Roti Baguette Goreng

Masa mula-mula kahwin dulu selalu tak tahu nak buat apa dengan roti Baguette yang dah keras. Biasa buang je sebab saya tak biasa makan roti keras. Ye lah..dah biasa makan roti Garde*** yang lembut mana lah tau nk makan roti keras macam ni. Suami cadangkan buat roti baguette goreng sebab arwah mak mertua tak pernah buang roti kata dia. 
Roti2Bbaguette2Bgoreng
Perkataan baguette ni pinjam dari perkataan Perancis. Kalau pergi ke kedai kopi di Madrid banyak saya lihat pilihan roti dia tapi tak sama macam kat Perancis yang terkenal dengan syurga Boulangerie (kedai roti). Lebih banyak! 
Walaupun begitu, menurut laman web Sabormadrid.es di Sepanyol ada lebih kurang 300 jenis roti! Banyak tu..tapi yang paling banyak dimakan hari-hari adalah roti yang rupa dia macam Baguette tapi saiz dia gemuk sikit dan pendek sikit dari roti Baguette.
alimentacion
Sumber: Wikipedia
Roti yang biasa ada kat kedai-kedai kecik (‘Alimentacion’) sekitar kawasan kediaman biasanya kami panggil ‘Barra’ tapi sebenarnya nama lain ialah ‘Pistola’ kerana roti ini membunuh kelaparan sebab itu dipanggil ‘pistola’ yang bermaksud pistol. Sumber: sabormadrid.es.
Di Sepanyol takde 7-11 atau yang sewaktu dengannya. ‘Alimentacion’ ini adalah 7-11 kami tapi tak buka 24 jam. Mungkin dari jam 9.30 pagi hingga 10 malam saja. 
‘Barra’ – maksudnya ‘bar’ dalam bahasa Inggeris kerana macam ‘a bar of chocolate’ jadi roti panjang ‘pistola’ ini semua orang panggil ‘barra’ saja sebab semua di sini sudah faham roti apa yang dimaksudkan bila kita nak beli kerana memang ada satu jenis roti saja di ‘Alimentacion’.
Bila saya masuk ke ‘Alimentacion’, saya kata:

‘Dame una barra por favor.’ – Berikan saya satu roti ‘Barra’ 

Kalau di ‘Alimentacion’ kualiti ‘Barra’ ini biasanya biasa-biasa je. Kalau beli di ‘Panaderia’ (Kedai roti) mungkin boleh dapat yang lebih baik. Ambil yang tulis ‘Artesana’ maksudnya macam ‘Artisan’. Buatan tangan gitu walaupun saya tak berapa nak percaya..hehe. 
Alamak..jauh pulak membebel pasal roti Baguette goreng sampai jadi kelas bahasa pulak..hahaha.
Oklah..
Barra
Ini dia pan ‘Barra’ atau roti yang seperti Baguette yang sudah keras. Roti ini sudah dua hari. Bila tanya suami, dia nak roti goreng untuk sarapan supaya tak buang roti. Sayang. Satu roti 45-60 sen euro. 
Belah dua roti. Untuk bahan-bahan salut kat roti:
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh lada hitam kisar
  • 2 cubit garam
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 
  • 1/2 sudu teh daun parsley kering
Kocok sume bahan sampai tercampur rata. Kemudian salut roti dengan campuran telur dekat bahagian roti yang warna putih saja.
Barra2Btelur
Barra2Bgoreng
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan coklat. Minyak mesti betul-betul panas kalau tidak nanti roti menyerap minyak. Kolestrollll..oh tidak! 🙂
Roti2Bbaguette2Bgoreng
Roti siap digoreng dan boleh dimakan dengan kopi susu atau kami panggil ‘Cafe con Leche’. Sedap makan panas-panas. Bila sejuk dia akan mengeras semula. 
Buen provecho!
Read more..  Los Artesanos 1902-Review Churros di Madrid

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *