Yaki Onigiri – Nasi Kepal Rantaro

Entah kenapa rasa tekak nak makan sangat ‘onigiri’ – nasi kepal Jepun. Kali ni saya nak cuba buat Yaki Onigiri. Keluar sikit dari rutin makanan Mediterranean atau Morocco sekali-sekala.

Yaki Onigiri

‘Yaki’ bermaksud dipanggang.

Mana datang Rantaro? Hehe..saya suka tengok kartun Ninja Boy.

Ok..Tengok dalam periuk nasi, masih ada nasi beras pendek berbaki semalam. Bolehlah buat terus.

Dekat Mercadona, biasanya saya beli beras pendek dan panjang. Kadang-kadang nak buat ‘Paella’ makanan Sepanyol saya suka guna beras panjang.

Arroz redondo Arroz Largo Mercadona

Arroz Redondo – Beras bulat (tapi saya panggil beras pendek je 🙂 )

Arroz Largo – Beras panjang

Saya lebih suka makan beras pendek sebab ala-ala beras Korea/Jepun bila dimasak dengan sukatan air yang tepat, nanti akan jadi melekit-lekit.

Sebenarnya beras khas Jepun lagi sesuai nak buat Yaki Onigiri ni..tapi buat je lah ikut selera masing-masing. 🙂

Acuan Onigiri

Untuk buat Yaki Onigiri ni boleh je kepal dengan tangan tapi sebab saya ada acuan Onigiri khas yang saya beli kat Korea dulu boleh lah guna acuan ni.

Macam-macam bentuk saya beli sebab niat asal dulu nak rajinkan diri buat ‘Bento’ dan sewaktu dengannya tapi niat tu dah ke laut. Hahah..

Oklah, nak buat Yaki Onigiri ni kena ada sos dia dan sos ni pun saya buat ikut selera.

Sapu sos Onigiri

Bahan-bahan

  • Nasi yang sudah dimasak (nasi daripada beras pendek / Jepun)
  • 3 sudu besar Kicap masin / lemak manis
  • 1 1/2 sudu besar Gula (boleh tambah kalau suka lagi manis)
  • 1 sudu besar Bijan
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • Minyak untuk menggoreng
  • *** Saya tak guna gula tapi saya letak dua sudu besar jem epal yang saya buat bulan lepas. Sedap!!!
Read more..  Kalinti - Pie Kacang Kuda dari Morocco

Cara-Cara

  • Gaul semua bahan untuk sos kecuali nasi
  • Kepal nasi ikut suka hati – bulat ke kotak ke..
  • Sapu nasi dengan sos kicap
  • Letak minyak sedikit saja untuk menggoreng dengan api sederhana kecil
  • Lepas dah naik bau sos tu, balikkan nasi kepal dan masak bahagian sebelah pula
  • Jangan goreng sampai hangus nanti sos rasa pahit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *