Teh buah Quince (Quince Tea)

Baru-baru ni masa saya pergi beli sayur di kedai sayur milik orang Bangladesh, saya terpandang pada buah Quince. Tiba-tiba teringat pada pasangan dari Azerbaijan yang buat air teh dicampur dengan buah Quince dalam video Youtube mereka dari minit 11:30.

So, dapatlah idea untuk buat teh buah Quince tapi saya nak buat ‘style’ Korea..hehe.

Honey Quince Tea

Malangnya masa tu kualiti buah Quince tak berapa baik, jadi saya beli satu saja untuk buat eksperimen. Sebelum ni memang tak pernah nak mencuba.

Buah Quince?

Quince seingat saya memang tak pernah jumpa pokok ni di Malaysia.

Bau dia ada sedikit persamaan dengan bau buah belimbing yang masak.

Rasa buah Quince ni manis sedang elok bila betul-betul masak. Warna kulitnya pula kuning dan baunya harum. Bila dah ranum, boleh je makan begitu saja tapi rasa dia masih ada rasa kelat walaupun ada sikit manis.

Bila makan tu habis rasa satu mulut bergetah. 🙂

Quince

Biji buah Quince jangan dimakan ya. Kerana ada perubahan kimia yang bahaya untuk badan bila dimakan.

Walaupun buah Quince ni dah ranum tapi masih keras. Saya secara peribadi, suka sebab memang suka makan buah yang ‘cispy’. Epal ke jambu ke mesti nak yang ‘crispy’. Kalau lembik memang tak suka sangat.

Tapi suami terbalik pulak, memang dia nak buah yang lembik-lembik je. Heheh..lain ‘taste’ kami.

Masa saya tinggal di Korea, saya selalu minum teh buah Quince ketika musim sejuk dan buah Quince ni pun akan ada sekitar musim dingin saja bila sana.

Read more..  Harira Soup for Iftar

Di Sepanyol, pun buah ni ada masa musim luruh. Di sini buah ni dipanggil ‘Membrillo’ – cara sebutnya ‘membriyo’. Harga ikut pasaran semasa. Masa saya beli ni dalam 2.99 euro sekilo.

Boleh tengok video ni untuk tengok rupa buah Quince dan pokoknya.

Khasiat Buah Quince

Baik untuk pedih ulu hati (GERD) – Mengambil sirap buah quince dua kali sehari dapat mengurangkan gejala pedih ulu hati yang berterusan
Baik untuk sakit tekak
Sumber vitamin C dan serat yang hebat
Kaya dengan Antioksidan
Boleh Membantu Melegakan Sembelit
Menggalakkan Kesihatan Jantung – membantu mengurangkan tahap kolesterol total, kolesterol LDL buruk dan trigliserida

Sumber: WebMd dan DrAxe

Quince di Sepanyol

Buah Quince ni ada banyak spesis tapi yang saya dapat di Madrid ni rasa dia tak berapa kelat, boleh tahan manis lagi.

Seingat saya ketika saya di Korea, saya nak cuba makan buah ni tapi ada sorang pakcik ni bagitahu buah ni tak boleh dimakan terus sebab rasa dia masam dan kelat. Kena masak dulu. Sebab tu saya cuma pernah minum teh buah Quince je.

Dulce de Membrillo

Di Sepanyol mereka guna buah Quince ini untuk dibuat jem yang keras macam jelly dipanggil ‘Carne de Membrillo’ atau ‘Dulce de Membrillo’ dan dimakan dengan roti. Secara peribadi saya tak suka sebab rasa dia macam pelik! haha…

Quince cheese is firm, sticky, sweet reddish hard paste made from the quince fruit, and originating from the Iberian peninsula. It is known as marmelada across the Portuguese-speaking world and as carne de membrillo or dulce de membrillo across the Spanish-speaking world, where it is used in a variety of recipes, eaten in sandwiches and with cheese, traditionally manchego cheese, or accompanying fresh curds.

Teh Buah Quince

Antara sebab saya nak buat teh buah Quince sebagai minuman harian kami adalah kerana kami berdua ada simptom GERD – Gastroesophageal reflux disease. Boleh baca pasal research penggunaan buah Quince untuk GERD di jurnal ini – National Library of Medicine.

Read more..  Tagine Kambing dengan Buah Quince

GERD adalah keadaan yang berlaku ketika asid perut mengalir kembali ke kerongkongan, menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati, mual dan bersendawa.

Teh buah Quince dan juga Teh buah plum (saya ada buat juga) memang dapat kurangkan simptom GERD ni bila kami mula rasa pedih ulu hati. Alhamdulillah.

Oklah..macam mana nak buat teh buah Quince ni?

Mula-mula kena buat sirap buah Quince.

Bila saya bagitahu suami yang kualiti buah Quince yang saya beli sebelum ni tak berapa bagus, dia kata nanti dia carikan kat kedai lain. Selang seminggu dia bawa pulang buah Quince yang sangat cantik! Tabarakallah.

Bahan-Bahan

  • 200 g – buah Quince
  • 100 g – Madu / gula putih / gula perang (ikut suka)

Cara

  • Bersihkan buah Quince, buang biji dan bahagian empulur. Tak perlu buang kulit.
  • Potong buah Quince nipis-nipis atau ‘julienne’ – panjang-panjang, ikut suka.
  • Gaulkan buah Quince dengan madu / gula putih / gula perang.
  • Biarkan 24 jam dalam balang kaca yang bertutup ketat dan disimpan di ruang yang gelap.
  • Kalau di Malaysia, lepas 24 jam di luar, boleh letak dalam peti ais. Di Madrid, saya letak je dalam almari.
  • Untuk buat teh, boleh ambil satu sudu teh atau dua (ikut selera) dan campur air panas.

**Balang kaca kena betul-betul bersih dan kering sebelum masukkan campuran buah quince dan gula. Saya basuh dengan air panas menggelegak kemudian lap kering.

**Buah quince juga harus yang baik kualiti dia sebab kan saya kata saya buat eksperimen dengan buah quince sebiji yang kualiti tak berapa nak baik..hasilnya lepas seminggu berkulat. T_T

Bad Quince
Buah Quince yang berlubang hitam di luar dan di dalam menghasilkan Teh buah Quince yang berkulat. T_T

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *