Kalinti – Pie Kacang Kuda dari Morocco

Abang ipar saya bagi kami Kalinti untuk juadah iftar ketika Ramadhan tahun ni. Ini juga adalah kali pertama saya makan Kalinti.

Bahan utamanya adalah dari kacang kuda.

Kalinti Kalinte Moroccan Pie whole

Saya tak berapa ingat, pernah sekali tengok satu vlog di Youtube. Vlogger tu dia jalan-jalan di Marrakech dan ada orang yang jual Kalinti ni di lorong-lorong kecil.

Ramai yang makan sambil berdiri je sebab makanan ni dihidangkan panas-panas. Nampak berselera sangat diorang makan tu.

banner728

Abang ipar memang pandai sangat masak. Suami saya juga. Masha Allah. Sayang sebab saya tak dapat nak belajar dengan arwah ibu mertua.

Beliau sudah terlantar sakit kerana kencing manis ketika kami sudah berkahwin pada tahun 2013 dan meninggal dunia dua tahun kemudian.

Semoga Allah merahmati arwah ibu mertua saya.

Saya cuba cari tepung kacang kuda di kedai-kedai daging Morocco tapi tak jumpa. Mereka tak jual di sini.

Seingat saya kalau di Malaysia ada dijual tepung kacang kuda ni di pasaraya atau kedai India.

Susah pula nak cari disini ye?

Makna Kalinti / Kalinte

Suami dapat panggilan telefon tiba-tiba je nak dekat waktu berbuka. Abangnya telefon nak bagi makanan.

Bila sampai makanan tu diatas meja rumah kami, saya terperanjat sangat!!

Terperanjat sebab saiznya sangatlah besar tapi kami berdua je.

Suami kata walaupun kami berdua mungkin tak cukup dan juga mungkin saya takkan suka rasa dia.

Read more..  Horchata - Minuman Musim Panas di Spain Yang Sangat Sedap!

Bila saya tanya suami, “Apa nama makanan ni?”

Suami kata, “Kaliente”.

Saya ingat dia nak halang saya dari pegang makanan ni sebab bunyi ‘Kaliente’ ni sama makna dengan perkataan bahasa Spanish “Caliente”.

Kalinti Kalinte Moroccan Pie

Caliente bermakna panas.

Saya tanya lagi sekali apa nama makanan ni.

Dia dah annoyed. Hahaha..”Kan dah kata tadi, Kaliente!”

Whattttt?!! Hahhaha..Oh……nama dia Kaliente.

Sebenarnya ada banyak sebutan nama makanan ni – Kalinti, Kalinte, Kaliente, Karane, Karantika, Garantika dan banyak lagi tapi semua merujuk kepada makanan yang sama.

Disebut Kalinti, Kalinte, Kaliente iaitu perkataan ‘Caliente’ dalam bahasa Sepanyol sebab makanan ni seringkali dimakan panas-panas.

Asal usul makanan ni masih lagi menjadi sumber perdebatan sampai hari ni. Jadi kita tak mahu lah masuk dalam ‘territory’ ni. 🙂

Street Food

Kalinti atau Kalinte adalah makanan jalanan yang terkenal di utara Morocco dan juga di negara-negara utara Afrika.

Kalinti Kalinte Street Food

Kredit gambar: Morocco World News dan Quentin Bacon

Ia dijual dalam dulang yang bersusun seperti dalam gambar dan dihidangkan dalam potongan kecil menggunakan spatula besi.

Suami kata sepotong dalam 5 dirham Morocco je. Murah. Lebih kurang dua ringgit Malaysia. Di kawasan kampung lebih murah harganya.

Kalinti Kalinte Moroccan Pie Cut

Masa nak makan tu boleh tabur sikit garam, serbuk lada paprika dan serbuk jintan putih. Saya tak tambah semua tu sebab rasa dia dah sedap.

Mungkin sebab saya tak kuat makan garam.

Bahan-Bahan Kalinti / Kalinte

  • Tepung kacang kuda (garbanzo)
  • Garam
  • Serbuk jintan putih
  • Telur
  • Air
  • Susu
  • Minyak
  • Serbuk lada hitam

Tengok bahan-bahan dia tak susah nak jumpa. Tapi….saya taklah cuba nak buat resepi ni sebab tak jumpa tepung kacang kuda. 🙂

Read more..  7 Khasiat Goji Berry Untuk Kesihatan

Cara lain adalah rebus kacang kuda dan lenyek sampai halus atau cuba buat tepung kacang kuda sendiri.

Untuk sesiapa yang nak mencuba boleh guna resepi dari Spruce Eats – How to make Chickpea Flour dan resepi Kalinte di laman yang sama.

4jbh

Cadangan Hidangan – Salad Tomato dan Timun

Kalau nak makan Kalinti / Kalinte begitu saja pun dah sedap tapi bila makan dengan salad sejuk dari tomato dan timun rasa dia berganda-ganda lebih sedap!

Kalinti Kalinte Moroccan Pie with salad

Untuk buat salad ni senang sangat!

Bahan-bahan untuk salad tomato dan timun

  • Timun – 1 batang
  • Tomato – yang merah dan ranum 2 biji (sangat penting!)
  • Bawang merah / Holland – 1 biji sederhana
  • Sedikit daun parsley – dipotong halus (opsyenal)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Perahan lemon / cuka epal

Cara

Potong dadu timun, tomato dan bawang besar.

Gaulkan semua bahan dan perasakan garam, lada hitam, perahan lemon atau cuka.

Untuk resepi ni saya gunakan cuka khas dari Morocco yang enak rasanya!

Dokumentari Kalinti / Kaliente

Boleh tengok dokumentari tentang Kalinti / Kaliente dari Morocco dalam video di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *