Fun-staurant Tortilla Chee Chicken by Ryu Soo Young

Fun-staurant Tortilla Chee Chicken Resepi dari Ryu Soo Young

Fun-staurant adalah satu program rekacipta makanan sihat oleh artis-artis Korea dan memang salah satu program yang saya sering tonton.

Demam Fun-staurant

Satu, sebabnya saya rindu masakan Korea dan kedua kerana resepi dia kita boleh ikut kalau ada bahan-bahan yang cukup.

Ingat tak kopi Dalgona? Kopi yang viral tahun lepas masa mula-mula Covid19 dan PKP 1.0 di Malaysia.

Pelakon Jung Il Woo telah ke Taiwan dengan krew Fun-staurant dan kat sana mereka jumpa pembuat kopi dalgona ni dan terus satu dunia jadi Demam kopi dalgona.

Sampaikan susu kotak UHT selalu โ€˜out-of-stockโ€™!

Begitulah penangan program Fun-staurant.

Boleh saya katakan rancangan Fun-staurant ni memang sangat-sangat popular bukan saja sebab idea masakan yang kreatif tapi mereka juga mengetengahkan beberapa isu sosial yang jarang masyarakat Korea nak sentuh secara jujur.

Idea Masakan dari Fun-staurant

Kelmarin, saya tanya dekat keluarga di Malaysia, โ€œNak masak apa hari ni? Bosan la..takde idea!โ€

Masalah terbesar surirumah..kan?

Memikirkan menu yang perlu dimasak setiap hari. ๐Ÿ™‚

Kalau masa zaman bujang dulu pun sama.

Nak makan apa hari ni ek? Bosan asyik makan benda yang sama je.

Tiba-tiba keluar notifikasi dari Youtube Tortilla Chee Chicken yang dimasak oleh artis Korea Ryu Soo Young.

Video Fun-staurant yang keluar di Youtube belum ada subtitle English lagi tapi takpe lah..boleh agak lebih kurang bahan-bahan dia.

Alhamdulillah semua ada, kecuali mayonaise sebab suami tak bagi masuk mayonaise dalam rumah..haha. Tak sihat katanya. Lagi satu saya memang jarang guna.

Read more..  Cristo de La Luz Restaurant Review

Resepi Tortilla Chee Chicken

Bahan-bahan

Bahan Untuk diperap

  • Ayam โ€“ 500g
  • Gula perang โ€“ 1 sudu besar
  • Garam โ€“ 1 sudu teh
  • Susu โ€“ 300 ml
  • Mentega โ€“ 30 g (untuk menggoreng)

Bahan Sos Garam Masala

  • Mentega โ€“ 40 g
  • Garam masala โ€“ 3 sudu besar
  • Serbuk stok ayam โ€“ 1 sudu besar
  • Serbuk lada pedas โ€“ 1/2 sudu besar
  • Serbuk paprika โ€“ 1 sudu besar
  • Serbuk paprika manis โ€“ 1 sudu besar
  • Susu โ€“ 300 ml
  • Bawang putih โ€“ 1 ulas diparut

Bahan Sos Yogurt

  • Yogurt โ€“ 125 ml / g (1 bekas kecil)
  • Mayonnaise โ€“ 3 sudu besar ( saya tak letak sebab takde)
  • Gula perang โ€“ 1 sudu besar ( saya kurangkan sebab tak suka manis sangat)
  • Garam โ€“ 1/2 sudu teh
  • Perahan lemon โ€“ 2 sudu besar ( saya lebihkan sebab suka masam sikit)
  • Bawang putih โ€“ 3 ulas diparut
  • Daun ketumbar โ€“ dipotong halus
  • Serbuk lada hitam (saya tambah sendiri)
Fun staurant Tortilla Chee Chicken Caramelizing

Cara-Cara

  1. Perap ayam dengan bahan perap dan biarkan dalam peti ais 2 jam atau lebih. Saya biarkan semalam.
  2. Tapis ayam dari bahan perapan.
  3. Guna kuali stainless steel kalau boleh. Masukkan mentega dan panaskan sehingga mentega mula berbuih seperti mendidih.
  4. Apabila betul-betul panas, baru masukkan ayam dan goreng dengan api sederhana besar lebih kurang 10 minit sehingga ayam betul-betul โ€˜caramelizedโ€™ macam dalam gambar.
  5. Kemudian baru terbalikkan ayam dan goreng lagi sehingga bahagian lagi satu juga โ€˜caramelizedโ€™.
  6. Sementara ayam sedang digoreng, sediakan sos garam masala.
  7. Panaskan kuali dan masukkan mentega sehingga betul-betul panas baru masukkan garam masala. Masak dengan api sederhana.
  8. Kemudian masukkan serbuk stok ayam dan serbuk cili pedas. Masak dengan api yang sederhana supaya rempah masak dan tidak hangus. Kalau hangus rempah garam masala ni memang rasa sos ni akan jadi tak sedap.
  9. Kemudian masukkan serbuk paprika dan serbuk paprika manis. Kemudian masukkan parutan bawang putih. Lepas rempah sudah naik bau, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga sos pekat.
  10. Pastikan api tidak besar dan kacau dengan sangat sabar. ๐Ÿ™‚
  11. Perasakan dengan garam jika perlu. Saya tak tambah sebab serbuk stok ayam tu dah sedia masin.
  12. Lepas ayam dah siap goreng dan sos garam masala dah pekat. Masukkan ayam ke dalam sos dan gaul. Siap!
  13. Masa untuk buat sos yogurt. Gaul semua bahan yogurt. Siap!
Read more..  Khasiat Buah Tin - Higos atau Brevas?

Masa untuk makanโ€ฆyummeh. Alhamdulillah.

Fun-staurant Tortilla Chee Chicken

Senang je kan? Tapi tu la..nak memberus periuk ni bercinta, tunggu periuk tu tak panas baru curahkan air.

Besok je la makcik sental ye? Hehe..

Selamat mencuba.

Terima kasih Ryu Soo Young ssi! Suami suka sangat Tortilla Chee Chicken Fun-staurant ni sebab boleh dimakan dengan rotiโ€ฆye roti, kegemaran suami orang Morocco dan juga sos yogurt yang sangat sedap.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *