Kenapa Susu Kambing Berbau Hamis?

Walaupun susu kambing berbau hamis, ia mengandungi banyak khasiat yang mungkin ramai dah sedia maklum tapi masih tak mampu nak meminumnya oleh kerana faktor baunya. Hamis…

Betul ke hamis?

Macam mak saya, memang dia tak boleh nak makan daging kambing sebab baunya yang hamis. Memang ada benarnya. Cuma saya hairan kenapa bau hamis ini wujud pada kambing tapi bukan pada lembu. Hairan kan?

Susu Kambing Mercadona

Semalam saya dan suami pergi ke Mercadona, pasaraya terdekat dengan rumah dalam 500 meter, jalan kaki. Lama tak pergi shopping berdua sebab biasanya saya yang akan pergi beli barang-barang dapur.

Kami perlukan susu sebab dah habis. Masa tengah ambil susu separuh lemak atau ‘semi-destanada’ di sini, suami saya nampak susu kambing jadi dia pun nak cubalah.

Mercadona Villaverde Bajo

Kalau dibandingkan dengan susu lembu yang biasa kami ambil, harga susu kambing di Mercadona dua kali ganda.

Susu semi-desnatada cuma 58 sen (Euro) tapi susu kambing juga ‘semi-desnatada’ berharga 1.26 sen (Euro). Kurang permintaan, harga pun mencanak naik.

Merienda dengan susu kambing

Masa ‘merienda’ atau minum petang, suami nak susu kambing dalam kopinya. Dia nak cuba sebab biasanya memang susu lembu je yang kami guna untuk ‘merienda’.

Sekarang, almaklum musim sejuk jadi kenalah panaskan susu betul-betul sebab kalau ‘merienda’ dengan kopi suam kuku memang tak enak rasanya.

Sebelum saya panaskan susu, saya minum dulu susu kambing ni sebab nak rasa dia yang ‘before and after’ orang kata. Seriuslah manis dan sedap!!! Masha Allah. Terperanjat juga sebab sedap sangat, jadi saya pun taklah letak gula dalam kopi suami.

Read more..  Bissara Makanan Maghribi
Susu Kambing Mercadona

Masa ni saya fikir..kenapa susu kambing ni tak bau hamis? Biasanya bukan ke hamis? Hmmm…adakah efek Covid-19 pada hidung saya ini masih belum tamat? Boleh baca kisah Covid-19 kami di sini.

Ok..so saya panaskan la susu kambing ni dan jeng..jeng..jeng..terbitlah bau hamis itu. Hampir-hampir nak ‘vomitar’ – muntah bak kata orang Espanya. Hahahaha..

Suami pun hampir-hampir tak tertelan ‘cafe con leche’ versi susu kambingnya. Bila ditanya pada saya, tak letak gula ke? Saya kata tak sebab dah manis masa saya minum sebelum panaskan susu tu.

Tapi..lepas panaskan susu kambing tu rasa manis pun hilang da…adoyai.

Kenapa Susu Kambing Berbau Hamis?

Anyway, saya pun mulalah menggugel kenapa susu kambing berbau hamis? Banyak sebenarnya blog yang tulis pasal susu kambing ni..tapi banyak yang tulis untuk promote produk susu kambing mereka..jadi saya skip banyak penulisan begini. Sori..

Masih ingin mencari bukti-bukti sahih sebab sekarang ni banyak sangat ‘fake news’. Fitnah akhir zaman..kena banyak tapis dan tidak boleh percaya bulat-bulat.

Aduhai..dah kemana susu kambing bossku? 😀

Ahah..ok, selepas pencarian pak gugel, saya terjumpa satu blog ni, https://www.weedemandreap.com/

Penulis ni memang ada bela kambing dan menghasilkan produk dari kambing.

Kata beliau – dari post – DOES GOAT’S MILK TASTE BAD, OR EVEN….ER…GOATY?

WHY GOAT’S MILK ISN’T GOATY

Within minutes of being freshly milked, most goat’s milk is inherently sweet and clean tasting, with no strong aftertaste. The tendency for it to taste strong or goaty is a result of how it is handled. Goat’s milk has a high amount of lactic acid, and this lactic acid can multiply fast in warm temperatures over the course of 3-4 days.

WEED ‘EM AND REAP

Walaupun susu kambing Mercadona yang saya minum ni bukan susu segar, eksperimen saya telah membuktikan yang susu kambing ni tak berbau hamis dan dari pengalaman beliau juga telah membuktikannya.

Read more..  Vegetarian di Madrid

Susu kambing dalam kondisi biasa tanpa pengubahsuaian atau beberapa faktor luaran lain, ia sebenarnya adalah enak dan tak berbau hamis!

Faktor yang membuat susu kambing berbau hamis adalah:

Susu kambing di simpan dalam cuaca lebih dari 45 degree Fahrenheit
Susu kambing dipanaskan
Apabila kambing betina yang akan diperah susunya berada berdekatan dengan kambing jantan yang menyebabkan kambing betina menghasilkan ‘pheramones’ satu hormon betina yang mengubah bau susu jadi hamis (tidak semua kambing betina begini cuma sebahagian)
Ada sebahagian spesis kambing yang memang menghasilkan bau susu kambing yang hamis contohnya jenis Toggenburg & Oberhasi

Adakah saya akan bertukar kepada minum susu kambing dan bukan susu lembu lagi?

Mungkin kalau susu kambing sama harga dengan susu lembu bolehlah saya minum hari-hari dan minumnya sejuk-sejuk. Tak mampu hidungku untuk menahan kesegaran baunya itu kalau diminum suam atau panas. Hehe.

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing mempunyai struktur kimia paling dekat dengan susu manusia.
Struktur lemaknya lebih kecil, yang membantu pencernaan.
Bayi yang ada reaksi alergi terhadap susu lembu, 69% daripadanya dapat minum susu kambing tanpa reaksi alergi! (**Nasihat doktor perlu sebelum pengambilan susu kambing untuk bayi)
Pencernaan lebih mudah disebabkan oleh jumlah asid lemak rantai sederhana yang tinggi (mempunyai 35% berbanding 17% lembu).
Susu kambing juga mengandungi kurang laktosa daripada susu lembu dan ia membantu mereka yang mengalami intoleransi laktosa.
Susu kambing sedikit beralkali, tidak seperti susu lembu yang sedikit berasid.

Boleh baca lebih lanjut di laman web Neuroversiti untuk lebih banyak khasiat susu kambing.

Read more..  Resepi Gazpacho

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *