Setiap Ahad, jam lima petang ada kelas agama di Masjid Estrecho untuk Muslimah. Saya dan teman sebolehnya cuba untuk buat atau bawa sedikit kuih untuk minum petang.
Oleh kerana saya tengah ‘naik hantu’ mencari resepi Apam Balik yang ‘pasti’ menjadi dan baik hasilnya maka saya cadangkan pada kawan saya untuk buat Apam Balik atau di Indonesia dipanggil sebagai Martabak Manis.
Jangan bayangkan Martabak Manis ni macam martabak atau murtabak yang biasa kita makan di Malaysia. Nama je Martabak Manis tapi sebenarnya apam balik.

Di Masjid Estrecho, saya seorang saja dari Malaysia yang ke kelas. Saya belum pernah lagi jumpa rakyat Malaysia lain yang pernah datang ke kelas, baik kelas agama atau kelas Al-Qur’an.
Rata-rata yang saya jumpa cuma pelancong dari Malaysia. Jadi kawan-kawan yang saya kenal di Madrid ini adalah rata-rata dari Indonesia.
Banyak yang saya belajar dari mereka. Dari segi ukhuwah, dari segi bahasa dan dari segi budaya. Indonesia terlalu besar dan terlalu banyak bahasa!
Walaupun bahasa Malaysia/Melayu adalah dari rumpun yang sama tapi banyak sangat perkataan yang sama tapi definisi berlainan. Kadang-kadang boleh buat fenin kepale macik! 🙂 Yang ini saya cerita di ‘post’ lain Insha Allah.

Kembali ke tajuk Apam Balik Martabak Manis. Saya telah cuba banyak resepi Apam Balik tapi rata-rata tak jadi macam apa yang saya inginkan, macam yang saya beli di pasar malam di Malaysia.
Sehinggalah saya bertemu dengan Channel Youtube Sobat Dapur. Masha Allah. Boleh saya katakan kalau kita dapat ikut 100% cara yang beliau ajar, hasilnya pasti baik. Bi iznillah.
Ini resepi beliau yang saya cuba:
- Pastikan guna api yang kecil dan kuali (pan) mestilah yang masih baru atau anti-lekat. Kalau tidak, susah nak keluarkan apam balik dari kuali.
- Perlu kesabaran yang tinggi.

- Kuih lapis
- Kuih pau
- Pisang goreng
- Dodol
- Kuih Kacang Kasturi
