Tahun Baru Cina di Madrid

Pada hari ahad minggu lepas iaitu pada 18 Februari 2018, saya telah pergi melihat perarakan sambutan Tahun Baru Cina di Madrid bersama seorang kawan, Muslimah dari Malaysia yang berketurunan Cina. 

Kawan saya ni saya kenal dari kelas bahasa Sepanyol yang saya ambil setiap dua kali seminggu dan kelas ini akan berakhir bulan ini T_T ahh..sedihnye. Saya sangat teruja bila terjumpa orang Malaysia di Madrid ni. Kawan saya ni tinggal di Madrid sudah 18 tahun!!! Masha Allah.


Kami merancang pergi bersama anak2 teman saya dua orang, seorang pelajar wanita asal Maghribi yang sudah tinggal di Madrid bersama keluarganya 15 tahun dan juga seorang kanak2 lelaki Maghribi yang ibunya adalah jiran kawan saya. Ibunya tidak dapat pergi kerana menjaga adiknya yang sakit.

Kami berjanji untuk bertemu pada pukul 10.30 pagi di Embajadores dan dari situ kami naik bas ke Jalan Marcelo Usera. Saya lupa yang hari Ahad biasanya ada 'open air flea market' atau kalau bahasa Malaysia; Pasar lambak. 

Bila saya melangkah ke arah perhentias bas nombor 60, saya ternampak seorang lelaki badut memberi persembahan di hadapan kereta2 yang berhenti di lampu isyarat dan juga kedai2 yang dibuka ditepi jalan. Saya secara peribadi tidak pernah pergi lagi ke pasar El Rastro ni. Suatu hari nanti Insha Allah.

Di dalam bas nombor 60 yang kami naiki ada ruang untuk mereka yang berkerusi roda dan ibu bapa yang membawa anak2 mereka menggunakan kereta bayi. Perjalanan dengan bas dalam 30 minit saja dan kalau ada tiket Bas-Metro 10 perjalanan, cuma berharga 1,20 euro.

Masa kami sampai, jam sudah menunjukkan 11.15 pagi dan kami tanya  orang2 yang bergerak ramai2 menuju ke suatu tempat. Pelajar Maghribi yang bersama kami lah yang sering bertanya kerana dia boleh berbicara bahasa Sepanyol seperti orang Sepanyol. Masha Allah.

Semasa berjalan ke arah Jalan Marcelo Usera, saya berbual2 dengan pelajar Maghribi ni. Rupanya dia suka menonton drama Korea dan cuba belajar bahasa Korea sendiri! Teruja terus saya jadinya..hahah. 

Iyelah, apa taknye kerana ni boleh jadi tajuk perbualan kami taklah saya terpinga2 nak cakap apa sebab pelajar ni beza umur dengan saya hampir 20 tahun! Jurang generasi yang besar itu sudah pasti ada.

Saya tanya dia apa perkataan2 bahasa Korea yang dia tahu. Dia kata, 아줌마, 엄마, 아빠...Saya tanya apa drama2 Korea yang dia tengok? Dia bagitahu tajuk dalam bahasa Sepanyol. Saya tak faham dan dia pula tidak boleh berbahasa Inggeris. 

Kemudian dia beritahu satu tajuk..Jambori..Jambori? Cerita apa nih? Teka punya teka rupanya Jang Bo Ri...hahaha..Saya lupa yang orang Arab tak boleh nak sebut '-ng' sebab bunyi ni takde dalam sebutan bahasa Arab. Puas saya suruh suami saya sebut pun dia tak boleh.


Tak lama kemudian kami nampak ramai orang dah berkumpul di tepi2 jalan dengan memakai topi hiasan Tahun Baru Cina. Anak2 kawan saya dah bising nak topi tu tapi kami tak nampak langsung kat mana nak dapatkan topi ni. 

Ada seorang perempuan Sepanyol yang baik hati, bagi dua topi  kepunyaan dia kepada kami tapi masih tidak cukup untuk seorang lagi kanak2. Kami teruskan perjalanan dan akhirnya nampak orang yang bagi topi percuma ni di hadapan sebuah kafe. Kami minta empat terus.


Kami berdiri dalam 30 minit menunggu untuk perarakan bermula. Mula2 ada sebuah bas dua tingkat yang membuka tirai dan diikuti dengan bermacam2 jenis perarakan yang lain. Lihatlah gambar2 seperti dibawah.



Gula2 atau dipanggil caramelo dalam bahasa Sepanyol diberikan kepada kanak2 yang melihat perarakan.

Lepas 15 minit perarakan bermula, saya dah mula bosan..hehe. Saya sebenarnya cepat sakit lutut kalau berdiri lama2 di satu tempat. Kalau jalan terus je ok. Tiba2 ada satu makcik Sepanyol tegur budak perempuan belakang saya. 

Dia pun nak duduk tepi kaki lima sebab lutut dia dah sakit. Alahai macam tahu2 je makcik ni yang saya pun sakit lutut. Hehe...Terus saya ambil kereta bayi kawan saya dan tunggu di tepi jalan yang tiada orang. Senang sikit nak bergerak2 supaya lutut tak terasa panas. 


Dalam pukul 12:45 tengahari perarakan pun tamat. Semuanya berlalu dalam masa satu jam saja. Kawasan di Marcelo Usera ni dipanggil 'Chinatown' kerana ramai orang Cina tinggal disini. Jadi setiap tahun perarakan tahun baru Cina akan diadakan disini.

Anak2 kawan saya sudah mengomel kelaparan. Saya ada buat kimbap untuk mereka dan kawan saya pula beli popia goreng inti sayur. Kami pun makan di taman kecil yang berdekatan. 

Alhamdulillah anak2 kecil dapat terima makananni dan bagi pelajar Maghribi; ini adalah pertama kali dia makan makanan Korea! Tapi chep dia orang Malaysia daa..hehe.

Dalam pukul 2 petang kami pun pulang ke rumah masing2. Kawan2 saya pulang dengan bas dan saya dengan Metro dari Plaza Eliptica.

2 Comments