Madrid dilitupi salji

Subhanallah!! Madrid dilitupi salji baru2 ini pada hari Ahad dan Isnin ( 4 dan 5 Februari 2018).Orang yang berusia pun boleh jadi teruja bila tengok salji turun kan? 

Walaupun sejuk mencengkam ke tulang tetapi hati terasa hangat. Puitis gitu. Heheh..Tiba2 jadi seronok sangat macam kanak2, merasa ajaib dengan ciptaan Allah.

Sebenarnya dari tahun lepas saya asyik ulang ayat yang sama pada suami, alangkah seronoknya kalau dapat lihat salji turun di Madrid. Sangat2 susah nak lihat salji turun di tengah bandar kecuali di atas gunung macam di Navacerrada. 

Lagi2 rumah kami di bahagian selatan Madrid, jadi kawasan kami lebih panas. Biasanya salji turun terlalu sedikit, dalam dua jam macam tu dan itupun masa kami sedang lena tidur. 

Seawal pukul 10 pagi pada hari Ahad, teman pengajian bahasa Sepanyol yang tinggal berdekatan Arturo Soria, menghantar klip video salji yang turun disekitar perumahannya. Ahh..seronoknya bagi mereka yang tinggal di bahagian utara Madrid yang lebih sejuk berbanding selatan Madrid. 

Saya pun tak lah harap sangat..tipu... sebenarnya harap la juga dapat tengok Madrid dilitupi salji live depan mata...hehe. 

Dalam hati doa banyak2. 


Hari Ahad adalah hari mengaji Al-Quran dan belajar Fiqah Islam di Masjid Estrecho bagi kami kaum wanita. Hari Jumaat pun ada tapi lebih tertumpu untuk kaum ibu yang ada anak2 kecil untuk belajar mengaji bersama anak2 mereka. Saya pun bersiap2 untuk keluar rumah dalam pukul 1 tengahari. 


Sebelum saya pergi ke masjid, saya singgah untuk bertemu teman2 Indonesia yang sudah lama saya tak bersua muka dan tak lupa juga makan tengahari dengan lauk pauk Indonesia seperti urap (makanan orang Jawa)...Tabarakallah..sedap sangat! 

Cuma saya terkeluar tajuk, saya masak Japchae (sebelah kanan gambar), makanan Korea untuk teman saya kerana dia tidak bisa menikmati makanan yang terlalu pedas.


Bila dah selesai makan tengahari, dalam pukul tiga petang salji turun selebat2nya di Villaverde Alto! Subhanallah. Kalau di sini sudah lebat begini, mesti lagi lebat di utara Madrid. Tak henti2 bibir mengucap Subhanallah. Doa hamba yang daif ini dimakbulkan Allah. 


Bila tiba di Tetuan untuk membeli barang2 dapur di kedai2 cina di sini, saya tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar kereta2 yang dilitupi salji. 

Selepas selesai solat Maghrib dalam pukul 7.30 malam kami bergerak meninggalkan masjid Estrecho dan masih lagi salji turun tapi tidak berapa lebat. Alhamdulillah.


Keesokan harinya, Isnin, saya ada kelas bahasa Sepanyol. Pukul 10 pagi dah mula turun salji lagi. Kawasan sekitar kelas di Embajadores terus dilitupi salji. Walaupun tak berapa banyak salji seperti yang saya pernah lihat di Korea Selatan tapi sekurang2nya sudah lepas rindu yang satu ini di Madrid.



FYI, pasukan Real Madrid pun kensel latihan bila Madrid dilitupi salji dan Stadium Santiago Bernabeu pun jadi putih! Lapangan terbang Barajas pun tutup satu laluan dan banyak penerbangan dibatalkan. Jadi ´loco´ kejap Madrid untuk dua hari bersalji. :)

0 Comments