Tagine Ikan Sardin

Macam sebelum ni saya ada tulis resepi Tagine kambing dengan buah Quince. Kali ni saya nak tulis resepi Tagine ikan sardin pula. Seperti biasa, suami la ‘Head-chef’. 🙂

Kali ni kami guna dua jenis ikan..satu ikan sardin yang bersaiz sederhana besar dan satu lagi ikan kecil bernama ‘Boquerones’.

Boquerones – ikan bilis Eropah yang besar macam saiz jari. Boleh tengok di sini.

Sardinas – Ikan sardin.

Saya tak pernah makan ikan sardin segar di Malaysia. Tak pun mungkin saya memang tak tahu itu ikan sardin..hehe.

Kalau setakat ikan sardin yang dalam tin tu ada la..Gambar kat bawah ni nampak ada bintik² cantik kat badan dia. Ikan sardin ni kalau lagi kecil saiz dia lagi manis rasa dia. Manis? Hmm..lazat la kot.

Ikan Sardin Spain
Ikan sardin Spain

Di Spain memang terkenal dengan ikan sardin. Sampai ada satu perayaan di Spain yang dipanggil – ‘Pengkebumian ikan sardin’. Kenapa sampai nak kena kebumi? Panjang cerita dia..boleh baca kat sini.

Nanti lain kali saya akan tulis pasal ikan sardin dalam tin dari Spain pulak. Lain rupa dia. Insha Allah.

Kembali kepada Tagine ikan sardin ni, macam biasa kami guna periuk tanah liat dalam post sebelum ni. Letak hirisan kentang sebagai alas. Bila periuk tanah liat ni panas, yang hangus kentang dulu.

Kemudian, letak ikan sardin sederhana besar yang siap disiang dan dicuci. Siap² buang kepala dia.

Tagine ikan sardine2
Lapisan kentang dan tomato

Lepas tu letak hirisan tomato. Rasa tagine ni akan dipengaruhi oleh kuali tomato. Kalau tomato jenis yang masam, kuah tagine ni akan rasa masam sikit. Untuk kami, kami suka yang jenis masam sikit.

Read more..  Roti Tortilla Mudah dan Sedap

Sekali lagi hirisan kentang. Tapi sebenarnya tak sepatutnya kami letak satu lagi lapisan sebab lambat masaknya kentang bahagian atas ni. Lebih baik tak payah letak.

Tagine ikan sardin 3

Lepas tu ikan ‘Bocarones’ pula disusun atas kentang pula. Kemudian kena buat ‘Chermoula’ (gambar di bawah). Ini adalah bahan² yang akan dicurahkan atas tagine ikan sardin ni. Perkataan ‘Chermoula’ ni biasanya digunakan untuk tagine yang menggunakan makanan laut.

Tagine ikan sardin 4

Kemudian kalau nak letak hirisan lemon pun ok juga. Lepas tu tutup dengan penutup tagine / periuk tanah liat. Masak guna api sederhana kecil sampai masak. Lebih kurang satu jam atau lebih sikit.

**Kalau takde periuk tanah liat, boleh guna periuk biasa saja. Jangan guna ‘pressure cooker’ nanti rasa dia lain. Tagine dimasak secara perlahan. ‘Slow cooking’ gitu.

Tagine ikan sardin

Bila dah siap masak berasap² terus bawak periuk tanah liat ni atas meja dan di makan bersama roti dan dalam kes saya memang saya akan makan dengan nasi.

Biasanya, tagine ni akan dimakan terus dari periuk tanah liat ni tanpa diceduk dan dimasukkan dalam pinggan berasingan untuk setiap orang. Maksudnya makan berjemaah macam dalam satu dulang.

Setiap orang cuit sikit² dengan roti masing² sampai la licin. OK..resepi seperti di bawah.

Bahan-bahan Tagine

**Untuk makan 2-3 orang

  • 1/2 kilo ikan sardin (Boleh guna ikan lain yang isi dia tak mudah terlerai)
  • 2 biji kentang sederhana
  • 2-3 biji tomato
  • Hirisan lemon (jika suka)

Bahan-bahan Chermoula

  • 1 sudu besar daun ketumbar yang dipotong halus
  • 1 sudu besar daun parsley yang dipotong halus
  • 3 biji bawang putih yang ditumbuk halus
  • 1 sudu besar serbuk paprika (capsicum)
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu teh garam (ikut suka)
  • 4 sudu besar EVOO (minyak zaitun)
  • 2 sudu besar air perahan lemon
  • 10 helai saffron (jika ada)
  • cili api (Ikut suka. Kami tambah tapi cuma masukkan sebiji macam tu tanpa dipatahkan)
Read more..  Horchata - Minuman Musim Panas di Spain Yang Sangat Sedap!

Cara

  1. Campurkan semua bahan Chermoula
  2. Susun bahan² tagine seperti gambar di atas
  3. Curah Chermoula atas bahan² tagine
  4. Masak dengan api sederhana kecil dalam satu jam atau hingga kentang lembut
  5. Cadangan hidangan – dengan roti baguette atau nasi

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *