Gazpacho, bahan asasnya adalah tomato ditambah dengan beberapa jenis sayur yang akan saya tuliskan resepinya dibawah. Tomato yang masak ranum sangat penting untuk memastikan kualiti rasanya.
Pertama kali saya cuba gazpacho (jenama Don Simon) adalah pada tahun 2013 ketika melawat Cordoba. Pada pendapat saya, gazpacho ini tak semua orang suka rasa dia. ‘Acquired taste’ orang putih kata.
Semalam, saya ada kelas bahasa Sepanyol di Embajadores. Berbaki kelas tiga lagi sebelum cuti panjang musim panas bermula dan musim persekolahan akan bermula di hujung bulan September.
Ayat pilihan saya;
“A Lola, ¿Podrias enseñarme cómo hacer gazpacho?”
– Kepada Lola (nama guru saya), Boleh ajar saya bagaimana cara buat gazpacho?