Musim Luruh di Madrid 2019

Musim luruh adalah musim kegemaran saya dan musim luruh di Madrid kali ini sangat cantik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Kali ini saya akan senaraikan gambar-gambar yang saya ambil dari bulan Oktober sehingga 28 November.


Sekitar Villaverde Bajo



Sekitar Villaverde Bajo
Sekitar Villaverde Bajo 10 Oktober 2019

Villaverde Bajo 2 Nov 2019
Villaverde Bajo 2 November 2019

Taman El Espinillo

Taman El Espinillo 10 Oktober 2019
Taman El Espinillo 10 Oktober 2019 

Cuaca pada 10 Oktober 2019 sangat elok. Tak sejuk dan tak panas. Minimum adalah 15 darjah celcius dan maksimum adalah 23 darjah celcius.

Tetapi Madrid ini dikelilingi bukit dan gunung jadi cuacanya boleh jadi sangat berangin. Oleh kerana ‘climate’ disini adalah Mediterranean, kelembapan sangat rendah dan kering.

Pada saya cukup pakai seperti di Malaysia dan tidak perlu jaket langsung. Kalau nak bawa pun mungkin payung atau baju hujan.


Taman Lineal del Manzanares



Taman Lineal del Manzanares
Taman Lineal del Manzanares 13 Oktober 2019


Taman Lineal del Manzanares 13 Oktober 2019
Taman Lineal del Manzanares 13 Oktober 2019


Taman Lineal del Manzanares 28 November 2019
Taman Lineal del Manzanares 28 November 2019

Saya pernah pergi ke Taman Lineal del Manzanares sebelum ini dan kami pergi ketika buah zaitun lebat di pokoknya di taman ini.

Sesiapa yang ingin mengambil gambar di pokok zaitun boleh baca post saya tentant Taman Lineal del Manzanares di sini.

Saya pergi waktu tu bulan Januari tengah musim sejuk. Tapi musim luruh di taman ini tidak berapa ketara seperti di Taman El Espinillo.


Taman Retiro



Taman Retiro 1 November 2019
Taman Retiro 1 November 2019


Taman Retiro 1 November 2019
Taman Retiro 1 November 2019

Taman Retiro adalah antara taman kegemaran saya sebab terlalu banyak sangat taman-taman yang indah di Madrid ni.

Kalau sesiapa dari Malaysia yang datang melawat Madrid ni biasanya saya akan cadangkan melawat Taman Retiro kalau ada masa kerana taman ini memang cantik kalau nak dibandingkan dengan taman di London sebagai contoh.

Di dalamnya juga ada Istana Kristal. Boleh baca lebih lanjut tentang Taman Retiro di post saya sebelum ini di sini atau ketika musim bunga baca di sini pula.

Cuaca pada 1 November 2019 juga pada mulanya mendung di waktu pagi dan hujan di waktu petang. Alhamdulillah setakat pukul 1 tengahari cuaca baik dan angin juga tidak terlalu kuat.

Matahari juga muncul sekejap-sekejap. Tidak terlalu panas dengan suhu minimum 15 darjah celcius manakala suhu maksimum adalah 19 darjah celcius. Bawa jaket nipis dan payung lebih baik.


Avenida de la Felicidad



Avenida de la Felicidad 17 November 2019
Avenida de la Felicidad 17 November 2019


Bilakah waktu terbaik untuk melawat Madrid pada musim luruh?


Pertengahan bulan November adalah waktu yang terbaik untuk menikmati musim luruh di Madrid tetapi untuk melihat perubahan warna daun yang lebih ketara ke utara Sepanyol lebih bagus.

Bagi sesiapa yang datang lebih awal dari November, saya cadangkan untuk melawat kawasan-kawasan di utara Sepanyol seperti di Cataluña dan País Vasco.

Ini kerana kawasan di sana lebih sejuk dan lebih banyak perubahan warna kuning, oren dan merah yang ketara ketika musim luruh.

0 Comments