Hssoua Belboula

Nama tajuk sangat eksotik..hehe. Hssoua Belboula adalah sejenis sup dari barli yang dimasak bersama susu. Ceritanya begini, suami saya baru2 ini demam شفاه الله dan tahun ini je dia sudah demam dua kali. Saya biasanya kalau masa demam memang tak larat nak makan dan takde selera. Semua benda rasa pahit kat tekak dan lidah.

الحساء - Sup

بلبولة - Belboula

الشعير - Barli

Biasanya saya akan masak bubur nasi macam bubur lambuk tu tapi lebih cair dengan bermacam2 sayuran sebab suami saya suka bubur yang banyak air. Tapi baru2 ini dia kata dia tanak makan bubur yang saya buat tu. 

Dia nak makan masakan Maghribi. Hahaha...iyalah, dia dibesarkan dengan masakan arwah ibu mertua saya dan bila masa sakit mesti la tekak nak makanan Maghribi jugak. 



Saya, memang takde idea la apa dia masakan Maghribi yang boleh dimasak masa tengah demam ni. Dia dengan demam2 tu pergi cari bahan dan bila balik, atas meja ada sebungkus satu kilo bijian barley yang dipanggil Al Belboula dan sekotak susu fat-milk satu liter. 

Saya tanya suami macam mana nak buat. Dia kata biar dia yang masak takut nanti saya masak jadi rasa Malaysia pulak..haha. Oklah chepppp...masak le. تفضّل. 

Suami saya suruh masak air sampai mendidih dalam periuk, kemudian dia masukkan tiga sudu besar bijian Al Belboula dan masak sampai kembang. Kemudian dia masukkan sedikit garam. Lepas dah kembang, kecilkan api dan masukkan susu setengah liter. 

Ada orang suka letak macam2 bahan lain tapi suami saya suka begini dengan susu yang banyak. Pastikan sentiasa kacau sebab takut susu melimpah keluar dari periuk dan boleh hangit didasar periuk kalau dibiarkan saja. 


Makan panas2. 


Khasiat barli ni memang banyak antaranya dapat menyejukkan badan bagi orang yang tengah demam, barli sebagai natural medicine dan macam2 lagi boleh baca di sini. Untuk resepi Hssoua Belboula yang menggunakan lebih banyak bahan, boleh lihat resepi disini.

Apa pendapat saya? Hmm..ok je rasa dia. Kalau demam2 cuba lah. Tapi saya suka yang lebih savoury macam bubur lambuk. Heheh..orang Malaysia nak menang jugak. Wassalam.

0 Comments