Tandas Eropah Yang Kering

Dari tajuk Tandas Eropah Yang Kering dah boleh tahu apa cerita kali ni kan? Tapi sebenarnya saya cuma pernah pergi tiga negara saja di Eropah ni - UK, Sepanyol dan Perancis. Yang pasti tandas di UK dan Sepanyol kebanyakannya kering sentiasa.

Oh ye..ini tandas di RUMAH ye..bukan tandas awam.

Ini jauh berbeza dengan tandas di negara Asia. Kalau di Malaysia, Jepun dan Korea yang saya pernah pergi, tandas tak semestinya perlu kering-sekeringnya. Ini cerita pengalaman saya.



Tandas di Madrid


Masa mula-mula kahwin, saya buat kecah la dalam bilik air lepas ambil wuduk, tak mop lantai macam biasa yang saya buat kat tandas di rumah di Malaysia. Kemudian suami masuk bilik air dan mop lantai terus. Saya tanya kenapa? Dia kata tandas di Sepanyol ni mesti sentiasa kering. Kenapa? Dia kata memang dah budaya di sini macam tu.

Bila pergi rumah abang ipar, juga di Madrid ni saya lihat benda yang sama. Kering-sekeringnya. Tapi yang saya tak gemar mereka gunakan kasut dalam rumah. Jadi kasut itu jugak yang digunakan untuk masuk tandas dan bilik.

Walaupun tandas kering tapi apa pula halnya dengan kawasan untuk solat? Tak dinafikan mereka mop rumah hari-hari untuk bersihkan lantai. Cuma saya rasa was-was di situ. 

Jadi bila saya minta suami jangan guna kasut dalam rumah dia setuju kerana permintaan dia pula, suruh saya keringkan tandas setiap kali lepas guna. 'Give and take' gitu. Inilah apabila dua budaya berbeza bertembung. 

Suami kata masa dekat kampung saya, dia hairan sangat kenapa tandas kami berkecah dengan air. Hehehe...Mana saya tahu tandas di Madrid ni kering kan?

Tandas di UK


Di UK, saya pernah guna AirBnB di London, tinggal bersama kawan Malaysia di Coventry dan  tinggal sekejap bersama keluarga British (Iraq and Pakistan origin) di Oxford.

Paling saya tak boleh lupa pengalaman tinggal di AirBnB di London. Saya sewa rumah ini selama seminggu di Greater London, Sector C kalau tak silap memori saya.

Tuan rumah adalah wanita dalam 60-an (asal Pakistan) yang sudah bercerai. Masa saya masuk rumah dia tersangat banyak rules and regulation sampai saya fed-up sangat. Sudahnya saya keluar pukul 7 pagi dan balik 11 malam setiap hari bila dekat rumah makcik ni. Malas nak mengadap muka dia. 

Apa yang saya tak boleh lupa. Dia suruh saya lap setiap inci kawasan bilik air tu, jangan ada setitik air pun lepas saya gunakan tandas. Menyesal saya tak ikut kata hati saya masa baca review makcik ni kat AirBnB. Lepas tu dia minta saya jangan bagi dia bad review. 

Ramai bagi review kata makcik ni fussy. Dalam hati rasa macam teragak-agak nak booking tapi saya teruskan jugak sebab murah sewa rumah dia. Menyesal tak sudah. Lepas incident ni, sampai sekarang saya takde hati lagi nak guna AirBnB.

Tip: Bagi yang nak melawat London - Lebih baik duduk di Central London walaupun bayar mahal sikit. Sebab kalau naik Tube (Metro) jauh-jauh, bawak beg besar lagi penat sebab Tube jarang ada escalator/lif sebab Tube London ini dah tua sangat.

Kemudian tandas rumah kawan-kawan saya di Coventry pula,

ada karpet! 

Lagilah rasa bersalah sangat kalau air dari wuduk atau masa mandi ke jatuh ke karpet ke kan? Sebab bila basah nanti dia bau hapak pula. Lagi-lagi dengan udara UK yang lembap je. 

Tandas di Oxford pula adalah 

di ladang WWOOF 

jadi kalau basah pun takde masalah. Keluar masuk tandas nak bersihkan badan dan baju yang kotor kerja seharian di ladang semestinya akan basahkan lantai tandas juga. 

Itulah cerita saya sedikit sebanyak tentang tandas eropah yang kering. Kalau siapa-siapa ada pengalaman masuk tandas di tempat lain di Eropah bolehlah bagi komen dan cerita pengalaman masing-masing untuk perkongsian pembaca yang lain. Gracias!

2 Comments

  1. As salamm Zarina. Boleh tolong jawab soalan saya yang saya post di page Islamic Center Madrid? saya post soalan ini dalam bulan Jun lepas. Soalan itu ada kena-mengena dengan Islamic Center. Terima kasih Zarina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kak Yatie,

      Maafkan saya sebab x dpt notification pasal komen tu yg tak berbalas komen akak. Anyway, saya tak dapat nak spend masa sampai malam dengan grup akak. Pkl 6 or 7 ptg macam tu dah kena balik rumah. Kalau teman ke masjid tuk solat insha Allah boleh diusahakan dan saya tak drive di sini, jadi kita kena naik public transport. :)

      Delete