Huevos Revueltos con Chorizo

Saspen tak tajuk dalam bahasa Sepanyol? ;) Hehe..tiba2 saya nak menulis dalam bahasa lain pula ke hari ni? Satu hari nanti Insha Allah. Kali ini saya nak cerita pasal Chorizo ataupun dikenali sebagai sosej buatan tangan yang diasapkan atau disalaikan. 

Chorizo ni adalah antara makanan kegemaran rakyat Sepanyol dan rata2 dibuat dengan daging khinzir. Tapi Chorizo yang saya jumpa baru2 ini adalah halal dan dibuat dari campuran daging lembu dan daging burung turki. 


Kenapa saya nak cerita sangat pasal Chorizo?

Sebenarnya, kalau nak cari makanan Sepanyol yang halal susah nak cari di sini. Makanan dari negara2 Arab yang halal banyak di Madrid dan juga di bandar2 besar di Sepanyol. 

Tapi, kadang2 mesti kita rasa ingin tahu apa agaknya rasa makanan asal orang di negara yang kita ingin lawati, ye tak?

Tapi mungkin juga ada yang tak ambil berat sangat tentang makanan bila melancong dan bawa siap2 makanan dari Malaysia macam mee segera dan sebagainya kerana malas untuk memikirkan halal atau tidak atau syubhah dan sebagainya. 

Tapi bagi saya, sebaliknya saya suka makan apa yang boleh dimakan selagi mana halal di negara yang saya ingin lawati. 

Malangnya, di Sepanyol ini makanan kebangsaan dia memang dari daging khinzir seperti Jamon Iberico yang kita boleh jumpa berlonggok2 di dalam pasaraya seperti Carrefour dan sebagainya di sini. 

Bila masuk je bahagian makanan, tiba2 ada bau yang menyengat dan seperti berkulat..itulah dia bau jamon (sebut ´khamon´)

Kembali kepada cerita chorizo, suatu hari saya tanya suami, ada tak Chorizo halal? Dia kata ada. Banyak dijual di kedai2 daging (Carniceria) masyarakat Islam di Madrid. Satu hari dia bawak balik Chorizo dan mulalah saya cari resepi di Pak gugel. 

Akhirnya saya jumpa satu resepi yang memang disukai ramai di Sepanyol untuk sarapan pagi yang berat. Sebenarnya orang kat sini tak makan berat sangat, cuma secawan café con leche (cafe latte) dan croissant atau churros biasanya.



Nama resepi ini Huevos Revueltos con Chorizo = Telur hancur bersama Chorizo.

Ada banyak versi resepi ini. Kali pertama saya buat, cuma telur dan Chorizo. Kali kedua saya tambah bawang Holland dan bawang putih. Pilihan saya adalah resepi yang pertama sebab rasa Chorizo tu lebih terserlah tapi di resepi kedua rasa Chorizo terselindung oleh kekuatan bawang putih. 

Tapi suami saya penggemar tegar bawang putih, kalau boleh semua makanan nak ada bawang putih, jadi dia pilih resepi kedua. :)


Pastikan tidak meletakkan apa2 minyak sebelum menggoreng Chorizo. Chorizo ni sendiri akan mengeluarkan minyak. Banyak kan? 

Perlu dibuang sebelum dicampur telur..tapi sebenarnya minyak nilah yang buat bau telur hancur ni lagi sedap...tapi lemak kot! Adoi..takpe lah..terima kasih. Sebab tu walaupun tekak kata sedap tapi Chorizo ni tak boleh makan hari2. T_T

Saya tanya suami berapa harga satu batang Chorizo ni? Dia tak ingat jadi tak dapat lah saya nyatakan kat sini. Tapi yang pasti Chorizo ni boleh dimakan begitu saja sebab dia sudah direbus sebelum diasapkan. 

Dan saya suka sangat bau ´smoky´ ni hmmmmm....nyamm..macam pisang salai..adoi, rindu kejap. Hantu pisang salai di Madrid ni dah lama tak pekena pisang salai..kekeke.

Perkataan Chorizo juga bermaksud pencuri dan sentiasa digunakan untuk ahli2 politik yang mencuri duit rakyat :)

2. (colloquial) (criminal) (Spain)
a. thief
La mayoría de los políticos son unos chorizos y unos mentirosos. = Most of the politicians are thieves and liars.

b. small-time crook (colloquial)
Un chorizo le robó la cartera. = A small-time crook pickpocketed his wallet.



Kami makan dengan zaitun hitam yang direndam dalam bawang putih (lagi!!) :) dan minyak zaitun evoo (extra virgin olive oil) dan tak lupa roti Maghribi yang lembut.

0 comments:

Post a Comment