About

Wedding 2BKhalid 2BZarina 2B30092013

Saya Zarina, warganegara Malaysia yang telah mengahwini suami saya, Khalid warganegara Maghribi / Morocco.

Kami telah berkahwin lebih dari 7 tahun dan kami tinggal di Madrid, Spain sejak September 2013.

Sepanjang perkenalan dan perkahwinan kami, tidak semua kehidupan kami ditaburi dengan wangian dan warna warni saja tetapi juga dihalangi oleh duri dan ranjau yang tidak semua tahu.

Masa mula-mula berkahwin, kami banyak rasa ‘frustrated’ dengan budaya kami yang berbeza, masalah bahasa, masalah ekonomi, makanan, persekitaran kami dan juga ‘support system’ yang sangat kurang.

Oleh itu, saya ingin menggunakan pengalaman saya untuk membantu pasangan Muslim berbeza budaya atau dalam kata lain ‘Interracial Muslim’ yang baru ingin memulakan alam rumahtangga supaya tidak melalui perit jerih seperti kami.

Misi Saya

Saya mahu membantu sebanyak mungkin WANITA beragama ISLAM yang mempunyai pasangan berbeza budaya. Mereka yang boleh berbahasa Melayu atau Inggeris juga dialu-alukan. 

Kita sedia maklum bahawa alam perkahwinan bukanlah satu fasa yang mudah. Saya pun memasuki fasa ini agak lewat iaitu ketika saya masuk umur 35 tahun. 

Walaupun kalau diikutkan sepatutnya umur sebegitu sepatutnya sudah matang orang kata tetapi saya juga diserangi rasa takut dan tidak pasti sama ada bakal suami adalah pilihan saya yang tepat untuk melayari bahtera rumahtangga bersama.

Saya juga seperti wanita lain di luar sana rasa takut untuk mengambil langkah pertama ini. 

Masa saya bermula saya tidak ada teman yang dapat saya buat ‘reference’ terutamanya mereka yang telah berkahwin sama ada dengan:

  • pasangan berlainan budaya
  • pasangan berlainan bangsa
  • pasangan berlainan agama
  • pasangan orang Arab
  • pasangan dari Morocco / Maghribi

Oleh itu, saya berharap melalui laman web ini saya dapat curahkan pengalaman saya kepada WANITA beragama Islam yang akan melalui kehidupan rumahtangga berbeza budaya, bangsa dan agama. 

Jangan lupa klik button di bawah untuk mendapatkan konsultasi pertama anda secara percuma!