Lama tak cerita tentang Korea. Rindu le tuu...Hahah. Bila dengar tentang Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun bercerai terus rasa..oh satu lagi pasangan artis Korea bercerai. Mudahnya. 

Masa Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun tunjukkan alam perkahwinan mereka dalam 'Newlywed Diary' terdetik dalam hati saya pasangan ini seperti tak serasi. Heheh...entah la, firasat saya je.

Sumber: KoreaPortal

Sebab banyak sangat 'clue' pelik-pelik lebih-lebih lagi dari Ku Hye Sun. Sorry peminat Ku Hye Sun..ini pendapat saya je. Jangan quote ye. 

Masa AJH kata KHS tak pernah tanpa mekap depan dia - Suami sendiri kot, come on la...'Be comfortable in your own skin'! Bukan harapkan mekap je..

Masa KHS kata dia boleh masak satu benda dan kalau tak habis besok boleh makan lagi baki tu, tak macam suami dia, bila masak sentiasa penuh dengan 'detail' bila 'serve' makanan tu - Kat sini dah rasa, ahhhh..KHS masih buat perangai sebelum dia kahwin..

Dan banyak lagi 'clue' tapi malas lah nak taip banyak sangat..

Pagi ni kat Youtube ada terlihat video dari Asian Boss yang disyorkan iaitu tentang Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun Bercerai:


Saya tengok sampai habis tapi dalam banyak-banyak orang yang ditanya, satu ahjumma pakai baju ungu dalam video ni bagi komen yang tepat sangat-sangat di minit 6:19:

"Why do you think it's so easy to get a divorce?

The times have changed.
Things change quickly.
People are too busy these days, so they don't have time to pay attention to others.
So relationships fall apart and people are much colder now.
In the past, people used to help each other out and comfort each other.
But now, people are so busy they don't have time to care about others."

Tepat sekali..sedih kan?

Too busy - sibuk sangat
Don't have time - tak ada masa
People are much colder - manusia makin sejuk?? sejuk - hati kering, buat hal sendiri, malas nak ambik pot hal orang lain, kau-kau aku-aku..harta suami harta aku, harta aku harta aku..:)

Generasi akan datang akan hidup macam ni ke? 

Jatuh cinta itu mudah.
Nikah itu mudah.
Nak membina rumahtangga itu payah. 
Nak kekal dalam perkahwinan itu susah.
Nak menjaga maruah pasangan itu sukar.
Nak bersabar dengan kerenah manusia itu sangat-sangat mencabar. 
Kalau masih nak buat perangai macam orang bujang dan tak boleh berkorban untuk pasangan, jangan gatal-gatal nak kahwin!

Hamboiii..marah sangak macik ye? Hehe.

Walaupun masih mentah usia perkahwinan kami, tapi terlalu banyak cabaran dan dogaan. Rumahtangga ini universiti kehidupan macam Ustaz Amin di IKIM selalu utarkan. Betul sangat-sangat. Kalau ada masa dengarlah.


Dulu masa saya kerja 'customer service', ingatkan kerja mengadap masalah orang kat telefon itu susah sangat lah. Alahai, tak dapat nak dibandingkan bila kita dah kahwin. :)

Kalau kerja 'customer service' boleh pura-pura senyum dan keluarkan suara yang lembut dekat 'customer' bila angkat telefon tapi dengan pasangan suami atau isteri belum tentu boleh 'maintain' ini. 

Kadang bila dah hadap muka 24 jam setiap hari, minggu dan seterusnya mulalah keluar perangai sebenar ye tak?

Mana-mana pasangan yang nak berkahwin, saya galakkan sangat baca artikel-artikel ini di IIUM confession.:


dan banyak lagi yang lain.

Semoga bermanfaat.
Setiap Ahad, jam lima petang ada kelas agama di Masjid Estrecho untuk Muslimah. Saya dan teman sebolehnya cuba untuk buat atau bawa sedikit kuih untuk minum petang. Oleh kerana saya tengah 'naik hantu' mencari resepi Apam Balik yang 'pasti' menjadi dan baik hasilnya maka saya cadangkan pada kawan saya untuk buat Apam Balik atau di Indonesia dipanggil sebagai Martabak Manis.


Jangan bayangkan Martabak Manis ni macam martabak atau murtabak yang biasa kita makan di Malaysia. Nama je Martabak Manis tapi sebenarnya apam balik.

Di Masjid Estrecho, saya seorang saja dari Malaysia yang ke kelas. Saya belum pernah lagi jumpa rakyat Malaysia lain yang pernah datang ke kelas, baik kelas agama atau kelas Al-Qur'an. Rata-rata yang saya jumpa cuma pelancong dari Malaysia. Jadi kawan-kawan yang saya kenal di Madrid ini adalah rata-rata dari Indonesia. 

Banyak yang saya belajar dari mereka. Dari segi ukhuwah, dari segi bahasa dan dari segi budaya. Indonesia terlalu besar dan terlalu banyak bahasa! Walaupun bahasa Malaysia/Melayu adalah dari rumpun yang sama tapi banyak sangat perkataan yang sama tapi definisi berlainan. Kadang-kadang boleh buat fenin kepale macik! :) Yang ini saya cerita di 'post' lain Insha Allah.


Kembali ke tajuk Apam Balik Martabak Manis. Saya telah cuba banyak resepi Apam Balik tapi rata-rata tak jadi macam apa yang saya inginkan, macam yang saya beli di pasar malam di Malaysia. Sehinggalah saya bertemu dengan Channel Youtube Sobat Dapur. Masha Allah. Boleh saya katakan kalau kita dapat ikut 100% cara yang beliau ajar, hasilnya pasti baik. Bi iznillah.

Ini resepi beliau yang saya cuba:


Bahan-bahan dari resepi semua ada dijual di sini kecuali vanili, saya tukar dengan vanila dalam bentuk cecair. 

Tips:
  • Pastikan guna api yang kecil dan kuali (pan) mestilah yang masih baru atau anti-lekat. Kalau tidak, susah nak keluarkan apam balik dari kuali.
  • Perlu kesabaran yang tinggi.


Sebenarnya percubaan kami untuk buat kuih muih dari Malaysia dan Indonesia ke kelas agama adalah untuk memperkenalkan budaya kami juga. Sebabnya, susah sangat untuk menembusi selera tekak orang-orang Arab di kelas kami terutamanya dari Morocco / Maghribi. 


Kalau kuih tu lembik atau nampak pelik sikit, memang tak lakulah nampaknya. Tapi kalau biskut atau yang dari oven, yang hasilnya kering; rata-rata akan makan. 

Kami pernah bawa:
  • Kuih lapis
  • Kuih pau
  • Pisang goreng
  • Dodol
  • Kuih Kacang Kasturi 


Tapi tak laku!! Hahah..Sebab isinya lembik. Sebelum saya bawa kuih muih yang kami buat ke kelas, orang pertama yang akan makan kuih ni adalah suami saya. Kalau dia boleh makan kuih ni, maksudnya boleh la orang-orang Arab makan. 

Suami saya makan tiga potong Apam Balik ni! Amazing!! Hahaha..Bila pergi kelas, rata-rata kata yang apam balik ni sedap sangat. Sister yang duduk sebelah saya dan depan saya pun makan 3 ke 4 keping!

Bila saya tanya..Kenapa dia suka makan apam balik? Sebab..di Morocco/Maghribi ada kuih yang lebih kurang sama macam ni tapi tak ada isi atau 'filling'. Namanya ialah Baghrir. 


Ini baghrir yang saya buat sendiri. Boleh baca di sini: Cherry Blossoms at Retiro Park. Lebih kurang sama kan macam dalam gambar apam balik di atas sebelum ditabur dengan bahan-bahan isi? Dari sini saya belajar yang orang Morocco / Maghribi boleh dipikat dengan kuih muih yang ada persamaan dengan kuih mereka. :)

Satu lagi tip untuk memikat hati lelaki Morocco atau Maghribi. :)