Bahasa Sepanyol 1H1P-3-Bolsa

Perkataan baru Bahasa Sepanyol 1H1P hari ni adalah Bolsa atau Bolso. Baru-baru ni saya nak buang sampah kitar semula. Jadi saya guna semula plastik yang kami biasa bayar di pasar raya lebih kurang antara 5-20 sen (euro) atau dalam 25 sen - seringgit (MYR). Tiba-tiba saya terbaca perkataan-perkataan yang tertera di plastik ini. 


OK, pengalaman saya belajar bahasa Sepanyol semestinya merangkak sebelum berlari. Bahasa Sepanyol lebih kurang bahasa Arab, kata nama berubah mengikut jantina.

Perkataan yang berakhir dengan huruf 'O' biasanya adalah jantan/lelaki dan yang berakhir dengan 'A' adalah wanita. Bukan bermakna perkataan itu ada kaitan dengan jantina yang kadang-kadang buat macik konpius sesangat! Hehe..

Tapi takpe..
Kita ambil contoh perkataan Bolsa/Bolso ini. 

Kenapa saya konpius..sebab masa mula-mula hidup di Madrid ni, bila kita pergi ke pasar raya, suami akan mintak beg plastik; 

Dame una bolsa, por favor - Tolong beri saya satu beg plastik

Tapi bila pergi shopping nak beli beg tangan, dia tanya saya;

Quieres comprar un bolso de aqui? - Nak beli tak beg tangan dari kedai ni?

OMG...yang mana satu ni? Sekejap bolso sekejap bolsa..adoyai...


ke beg plastik = jantan? tapi beg tangan = wanita? ada logik jugak ni..hehe


Kalau kita pergi pasaraya atau kedai runcit, pasti juruwang akan tanya kita masa nak buat bayaran;

Quiere bolsa? - Anda mahu beg plastik?

Kalau kita mahu, jadi dia akan tambah harga plastik beg dalam resit pembayaran.

Kalau dia tengok barang kita banyak, dia akan tanya;

Quiere usted de grande or de pequeña? = Anda mahu yang besar atau kecil?

Kalau yang besar biasa dia bagi plastik recycle yang lebih besar dalam 60 sen (euro) atau sekarang banyak pasaraya sudah mula jual beg kertas yang lebih baik untuk alam sekitar berharga dalam 20 sen (euro) dalam usaha untuk menghentikan penggunaan plastik.


Sumber: El Pais

0 Comments