Transit 7 Jam di Istanbul

Kali ni saya nak cerita pengalaman kami transit 7 jam di Istanbul. Mungkin ada yang boleh dapat idea untuk keluar sekejap tengok Istanbul dalam masa 7 jam ni.

Add caption

Warning: Istanbul Airport yang baru ni jarak dia jauh dari bandar Istanbul. Dengan bas dalam 1 jam 10 minit nak sampai Sultanahmet. Ini kalau tak de traffic jam.

Flight kami dari Madrid ke Kuala Lumpur ni pada 10 Mac 2020 dengan Turkish Airline. First leg kami dapat transit 7 jam di Istanbul.

Masa balik dari Kuala Lumpur ke Madrid dah waktu COVID-19 pada 22 Julai 2020. So transit cuma satu jam setengah je. 

Kalau ikut plan awal, flight kami dapat transit 8 jam masa balik KL-Madrid dan transit tu waktu pagi. So, kami tak sabarlah nak tengok Istanbul waktu siang.

Tapi takpelah..takde rezeki.

Pada 10 Mac;
Flight dari Madrid 12.15 tengah hari
Tiba di Istanbul 6.35 petang 

Pada 11 Mac;
Flight dari Istanbul 1.35 pagi
Tiba di Kuala Lumpur 5:15 petang

Kami ada 7 jam di Istanbul. 

Sempat ke nak tour Istanbul dalam 7 jam?
Klik sini kalau nak tahu terus apa yang terjadi sepanjang tour 7 jam di Istanbul tanpa baca plan perancangan kami.

Plan kami: 

  • Arrival - 2 jam (termasuk bus journey)
  • Istanbul tour - 2 jam
  • Departure - 3 jam  (termasuk bus journey)

Beberapa perkara penting yang kami kena consider:

Cuaca


Sebelum pergi saya tengok cuaca dulu untuk pastikan perlu atau tidak bawa winter clothes. 

Mulanya ingat tak nak pakai tapi bila tengok cuaca hari tu minimum 9 celcius dan maksimum 12 celcius terpaksa la pakai..takut menggigil nanti.

Waktu Solat


Kami akan sampai di Istanbul Airport pukul 6.35 petang. Waktu Maghrib masa tu pukul 7.06 petang. Maksudnya kami cuma dapat nikmati pemandangan Istanbul dalam kegelapan malam. Heheh..

Duit


Kami tukar duit siap2 di Airport Barajas, Madrid sebab kami tak nak buang masa di Istanbul Airport. 


Memang rate di Airport sangat teruk dan kami tak de pilihan. Money changer dekat bandar Madrid sama je. Takde beza.

Kami tukar 100 euro cuma dapat 500 TL. Mereka amik komisyen banyak sangat, walaupun terang benderang tulis '0% Commission'..Terang2 kena tipu...adoi. 

Kalau Google pada 10 Mac 2020, 

1 Euro = 6.99 TL 

Kalau 100 euro = 699 TL

Kami dapat 500 TL je..bayangkan..nak dekat 200 TL lesap. T_T

Kalau diberi kesempatan travel di Istanbul lagi, kami nak tukar duit di bandar Istanbul je. Jauh lebih baik rate dia.

Sekarang, as of 30 Julai 2020

1 Euro = 8.21 TL

Kenderaan


Oleh kerana kami tak banyak masa, mulanya ingat nak ambil taxi je masuk Istanbul. Tapi ada tengok video satu guy ni naik teksi, dia kata traffic teruk dan mahal pulak tu bayar.

Jadi kami decide ambil airport shuttle bus.

Saya fikir paling cepat kami dapat keluar dari Istanbul Airport tu pun pukul 7.30 petang sebab kan Istanbul Airport tu antara airport TERBESAR di dunia .

Jadi kena ambik kira;
  • berapa minit kapal terbang tu nak parking
  • berapa minit nak pegi immigration
  • berapa minit nak beli tiket bas 
  • berapa minit nak tunggu bas
  • berapa minit journey bas ke bandar Istanbul

Airport shuttle bus ni ada app - nama dia 'Havaist' 

Atau boleh refer website dia - https://hava.ist/en

Kami decide untuk TIDAK pergi Sultanahmet untuk tengok Blue Mosque. 

Sebab dah malam, ambil gambar pun gelap dari luar dan bila dah malam memang takut kami sesat barat kat situ.

Kami decide untuk berhenti di EMINONU. 

Masa sebelum Covid-19, stop Eminonu Transit ni masih ada tapi kalau tengok website Havaist sekarang (30 Julai 2020), macam dah takde. Apapun, better check dengan driver atau airport staff dekat area shuttle bus tu. 

Kenapa Eminonu? 

  • Dekat dengan Spice bazaar
  • Dekat dengan Kebab ikan
  • Dekat dengan Masjid Yeni 
  • Dekat dengan Galata Bridge

Makanan


Kami tak berharap tinggi sangat sebab dah malam kan? 
Dapat makan kebab ikan, roti Simit dan susu Ayran pun cukup la.

Souvenir


Memang nak beli Turkish delight, dried fruits and nuts. Tu je. 

Apa yang terjadi?


Bila mendarat di Istanbul Airport pukul 6.20 pm, hujan renyai2. Ahh sudah...mesti jam la jalan ni. Dah rasa down masa tu. 


Kami pastikan guna toilet dalam flight sebelum keluar. Jadi masa keluar je dari kapal terus berlari2 anak ke immigration. Dah macam Amazing Race waktu ni.

Jauh sangat nak ke immigration!! 


Alhamdulillah, proses di immigration laju je. Tak ramai orang pulak tu.

Bila sampai di bahagian Arrival, terus belok ke kanan dan cari lif yang tunjuk 'Shuttle bus'. Naik lif tu turun ke Basement 2 dan cari kaunter tiket. Staff tu kata bus nak ke Eminonu sama haluan ke Sultanahmet.


Dia siap tanya kenapa tak nak terus ke Sultanahmet? 

Ye la kan? Sebab ada Blue Mosque. 

Tapi kami tak sempat. Hubby dah penah pegi dulu. Saya lain kali la..Insha Allah.

Di kaunter, kami beli tiket pergi je. Saya tanya, boleh tak beli tiket return di sini?

Dia kata kena beli Istanbul Kart dekat mesin. 


Saya pergi mesin dan beli Istanbul Kart kemudian saya top-up untuk return journey nanti.

**Tiket bas ni as of 29 July 2020 harga dia dah naik. Harga sekarang one way - 25 TL.

Kami naik bas pukul 6.50 pm. Alhamdulillah. Dari mendarat kapal terbang sampai naik bas cuma 30 minit je. 

Bas Havaist sangat selesa. Ada Bus Entertainment lagi. Tapi saya tak explore sebab excited nak tengok pemandangan Istanbul je walaupun dah hampir gelap.


Dalam bas, kami tak pasti kat mana Eminonu bus stop tu sebab walaupun ada announcement dalam bahasa Inggeris tapi kami 'nervous'... apa pon tak dengar dan tak faham! Hehehe...

Alhamdulillah ada guy dari Syria duduk depan kami dan suami tanya dia. Dia pun nak turun dekat Eminonu.


Bila sampai dekat Eminonu bus stop (dalam map atas), kami jalan sikit je terus jumpa satu plaza dan terus nampak orang jual Turkish Delight (TD). 

Masa tu dah pukul 8 malam. Perjalanan bas kami dari Istanbul Airport = 1 jam 10 minit.

Saya nampak semua kedai2 banyak dah tutup. Cepatnya! 


**Lepas balik Malaysia baru saya tahu yang waktu kedai tutup di Istanbul masa winter dan summer lain. Masa winter tutup cepat. 

Yang tinggal cuma restoran, kiosk2 jual roti, jagung dan buah berangan. Kedai2 yang kat lorong bawah jalan besar nak ke tempat kebab ikan tu pun dah tutup. 


Kami bernasib baik sebab kedai Turkish delight yang dekat dengan Spice Bazaar tu masih buka. Dia pun kata nak siap2 untuk tutup. 

Alhamdulillah. Dapat la kami taburkan duit kat situ. Hahaha...

Rupa2nya salah sorang dari pekerja kat Emir Bazaar Turkish Delight ni orang Morocco. Seronok la suami saya dok borak2 dengan dia. Siap bagi diskaun dan tambah2 la pistachio sekali. 

Dia siap offer kami untuk rasa semua turkish delight kat situ. Potong kecik2 untuk kami. Tapi sebab kami tengah rushing, kami rasa dua jenis je. 

Saya curious yang warna merah macam bunga ros. Rasa dia memang 'daebak'! Satu lagi pistachio apa ntah..memang sedap sangattttt.

Ni yang nak kena pegi balik Turki nih!

Kami tanya kat budak Morocco ni kat mana nak makan sedap. Dia suruh pergi seberang jalan dekat situ ada restoran terapung banyak orang jual kebab ikan. 

Kami pergi situ..tapi saya memang tak 'impressed'! Nampak macam tourist trap sangat. 

Husband malas dah nak jalan lagi..nak makan situ je..tapi saya kata mesti ada tempat lain yang lagi menarik dan local suka pegi.


Kita pun jalan la belakang Masjid Yeni..sepanjang jalan tu macam gelap jugak. Saya ingat nak tengok2 dalam Masjid Yeni tapi dia tengah under construction masa tu.

Tengah jalan2 tu..saya nampak la kedai2 dessert yang saya teringin nak cuba tapi memang tak sempat!

So, jalan punya jalan..nampak la satu restoran ni macam ok..sebab...dekat depan dia ada chef tengah buat Kunefe daa....


Memang nak sangat rasa Kunefe ni..tapi...tunggu ye :)



Nama restoran ni Maranda Doner. Bila masuk tu memang nampak sangat tak touristy..hehe. Kami pun order dua jenis makanan dan 2 gelas Ayran.

Hubby kata jangan order dessert lagi sebab takut tak habis. Portion dia besar. Masha Allah. Saya memang give up la nak habiskan semua. 


Tengok la betapa banyaknya greek yogurt dia letak dalam pinggan saya nih. Satu senduk besar kot!

Saya order kan untuk suami Adana Kebab sebab sebelum ni saya search makanan Turki kebanyakannya tak pedas sangat tapi suami pulak suka makan pedas. 


Bila saya cuba Adana Kebab ni..pedas tu pedas tapi rasa dia macam 'sihat' sangat! Hahaha..Saya penah baca satu blog ni, orang Malaysia kalau nak pergi Turki jangan lupa bawak Sos cili.

Saya setuju!

Tapi kalau nak rasa yang original, cuba la makan dulu tanpa sos cili. Lepas tu bubuh sos mengikut selera masing2. Ye lah..tekak dah biasa makanan Malaysia kan?

Kami bayar untuk 2 orang - 84 TL ~ dalam 12 euro (harga masa 10 Mac 2020). Standard kami kira murah sebab makan untuk 2 orang. Kalau di Madrid kami kena bayar tiga kali ganda. 


Lepas makan, kita pusing2 jalan tu sebab sebelum datang saya dah meng'google' maps. Ada beberapa kedai dessert /roti yang masih buka macam:

  • Hafiz Mustafa 
  • Tatlici Safa
  • Simit Sarayi 

Kami singgah Tatlici Safa dan tapau kuih muih turki dan di Simit Sarayi kami tapau satu roti Simit. Sebenarnya di plaza dekat kedai2 Turkish delight tadi kami dah beli satu Simit dekat kiosk di situ.


Tapi saja nak bezakan kesedapannya dalam cuaca sejuk2 ni. 

Keputusannya: Harga satu Simit di kiosk atau di Simit Sarayi sama je. Cuma 2 TL setiap satu. Rasanya pun sama. SEDAP!!

Kami cuba Simit biasa je yang tabur dengan bijan. Ada banyak jenis Simit di Simit Sarayi. Coklat, peanut butter, keju..macam2 la.

Kemudian..kami jalan kaki sepanjang jalan Ankara ke jalan besar Resadiye. Lalu balik lorong bawah jalan besar menuju ke stesyen bas awam. Tempat yang sama jual kebab ikan (Balik Ekmek).

Sepanjang jalan, ada beberapa peminta sedekah. Tapi yang sedih lihat ada budak2. Suami cakap mereka orang Syria. Mungkin refugees, wallahualam. 


Bus stop ni serius gelap la..Kalau saya sorang2 jalan di sini, mungkin saya tak kan berhenti di Eminonu Transit waktu malam. Ada suami atau teman lain, ok la kot.

Bus stop Eminonu Transit ni betul2 sebelah satu masjid kecik - Masjid Ahi Celebi. Sempat lah snap beberapa gambar masjid tu. Cantik!

Dekat bus stop ni ada Free WiFi, ada mesin untuk beli Istanbul Kart dan top up sekali. Tapi saya fikir better siap2 beli dan top up Istanbul Kart dekat airport.


Berhati2 je sebab boleh jadi mesin yang kat bus stop ni rosak ke..naya lah malam2 nak cari mesin Istanbul Kart kan?

Tunggu bas dalam 15 minit macam tu. Sebenarnya Istanbul Airport shuttle bus ni ada jadual dia tapi biasa la kan..traffic jam dan sebagainya jadi jadual tu mungkin anggaran waktu saja.

Sampai di Istanbul Airport, kami ambil gambar sikit2. Lupa nak ambil gambar depan perkataan 'Istanbul' besar yang kat dalam airport tu. 


Lepas immigration, kami terus pegi solat dulu. Surau kat situ ada tempat wudhu dan ruang solat yang memadai macam di KLIA juga. 

Sementara menunggu untuk boarding, kami minum kopi kejap dekat Simit Sarayi dalam Istanbul Airport. 

Saya tengok harga roti Simit di airport - 10 TL!

Huhu...di tengah bandar boleh dapat 5 roti Simit sebab satu cuma 2 TL. Kami makan la roti Simit yang kami dah beli di plaza dan juga Simit Sarayi yang kat jalan Ankara kat bandar tadi.

Alhamdulillah. 

Total masa tour di Istanbul dari kami tiba di Plaza sampai naik bas semula di Eminonu Transit:

1 jam 30 minit!



Total tabur duit di Istanbul:

Istanbul Kart dan Tiket - 6 TL for card + (18 TL x 2 x pax) =  78 TL
Turkish Delight and nuts - 169 TL
Makan Malam - 84 TL
Kuih muih dan roti Simit - 24 TL
Kopi di Istanbul Airport - 25TL


380 Turkish Lira

Kalau ada rezeki boleh pergi lagi. Bi iznillah.


0 Comments