Musim Buah Ceri di Madrid

Kalau nak makan buah ceri atau dipanggil dengan nama ‘cereza’ – sebut ‘tse re tsa’ sebanyak-banyaknya memang kena datang melawat Madrid atau Spain secara amnya pada pertengahan bulan Jun ke atas.

Musim buah ceri di Madrid

Tapi tu lah..masa ni memang fanas sefanasnya di Madrid sebab dah nak masuk musim panas. Panas dia lain macam tak macam di Malaysia.

Musim panas di Madrid

Eh? Dah bulan enam tapi masih belum masuk musim panas? Di Spain, 21 Jun adalah hari pertama musim panas dan berakhir pada 21 September.

Macam mana pengiraan ni dibuat? Hmm..cek dekat laman Astronomi Spain di sini.

Panas dekat Spain ni macam mana rasa dia? Panas kering dan menggigit kulit. Rata-rata suami, budak-budak kecil yang saya kenal semua dah berdarah hidung sebab panas dalam.

Alhamdulillah, selama saya tinggal di Madrid ni masih belum kena lagi hidung berdarah yang bercucuran tu masa musim panas. A’uzubillah min zalik.

Darah kering dalam hidung masa musim sejuk adalah juga.

Satu lagi kalau keluar rumah, tak sah kalau tak pakai sunglass dan sunblock. Sekejap je kulit dah ‘burnt’. Kaki dah berbelang-belang sebab pakai sandal.

Dengan ditambah pemakaian mask – dipanggil mascarilla, sebut ‘mas ka riya’, bercucuran peluh di bawah hidung ni.

Terpaksalah pandang kiri, pandang kanan…tengok takde orang, bukak mask kejap dan sapu peluh. Kalau tak, lemas dek kerana peluh!

Read more..  Apam Balik Martabak Manis

Suhu musim panas di Madrid

Tengok la bacaan suhu di Madrid tahun lepas ni;

Graf bulan Jun 2020, suhu paling panas 37 celcius. Purata – 32 celcius.

Graf bulan Julai 2020, suhu paling panas 40 celcius. Purata – 35 celcius.

Graf bulan Ogos 2020, suhu paling panas 40 celcius. Purata – 36 celcius.

Walaupun cuaca akan semakin panas dan lebih panas masa musim panas ni tapi sisi positifnya adalah banyak buah-buahan yang saya suka muncul. Antaranya buah ceri yang besar dan manis sangat rasanya.

Harga buah ceri yang buat orang hilang akal!

Boleh tengok video kebun ceri di Aragon, Spain di bawah ni.

Semalam bila suami balik rumah, dia beli sebekas besar berisi buah ceri seberat 2 kilo. Murah katanya.

Buah ceri 2 kg harga 3 euro

Teka la berapa harganya?

3 Euro. Murah sangat-sangat! 2kg tu…

Saya penah pulang ke Malaysia masa musim panas. Bawak la balik buah ceri ni.

Bila sampai je Johor; ceri tu dah lembik, warna dia dah tukar ke warna coklat dan rasa dia….. TOTAL LOSS. Dah macam kereta pulak..hehe.

Memang hilang terus rasa dia dan warna pun berubah. Tak dapat nak bagi keluarga kat kampung rasa buah ceri dengan rasa sebenar dari Madrid. T_T

Seronok ke bercuti di Madrid pada musim panas?

OK ke cuti-cuti Madrid masa musim panas ni?

Musim panas di Eropah ni adalah PEAK season untuk bercuti sebab budak-budak sekolah cuti panjang. Nak dekat 3 bulan.

Sekarang, kebanyakan sekolah mula bercuti pada 24 Jun 2021; hari Khamis ni. Ada yang lebih awal.

Jadi ibu-bapa pun ambik peluang bercuti dengan anak-anak. Harga hotel dan yang sewaktu dengannya pun melambung-lambung tinggi la.

Read more..  Harira Soup for Iftar

Saya rasa orang Malaysia mestila nak travel pada musim-musim selain musim panas, kan?

Lagipun buat apa melancong pada musim panas yang rasa panas dia sama je kat Malaysia. 🙂

Tapi…………nak rasa buah ceri di Madrid tak?

Jus buah ceri kaya antioksida

Yang rupa buah ceri dia macam ni. Merah dan manis. Menitis air perahan ceri yang kaya dengan anti oksidan dan vitamin C ni.

Kalau nak…kenalah datang cuti-cuti Madrid masa musim panas.

Datang, jangan tak datang!

Satu lagi yang bagus melancong pada musim panas adalah waktu siangnya yang panjang.

Hari ni 22 Jun 2021; terang tanah pukul 6:44 pagi dan Maghrib masuk pukul 9:49 malam.

Lebih kurang 15 jam. Puas la nak jelajah keliling Madrid dalam satu hari. Cukup!

Di mana nak beli buah ceri yang murah?

Kalau beli di Carrefour, Mercadona dan pasaraya yang lebih kurang macam tu harga dia mahal sikit dan sikit je dapat tapi kualiti dia bagus.

Kalau di Carrefour sekarang, harga dia 3.50 Euro untuk 1 kg.

Kalau beli di Fruteria (Kedai buah) macam di dalam gambar di bawah ni harga sekotak 2 kg sangat la murah!

Market Villaverde Bajo

Paling mahal pun dalam 5 euro untuk 2 kg. Tapi biasanya kena habiskan secepat mungkin dalam 2-3 hari.

Bacalah post kawan saya dari Malaysia yang datang melawat Madrid selama dua hari. Kami pergi beli buah di Fruteria di atas. Bahagian 1 di sini dan bahagian 2 di sini.

Selamat makan buah ceri di Madrid yang saiz dia lagi besar dari ibu jari saya ni. Masha Allah.

Saiz buah ceri yang besar
Read more..  Yaki Onigiri - Nasi Kepal Rantaro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *