7 Menu Sarapan Pagi Untuk Orang Morocco

Kalau siapa-siapa yang bakal berkahwin dengan orang Morocco bolehlah tengok menu sarapan pagi untuk suami orang Morocco ni sebagai panduan.

Menu Sarapan pagi untuk orang Morocco

Roti dan cafe latte semestinya adalah menu wajib. Kalau ada jus oren yang diperah segar pun lebih baik.

Roti baguette goreng

Roti baguette atau pun dipanggil Barra di Spain ni memang susah kalau nak cari di kampung-kampung kat Malaysia.

Kena keluar ke bandar kalau nak beli. Masa kami kena kuarantin di Malaysia Mac-Julai 2020 kami beli roti John yang panjang ada jual kat pasaraya kecil. Bolehlah..tapi tak keras.

Kenapa saya tak buat sendiri? Sebab tak de oven kat kampung. Tapi tak lama tu abah bagitahu ada air fryer cuma mak tak pernah guna.

Baguette

Apa lagi..bersilatlah menguli tepung. Dapatlah merasa baguette versi sendiri dari air fryer masa kat Malaysia.

Roti Barra atau baguette yang dah lebih satu hari biasanya keras kematu kalau tak simpan betul-betul. So, untuk tidak membazir, guna roti tu untuk digoreng macam French toast.

Resepi? Boleh klik sini –>Roti Baguette Goreng.

Roti Baghrir atau Beghrir

Roti Baghrir ni resepi Morocco guna tepung Semolina. Saya cuba beli kat Kedai orang India bila di Malaysia tapi semolina dia warna putih dan sangat halus.

Cuba juga buat masa PKP Mac 2020 kat Malaysia tapi tak jadi sangat dan rasa dia lain. Bila saya dah siap buat, adik ipar kata macam kuih serabai.

Read more..  Kenapa Susu Kambing Berbau Hamis?

Bila google..OMG! Memang sama rupa dia cuma bahan je lain.

Beghrir or Baghrir - Kuih Morocco

Nak resepi baghrir – boleh tengok sini –> Baghrir by Alya. Biasanya kami makan baghrir ni dengan madu.

Satu lagi makanan Malaysia yang hampir menyerupai Baghrir adalah….Apam balik! Suami saya suka sangat ni sebab dia ingat saya buat Baghrir tapi dalam dia manis la kan?

Boleh lihat hasil apam balik saya kat sini bersama resepi –>Apam Balik di Madrid.

Roti Msemen

Roti Msemen (nama lain – Rghaif) ni roti Morocco macam roti canai cuma Malaysia punya versi nipis dan rangup. Versi Morocco tebal sikit dan tak lah renyah. Lepas tu dalam dia ada dia tabur sikit2 tepung semolina.

Kalau saya rindu roti canai Malaysia, makan roti Msemen ni cicah dengan sup Harira yang dah lebih sehari memang tak pandang orang sebelah. Sedap sangat!

Msemen or Rghaif
Gambar ihsan: The Spruce

Suami saya tengok saya pelik sangat sebab tak penah dibuat orang Morocco cicah sup Harira..:) Saya orang Malaysia kita cicah2 k..

Dia makan roti Msemen ni dengan minyak zaitun tak pun dengan madu.

Boleh tengok resepi roti Msemen ni di sini –>Msemen.

Pancake

Yang pasti ni bukan roti Morocco..hehe. Saya suka buat pancake ni bila masa dah muak makan roti Baguette hari-hari.

Biasa resepi yang saya suka adalah tanpa telur dan guna yogurt. Kami suka guna Greek yogurt. Apapun hasil dia sama je sebab tak gemar sangat bau telur dalam pancake.

pancake and coffee

Boleh tengok resepi pancake tanpa telur di sini –> Pancake.

Telur hancur dan Tomato

Telur hancur atau scrambled egg saya rasa semua orang tahu macam mana nak buat tapi kalau letak tomato masa buat tu rasa dia double sedap.

Read more..  Apam Balik Martabak Manis

Suami saya suka la sebab ala-ala makanan Mediterranean rasa dia..banyak tomato kan?

Huevos Revueltos con Chorizo

Takpun dengan sosej chorizo atau kepingan smoky salami rasa dia memang lain jadinya. Cubalah. Tengok resepi saya dengan sosej chorizo halal di sini – Huevos revueltos.

Roti Syria, Zaatar dan Minyak Zaitun

Zaatar ni mungkin susah nak dapat di Malaysia. Ia adalah campuran daun oregano, bijan dan beberapa bahan lain yang disangai dan ditumbuk halus.

Za'atar

Cicah dengan minyak zaitun EVOO ye..extra virgin olive oil tersangatlah sedap. Biasanya saya makan dengan roti Arab yang bulat atau jenis nipis flat bread. Biasa kami panggil roti Syria je yang roti nipis ni.

Boleh tengok resepi yang sangat-sangat senang nak buat di sini –>Flat bread

Churros dan sos coklat

Kalau tak makan churros sebagai sarapan ni memang tak duduk Spain la maknanya..hehe. Gurau je. 🙂 Biasa saya buat masa hujung minggu sebab senang sikit nak buat tak tergesa-gesa.

Kalau malas, boleh je beli kat cafeteria bawah rumah senang koje. Tapi kalau rasa nak makan sepuas hati buat sendiri lagi berganda-ganda puas hatinya.

Churros di Malaysia
Buat Churros masa PKP di Malaysia April 2020

Yang pasti kena cicah dengan sos coklat yang berkualiti macam jenama Valor dari Spain ni. Memang enak sekali sehingga menjilat semua jari..hehe.

Jangan lupa singgah makan churros di Valor kalau datang ke Spain atau Madrid. Boleh baca tunjuk arah di sini.

Resepi churros yang sangat senang ada di sini – Churros dari Emma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *