Jem epal dan pear

Salah satu program Korea kegemaran saya adalah Fun-staurant dan baru² ni saya tonton bahagian Ryu Soo Young (video di bawah). Beliau telah buat jem epal di rumah dan hadiahkan sebotol jem epal kepada setiap peserta² dan pekerja² Fun staurant.

Tiba² saya rasa bersemangat nak buat jem epal! Jem epal Ryu Soo Young nampak sedap sangat terus teruja. Nak buat cite dalam bakul buah memang ada 3 biji epal Granny dan 2 biji pear yang dah masak sangat. Apa lagi..macam orang mengantuk disorongkan bantal la jawabnya.

Mulanya rasa teragak2 jugak takut hasil dia rasa pelik. Almaklum saya memang tak ‘adventure’ sangat bab masak² ni walaupun ada orang pernah kata masak² ni kita yang buat dia (makanan tu). Pernah la cuba masak resepi² dari YT dan G dan buat macam rasa ala² Master chep tapi seringkali hasilnya hampeh..haha. Sikit je yang berjaya.

Memasak ni pun satu ilmu yang baik untuk keharmonian rumahtangga. Kena selalu praktis.

Jem epal dan pear

Saya main agak² je masa nak masak jem epal dan pear ni. Takde sukat secara tepat. Masha Allah..jem epal dan pear menjadi ‘hit’! Alhamdulillah.

Yang penting suami suka sebab dia memang susah nak bagi pujian. Biasanya jawapan dia..No esta mal. Maknanya..tak teruk. Kalau dia bagi pujian Esta bien! Dah kena la tu dengan tekak dia.

Bahan-bahan

  • 3 epal hijau / merah
  • 2 biji pear yang dah masak, sedikit lembik
  • 100g Gula perang
  • 50g Gula putih
  • Secubit garam
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk buah pala
  • Air 3 sudu besar
Read more..  Resepi Gazpacho

Cara

  1. Rendam buah epal dengan baking soda 1/2 sudu. Gosok², bilas dan basuh bersih. Jangan buang kulit.
  2. Potong epal nipis².
  3. Buang kulit buah pear dan potong nipis² atau kiub.
  4. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  5. Serbuk kayu manis saya letak 1/2 sudu teh dan secubit serbuk buah pala. Kalau suka lebih boleh letak lagi.
  6. Kalau suka manis boleh tambah gula.
  7. Masak dengan api sederhana kecil sampai mendidih dan semua bahan mendidih.
  8. Sejukkan sebentar dan boleh kisar halus atau kasar. Ikut selera. Saya suka ada kasar² sikit untuk tekstur.
  9. Oleh kerana tiada bahan pengawet pastikan jem disimpan dalam peti ais.

Kelebihan jem buatan sendiri

Tiada bahan pengawet
Boleh kawal kadar gula dan garam
Boleh buat banyak dan hadiahkan pada orang

Cadangan hidangan

Cadangan hidangan untuk jem epal

Boleh sapu jem epal dan pear ni macam contoh di atas:

  • Sapu atas baguette
  • Sapu dengan krim keju
  • Sapu dengan krim keju dan keju gouda (aduhai dietku…:))

Selamat mencuba!

1 thought on “Jem epal dan pear”

  1. Pingback: Yaki Onigiri - Nasi Kepal Rantaro | ZarinaElKabdani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *