Tanah Perkuburan Muslim di Madrid

Semalam suami telefon dalam pukul 3 petang waktu Madrid, seorang sahabatnya meninggal dunia. Inna lillah. Jadi dia akan pergi ke Masjid M30 dan solat jenazah di sana. 


Ini gambar ketika pengkebumian jenazah.

Bila ditanya lebih kurang pukul berapa akan kembali ke rumah? Dia kata mungkin lewat dan memang tepat seperti jangkaan, Masha Allah..dalam pukul 9 malam baru dia sampai rumah. 


Ketika sampai di rumah dia letak dua ketul roti di atas meja tapi saya fikir mungkin roti dia bawa dari tempat kerja. Jadi saya taklah tanya lebih-lebih sebab dia keletihan. 

Lepas mandi dan solat, dia pinta dihidangkan Laban-boleh baca lebih lanjut disini untuk makan dengan roti yang dibawa tadi.

Kemudian dia kata, roti ini roti yang dihidangkan bila ada kematian dalam komuniti Maghribi di Madrid. Wallahualam kalau roti ini mewakili seluruh budaya Maghribi tapi saya jangka di daerah lain di Maghribi, mungkin makanan yang dihidangkan ketika hari kematian adalah berbeza.


Roti ini didalamnya ada sebiji tamar/kurma tanpa yang sudah dibuang bijinya dan sebiji buah tin kering. Rasanya manis-manis buah bila dimakan dan rotinya rasa masin sedikit. 

Di Madrid hanya ada dua kawasan pengkebumian atau tanah perkuburan untuk orang Islam. Tanah perkuburan Muslim yang pertama di Madrid adalah di Griñón (gambar di bawah) dan satu lagi tanah perkuburan Muslim paling baru di Madrid adalah di Carabanchel Alto.



Sebelum tahun 2014, jenazah boleh dikuburkan tanpa keranda dan mengambil kos lebih kurang antara 50 Euro ke 100 Euro tetapi selepas tahun 2014, urusan sewa tanah, pengurusan dan pengebumian jenazah diambil alih oleh dewan perbandaran. Kos juga meningkat kepada 1,960 Euro (harga tahun 2016) untuk 10 tahun sewa dan 1,500 Euro (harga tahun 2016) untuk urusan pengebumian.

Boleh baca lebih lanjut di artikel oleh El Pais disini dan disini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum. Amin.

0 Comments