Teh Pudina Maghribi

Alhamdulillah, saya tengah bersedia untuk peperiksaan akhir semester Kursus Intensif Bahasa Arab ARB301. Hari berbaki hanya sembilan hari sebelum peperiksaan. Hari-hari dipenuhi dengan ulangkaji dan pembacaan yang tidak berkesudahan. Semoga Allah permudahkan urusan mencari ilmu ini. Ameen.

Antara cara saya mengurangkan stress adalah di blog ini yang lebih sekadar sebagai hobi mengisi masa lapang. Mari bersihkan blog yang semakin banyak sarang labah-labah ini. :) 

Sebenarnya post ini sudah ditulis pada bulan April tapi masih belum sempat tekan butang 'publish'. 

Pada awal bulan April tahun ini, seorang kakak 'senior' saya ketika belajar di MMU (Multimedia University) telah datang menziarahi kami di Madrid. Saya tak jumpa kakak ini dah lama sangat, lebih kurang 15 tahun!

Masha Allah, saya tidak tahu yang dia adalah bekas pelajar Phd di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika saya melawat universiti tersebut pada tahun 2014, beliau telah tamat belajar pada tahun 2013.

Cantiknya perancangan Allah.

Tahun ini, beliau ada 'conference' di Barcelona dan walau belok tang mana pun, kalau sudah takdir Allah bertemu jua. Walaupun sudah lama tidak berjumpa dan bermacam-macam perubahan yang sudah dilalui, tapi saya rasa seolah-olah baru semalam saya meninggalkan zaman universiti dan begitu juga, bila bertemu dengan kakak ini, kemesraan itu rasa seperti ketika itu juga.

Pada mulanya dia ingin menyewa bilik 'single' di rumah saya, tapi saya menolak kerana katanya dia bertiga. Bilik itu cuma ada satu katil 'single' dan paling muat pun dua orang yang mana seorang lagi memang kena tidur atas lantai. Kalau lebih dari dua orang memang dah macam tin sardin. :) 

Bukan apa, saya takut mereka tak selesa. Rumah saya di tingkat 4 dan tiada lif. Orang Malaysia yang tak biasa, boleh semput napas mak timah..hehe.

Rumah saya juga tiada penghawa dingin pada musim panas. Hanya kipas. Musim panas di Madrid boleh cecah 40 darjah tapi kami boleh tahan. Alhamdulillah. 

Rumah saya juga sangat sejuk kalau musim sejuk. Antara sebabnya kualiti binaan dia tak berapa baik untuk menahan cuaca yang sejuk. 

Ada sekali, saya bagitahu suami yang saya malu nak ajak kawan-kawan tinggal rumah saya sebab takut mereka tak selesa. Suami saya kata - kalau mereka berkawan dengan saya kerana Allah, mereka akan bersyukur berkawan dengan saya bukan berkawan dengan saya kerana harta. 

Tepat sekali. Kawan sejati adalah kawan untuk akhirat.

Seperti biasa, kalau ada orang datang ziarah rumah, suami sayalah yang paling teruja. Dia yang akan kemas rumah dan masak. Saya..cuma jadi pembantu. Boleh? Boleh je..:)

Kali ni suami saya masak Tajine ayam bersama zaitun hijau, badam dan hirisan jeruk limau. Masha Allah, setiap kali suami masak saya sentiasa rasa hairan, dia pakai campak-campak je bahan-bahan tapi sedap pulak!!

Saya pernah juga masak Tajine ni, tapi sampai hari ini masih tidak dapat mencapai KPI suami..hehe. 

Saya pula masak sup Harira untuk mereka. Suami saya kata sup Harira kali ni saya dah 'master'. Rasa dia dah serasi bila suami saya 'try test'. Alhamdulillah. Rasa macam masuk program Master Chef pun ada bila tunggu suami bagi komen..ketaq2 lutut akak.:)


Untuk sarapan kami beli roti Rghaif yang hampir sama dengan roti canai. Biasanya kami makan bersama minyak zaitun dan madu. Saya juga buatkan kopi dengan menggunakan 'cafetera' seperti sarapan biasa kami sehari-hari. 

Kakak 'senior' saya ni merancang untuk pergi ke Maghribi pada mulanya tapi disaat-saat akhir perancangan tu terpaksa dibatalkan kerana mereka cuma melawat Sepanyol lebih kurang satu minggu. Takut tak cukup masa. 

Saya beritahu mereka, kalau nak sewa kereta lebih baik dari Malaga. Harga sewa di sana lebih murah berbanding Madrid kerana banyak pelancong hendak ke Andalusia (lebih banyak sejarah peninggalan Islam). Jadi mereka terbang dari Malaysia - Abu Dhabi - Rom - Malaga. Fuh..saya pernah naik perjalanan ini tapi tiba di Madrid..lebih kurang 21~23 jam perjalanan. 

Tiket pergi balik 'code share' Etihad dan Alitalia cuma RM2,000. Murah kan? Tapi tu la..dua kali transit, letih! Saya pernah rasa dua kali transit ni, lepas tu tak mahu cuba lagi..hihi.

Saya secara peribadi, tidak pernah memandu di Sepanyol. Jadi saya tak dapat nak bagi pendapat tentang ini tapi saya akan beritahu pengalaman kakak 'senior' saya ini di sini.

Beliau menyewa bilik atau rumah yang ada kelengkapan memasak dari AirBnb oleh kerana sukar untuk cari makanan halal dan lebih baik masak. Barang mentah di Sepanyol murah seperti beras, minyak, sayur, ayam. Makanan laut mahal sikit..tapi masih ok harga dia. 

Harga sewa bilik atau rumah kalau bukan musim yang 'peak' dekat AirBnb pun tak berapa mahal. Kalau di Spain dari November sampai March tak 'peak' sangat tapi musim panas memang ramai pelancong, sebab budak-budak sekolah cuti panjang..nak dekat tiga bulan. 


Di Madrid, ada had memandu di kawasan bandar. Ini adalah untuk mengurangkan pencemaran udara di kawasan tengah bandard dan Madrid keseluruhannya. Kenderaan yang dibenarkan pada waktu larangan ini adalah untuk mereka yang tinggal di kawasan tengah bandar di kawasan tersebut dan kenderaan yang khas sahaja.

Kakak 'senior' saya tak tahu pasal ini. Saya pula tidak memandu di sini pun tak dapat nak nasihat kat dia. Tetapi yang paling tidak puas hati adalah pemilik rumah yang disewa dari AirBnb tidak bagi amaran ni awal2 Bila dia pandu masuk kawasan yang dilarang ini, GPS tak bagi amaran dan dah lepas papan tanda ni, baru dia Google maksudnya.

Had memandu ini dipanggil A.P.R.: Áreas Prioridad Residencial - Boleh baca terma dan syarat dia di sini (bahasa Inggeris) dan dalam bahasa Sepanyol di sini. Kalau memandu ketika masa yang di larang di kawasan ini boleh disaman sebanyak 90 euro. 

Nasihat saya, kalau nak melawat Madrid lebih baik guna pengangkutan awam dan letakkan kenderaan di kawasan luar Madrid, macam di kawasan rumah saya, Villaverde Bajo. Boleh letak kenderaan di sini, percuma tapi siapa cepat dia dapat lah. Lepas tu naik Renfe (Cercanias) ke Sol, cuma dua stesen saja. :)

Baiklah, mari kita cerita pasal kisah jalan-jalan di Sol ye?

Oleh kerana kakak 'senior' saya ini bawa anak kecil dalam umur 3~4 tahun, maka itinerari perjalanan perlu disesuaikan. Mereka pun tidaklah memasang angan-angan yang tinggi untuk melawat ke semua tempat yang sohor di Madrid. Cukuplah sekadar melihat beberapa kawasan saja.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi. Saya cadangkan mereka membeli tiket 10-perjalanan yang berharga 10 euro. Tiket ini boleh dikongsi bersama. Maksudnya bila saya letak tiket diatas pengimbas tiket, orang yang seterusnya boleh guna tiket yang sama sehingga bilangan perjalanan selesai.

Kalau beli satu tiket perjalanan berharga 1.80 euro x 6 perjalanan = 10.80 euro. Dengan tiket 10-perjalanan ini, kami dapat jimat 4-perjalanan dan bakinya dihadiahkan untuk saya. Jazahallahu khair.


Apabila sampai di Sol, kami ambil beberapa gambar dan terus ke San Gines untuk cuba coklat churros. Anak kakak 'senior' saya suka sangat! Sebenarnya saya suka lagi coklat di Valor, tapi untuk churros saya lebih suka San Gines. Bagi saya coklat di San Gines tak berapa umpphh..hehe. Masing-masing punya selera. Tapi dari segi suasana fefeeling gitu, lebih baik San Gines sebab bangunannya lebih bersejarah. 


Kemudian kami ke Plaza Mayor dan ketika hendak melintas jalan kami disambut oleh deretan bunga-bunga yang sedang mengembang! Subhanallah. Ini bukan bunga sakura tapi masih cantik seperti sakura. Puas juga kami ber'posing'.


Di Plaza Mayor hanya sekejap saja, untuk ambil pelan bandar Madrid sebagai kenangan. Hihi..Kemudian kami melalui Pasar San Miguel tetapi terlalu ramai orang kerana waktu makan tengahari, kami hanya ambil gambar dari luar. 


Untuk tempat seterusnya kami berjalan melalui Jalan Mayor hingga ke Royal Palace (Palacio Real). Di sini kami nampak terlalu ramai orang yang beratur untuk masuk ke istana ini. Di sini pun kami hanya ambil gambar saja. 

Kami berjalan semula ke tengah Sol dan kembali ke rumah dalam jam 2 petang. Mereka merancang untuk singgah ke masjid di Estrecho untuk solat Jumaat tetapi...jeng..jeng..jeng..

Ketika turun dari Stesen Villaverde Bajo, kami disapa oleh seorang wanita Maghribi. Kami berbicara sepanjang perjalanan hingga tiba-tiba dia menjemput kami untuk minum petang bersama dia dan suami di rumahnya. 

Ok..masa tu saya lihat jam, hmmm kalau saya terima jemputan nanti tak sempat nak pegi masjid. Tapi wanita tu puas memujuk dan puas juga saya menolak. Tapi...akhirnya terpaksa juga menerima jemputannya kerana rumah dia selang satu jalan saja dari rumah saya. 

Subhanallah. Ini adalah hadiah dari Allah untuk mereka. Kakak 'senior' saya ni memang berniat sangat-sangat nak pegi Maghribi tapi tak dapat, tetapi Allah bagi mereka perasaan seolah-olah berada di Maghribi.


Hiasan dalaman rumah wanita tersebut dan hidangan minum petang, teh pudina Maghribi yang dijamu untuk kami semuanya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Saling tak tumpah seperti di Maghribi, bila suami saya lihat gambar yang saya ambil. 

Alhamdulillah. 

Berakhir disini pertemuan kami dan hingga berjumpa lagi di masa dan tempat yang diizinkan Allah suatu hari nanti. Insha Allah. 

0 Comments