Gaya hidup minimalis

Antara prinsip kehidupan saya yang saya sedar tak sedar melakukannya adalah gaya hidup minimalis. Tahun 2007 adalah ´pivotal point´ saya memulakan gaya hidup minimalis ni dan tahun 2009 saya telah mengambil pilihan untuk memulakan kehidupan ´debt-free´. 

Gaya hidup minimalis

Tahun 2007 – saya mula backpacking sendiri di Jepun. 

Tahun 2009 – saya mula backpacking sendiri di Korea Selatan.

Minimalism?

Apakah makna ‘minimalism’?

Minimalism berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘minimize’ yang bermaksud mengurangkan. Minimum yang bermaksud paling kurang.

Minimalism ni boleh diterapkan dalam banyak bahagian seperti dalam kehidupan, seni, muzik dan sebagainya.

Saya tak ingat bila tapi salah seorang kenalan dari Malaysia yang saya kenali di Korea Selatan memberikan saya satu pautan laman web: https://www.theminimalists.com/

Bila saya luangkan sedikit masa untuk meneroka isi kandungan laman web ini, saya tiba2 bermonolog dalam diri – “Aku sebijik macam ini!”

Baru-baru ini saya mendengar tausiyah Dr Maza (Dr. Mohd Asri Zainal Abidin) tentang Istikharah di Youtube (dalam video di bawah) dan hati saya tersentuh ketika beliau sebut tentang – apa yang kita lalui, pelajari, pembacaan, pengalaman membentuk dimensi pemikiran kita. Sangat2 betul apa yang beliau katakan.

 

Saya perasan begitu juga apabila saya muhasabah diri dan pengalaman yang saya telah lalui dalam hidup saya. 

Rumah Tradisional Jepun

Dari kecil memang saya suka sangat dengan apa-apa yang ada kaitan dengan Jepun. Baik siri animasi mahupun bahasa memang sangat-sangat menarik perhatian saya.

Bila saya tengok drama Jepun ‘Oshin’ , suka sangat2 bila tengok rumah tradisional orang Jepun yang sentiasa lapang dan luas tanpa banyak barang. Kalau boleh nak buang semua benda yang tak guna dalam rumah saya dan biarkan banyak ruang macam tu. 

Cuma tinggal hamparan Tatami mat (macam gambar di bawah) bersama saya dan golek2 dari hujung dinding ke dinding yang lain macam Naru Kotoishi dalam anime Barakamon

Japanese home
Veranda by Mrhayata

Suatu hari pernah saya kata kat mak, kalau saya ada rumah suatu hari nanti saya tanak beli sofa. Semua tetamu kena duduk atas lantai je..Haha.. Mak saya tanya, dia pun ke? Yer, dia pun kena duduk atas lantai. Alahai kejamnye anak.

Tapi oleh kerana pilihan hidup saya adalah gaya hidup minimalis, tak nampaklah lagi bayangan sofa tu. Maka sampai sekarang tak pernah terfikir untuk berhutang untuk sebuah rumah sendiri. Bila adik saya kata sampai bila nak sewa rumah? Hmm..saya kata kenapa tidak?

Tak pernah terfikir untuk tinggalkan harta pusaka kat orang lain. Kalau adapun apa yang tinggal dalam EPF/KWSP yang tak boleh sentuh sebelum umur pencen tiba. Itupun kalau panjang umur.

Teringat kata2 sahabat Rasulullah SAW;  Abu Bakar yang menyedekahkan segala hartanya untuk Islam dan cuma meninggalkan Allah dan Rasulnya untuk keluarganya. 

Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah “Apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu.” Lalu beliau menjawab, “Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya”. 

Saidina Ali

Adakah saya boleh begitu?

Adakah saya akan kena sumpah oleh ahli keluarga kerana tidak ada sesen pun untuk mereka bila saya sudah tiada?

Tanak lah lihat keluarga saya gaduh2 macam dalam drama Melayu kerana harta pusaka. Sedihhhhh…

Kalau nak bagi, bagilah sebelum masuk dalam 7 kaki bawah tanah. Dunia ini ladang untuk ditanam sebanyak2nya, bagi juga sebanyak2nya kepada yang memerlukan dan hasilnya kita tuai di akhirat nanti.

Tapi kita ni manusia, lumrahnya suka kepada benda yang nampak hasil depan mata untuk ukur kejayaan seseorang.

Kalau yang ghaib macam pahala dan dosa tak nampak, susah nak percaya kalau tak beriman. Wallahualam.

Gaya hidup minimalis bukan bermakna tak boleh berada, tak boleh kaya, tak boleh mengembara banyak negara tapi hidup dengan apa yang perlu saja menjadi keutamaan dan selebihnya bagi kepada yang lebih memerlukan. Wallahualam.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ. وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. [رواه البخاري]

“Daripada lbnu ‘Umar r.a. عنهما االله رضي beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu ‘Umar r.a. pernah berkata:Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Sahih al-Bukhari 6416

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *