitamin A dan C, seperti jenis buah berry yang lain, termasuk blueberry dan raspberi. Vitamin A dan C sangat penting untuk membina imuniti dan mencegah penyakit.

Melindungi Diri dari Kanser

Goji berry mengandungi tahap antioksidan yang tinggi, termasuk vitamin C, zeaxanthin, dan karotenoid yang berupaya untuk memerangi sel barah.

Antioksidan melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan keradangan dan membantu membuang bahan berbahaya dari sistem badan manusia.

Menggalakkan Kulit yang Sihat

Goji berry mengandungi beta-karoten yang merupakan fitokimia tumbuhan penting. Beta-karoten berupaya untuk menggalakkan kulit yang sihat.

Menstabilkan gula dalam darah

Goji berry mungkin membantu dalam mengawal pembebasan gula ke dalam darah. ResearchTrusted Source dari 2015 menunjukkan bahawa beri goji menyeimbangkan tahap insulin dan glukosa dalam darah.

Mengurangkan kemurungan dan kegelisahan serta memperbaiki kualiti tidur

Satu kajian di Amerika Syarikat yang dilakukan ke atas manusia mendapati bahawa jus goji berry dapat meningkatkan tenaga, mood dan kesihatan pencernaan.

Kumpulan yang diberi minum jus goji berry melaporkan peningkatan tenaga, kemampuan untuk fokus, peningkatan prestasi atletik, ketajaman mental dan perasaan tenang pada hari ke-15.

Kajian ini juga menunjukkan peningkatan kualiti tidur pada mereka yang mengambil jus ini dan tidak ada yang mengalami kesan negatif selepas itu.

Mencegah kerosakan hati (liver)

Goji berry telah digunakan untuk merawat penyakit hati (liver) dan buah pinggang dalam perubatan tradisional Cina. Boleh baca lebih lanjut dalam artikel ini.

Read more..  Hans Alimentacion

Cara Makan Goji Berry

Cara makan goji berry
  • Masak dalam bubur nasi + garam – macam Jaime, kawan saya buat.
  • Boleh buat DIY Granola bar – untuk β€˜healthy energy bar’.
  • Makan dengan Muesli, Quaker Oat atau cereal masa sarapan.
  • Dalam teh ais bersama lemon – masukkan dalam teh dalam 5 minit dan minum sekali.
  • Dalam jus atau smoothie – boleh kisar sekali. Sedap!!
  • Sup ayam – Bila masak sup masukkan la sikit. Buat ganti gula. Sedap rasa sup tu nanti.
  • Muffin Goji berry – cubalah! Asyik buah2 berry yang lain je…. Bagi peluang la pada Goji berry. πŸ™‚
  • Salad – masukkan je. Pengganti kismis.

Selamat mencuba Goji Berry!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *