Matlamat Isteri Orang Morocco untuk 2021

Wah..tajuk! Setiap tahun buat matlamat atau ‘goal setting’ tapi muhasabahnya kurang sangat! *Kena kat batang hidung sendiri*.

Lagi dua hari nak masuk tahun baru Masha Allah. Masa berlalu pergi sekelip mata. Tahun 2020 yang penuh cabaran. Bertambah setahun lagi umur kita dengan izin Allah.

Bermakna semaking kurang hayat kita di dunia ini dan semakin dekat dengan hari kematian. Astaghfirullah. Mungkin besok atau sekejap lagi. Hanya Allah yang tahu.

Goals 2021

Semoga Allah beri kita semua umur yang panjang untuk melakukan sebanyak-banyak amal soleh sebelum bertemuNya dan supaya kita tidak menyesal bila sudah di akhirat nanti,

يَقُولُ يَٰلَيْتَنِى قَدَّمْتُ لِحَيَاتِى

Ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!”

Surah Al Fajar (89:24)

Baik, mari kita set goals untuk 2021:

Ilmu

Belajar Bahasa Arab
Belajar Bahasa Sepanyol
Hafaz Al Quran dan Hadis
Banyakkan baca buku-buku yang bermanfaat
Banyakkan berkongsi ilmu yang bermanfaat (media sosial, blog, Youtube etc.)

Ibadah Khusus

Dapatkan solat yang khusyuk dan pada awal waktu
Banyakkan solat sunat
Banyakkan zikir
Banyakkan sedekah kalau bukan harta sama ada tenaga, kata-kata yang baik atau senyuman

Kesihatan

Kurangkan berat badan 10kg
Bersenam 30 minit sehari
Banyak minum air putih / masak
Sentiasa husnu dzon (bersangka baik) dengan Allah dan manusia

Ekonomi

Langsaikan hutang
Tamatkan kredit kad yang ada unsur riba
‘Monetize’ blog-blog
Buat video di Youtube
Belajar tentang pelaburan

Rumahtangga

Praktis lebih banyak masakan Morocco
Tingkatkan kosa kata Bahasa Sepanyol untuk komunikasi berkesan dalam rumahtangga
Hafaz lebih banyak Al-Quran dan hadis untuk nasihat suami
Istiqomah jaga kebersihan dan kecantikan jiwa, akhlak, diri dan rumah
Istiqomah untuk sentiasa ikhlas dan taat pada suami

Sosial

Eratkan silaturrahim keluarga
Eratkan ukhuwwah muslimah
Jaga hati, lisan dan perbuatan dari melakukan kemungkaran

Matlamat Utama

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

Riwayat Muslim (715)

Sentiasa berusaha untuk menjadi wanita solehah tidak kira apa status kita – sebagai anak, sebagai isteri, sebagai teman. Semoga Allah memudahkan usaha kita semua untuk menjadi hambaNya yang solehah. آمين

Read more..  Tips penjagaan diri untuk wanita umur 40 ke atas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *