Horchata blog banner

Horchata – Minuman Musim Panas di Spain Yang Sangat Sedap!

Setiap kali musim panas datang di Madrid ni memang saya takkan lupa air Horchata ni. Sangat-sangat sedap. “Very the milky” dan menyegarkan!

Horchata di Pasaraya Spain

Horchata adalah PILIHAN PERTAMA saya untuk minuman musim panas di Spain.

Ada banyak sangat minuman untuk musim panas di Spain. Antara lain adalah gazpacho iaitu salah satu daripada minuman sihat yang sangat terkenal di sini.

Boleh baca lebih lanjut tentang gazpacho di sini.

Oleh kerana Horchata ni sangatlah popular, jadi setiap pasaraya PASTI akan jual minuman ni.

Jadi boleh je beli dari mana-mana pasaraya yang dijual dalam kotak brik (air kotak), botol plastik atau botol kaca untuk horchata segar ataupun di restoran.

Horchata segar dalam botol kaca lebih mahal sedikit dengan tarikh luput yang cepat. Bertahan dalam 2 atau 3 hari saja.

JANGAN LUPA! Horchata WAJIB diminum sejuk. Lagi sejuk lagilah sedapppppp.

Asal – Usul Horchata

Nama asal Horchata adalah dari perkataan latin ‘Hordeata‘ yang bermaksud barli. Horchata adalah minuman mediterranean dan pasti kita sering dengar yang diet Mediterranean adalah diet yang sihat, kan?

Kalau di Spain, Valencia adalah kawasan yang paling terkenal dengan pembuatan Horchata dan juga paella. Boleh tengok video Paella yang saya buat di sini.

Jadi, kalau ke Valencia jangan lupa untuk mencuba Horchata di mana-mana restoran di sana.

Horchata juga ada dihasilkan oleh negara-negara Amerika latin yang lain. Setiap negara ada resepi mereka tersendiri tetapi di Spain, bahan utama yang digunakan adalah ‘Chufa’ iaitu Tiger nuts.

Read more..  Laban Laben L'ben

Kadang-kadang horchata yang dijual di restoran ada juga yang dimasukkan dengan sedikit alkohol seperti ‘Rum’ jadi pastikan pesan dekat ‘waiter’ tu yang Horchata original tanpa alkohol ye?

Sumber: Wikipedia

Bahan – bahan Horchata

Kalau tengok bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Horchata ni taklah rumit sangat.

Tiger Nuts atau Chufas

Senarai bahan-bahannya ialah:

  • Air
  • Tiger Nuts
  • Gula

Tapi..susah sikit nak dapatkan kacang yang dinamakan ‘Chufa’ atau tiger nuts ni.

Oleh itu untuk buat Horchata di rumah, kadang-kadang ‘tiger nuts’ ni tidak dimasukkan dalam resepi atau ditukar kepada kekacang lain macam – hazelnut, almond, walnut dan sebagainya.

Khasiat Tiger Nuts

220px Cyperus esculentus L. AM AK301430 1 white background

Chufa atau Tiger nuts sebenarnya bukan kacang tetapi adalah ubi pokok Cyperus esculentus yang telah dikeringkan dan hasilnya berupa seperti kacang.

Ia kaya dengan serat, protein, karbohidrat dan vitamin E yang sangat tinggi. Boleh rujuk di laman ini.

Tiger nuts mempunyai rasa manis lemak berkrim dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah, dipanggang, dikeringkan, dibakar atau dijadikan sebagai minuman seperti Horchata atau diperah untuk menghasilkan minyak

Resepi Horchata

Oleh itu saya cadangkan satu resepi Horchata yang kita boleh buat di Malaysia dengan bahan-bahan sedia ada.

Kalau tak boleh ke Spain, bawalah resepi Spain ke Malaysia, ye tak? 🙂

Bahan-bahan

  • Beras 100g
  • Almond – 200g
  • Air susu full cream – 1 liter
  • Air mineral – 1 liter
  • Susu pekat manis – 1 tin 500g (boleh tambah kalau nak manis lagi)
  • Kayu manis – 2 batang
  • esen vanila – 1 sudu teh
  • Opsyen ( tambah susu sejat untuk lebih berkrim )

Cara – cara

  • Rendam beras, almond, kayu manis bersama air paling kurang 5 jam
  • Kemudian kisar bahan-bahan yang dah direndam
  • Tapis dengan kain muslin atau penapis yang yang halus lubang dia supaya dapat asingkan dengan lebih baik
  • Campurkan susu, susu pekat manis dan esen vanila
  • Boleh tambah susu sejat jika mahu
  • Masukkan dalam peti ais sehingga betul-betul sejuk baru diminum atau boleh guna ais dan terus diminum TETAPI saya lebih suka disejukkan terlebih dahulu sebab kalau campur air nanti rasa manis horchata tu sedikit kurang. Bergantung pada selera.
Read more..  Lunch at El Ladrillo, Granada

Jenama Horchata Pilihan Saya

Bagi saya, jenama Chufi dari Valencia adalah yang terbaik dari segi rasa dan kos. Saya bukan duta Chufi tapi ini ikut selera tekak saya.

Horchata jenama Chufi

Mungkin bagi orang lain, lain pula pilihan mereka. Rasa ini subjektif.

Ada macam-macam versi horchata yang dijual oleh jenama Chufi dan saya paling suka yang original.

Setakat Jun 2021, untuk satu botol Horchata Original dari jenama Chufi dengan isi kandungan 1 liter berharga bawah 2 euro.

Chufi yang saya beli ni dari Pasaraya Dia – berharga 1.55 euro.

Kandungan Nutrisi Horchata

Oleh kerana Horchata ni manis dan bagi sesetengah orang macam saya yang tak suka sangat manis, maka….saya campur dengan susu!

Oopps pecah rahsia. 🙂

Kalau dari botol jenama chufi ni, kandungan nutrisi Horchata untuk setiap 100 ml adalah:

  • Nilai tenaga 81 kcal
  • Serat 0.5g
  • Lemak 2.5g
  • Lemak tepu 0.7g
  • Protein 0.6g
  • Karbohidrat 13g
  • Gula 10g
  • Garam 0.08g

Banyak gula ye…hati-hati.

Adakah Horchata ini minuman kesihatan?.

Semestinya. Ia tidak mengandungi gluten, tiada laktos kerana ia bukan susu (jika menggunakan tiger nuts), tinggi karbohidrat dan rendah kandungan garam.

Untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang suka bersenam, Horchata sangat menyegarkan untuk diminum selepas lelah melakukan aktiviti yang ‘hi-energy’.

Ini kerana Horchata mempunyai nilai kalori yang tinggi dan paling tak boleh tahan adalah rasa dia yang menyegarkan dan penuh berkrim.

Cubalah..satu gelas saja pasti tak cukup. Paling tidak, dua gelas ye. 🙂 Terutama ketika musim panas.

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *