Royal Jelly Optisana

Royal jelly = agar-agar diraja? Macam pelik pulak bila sudah diterjemahkan. Baru-baru ini suami beli royal jelly dalam bentuk cecair yang diperkuatkan dengan tambahan Vitamin C dan propolis berharga 5 euro untuk 10 botol kecil yang mana setiap botol berisi 10ml.



Kenapa kami beli? Sebab kami telah diserang alergi oleh kerana pertukaran musim dari musim sejuk ke musim bunga. Bila musim bunga banyak pollen berterbangan di sana-sini. Kalau di dalam rumah rasa badan ok je.

Tapi bila keluar ke kawasan yang ramai orang, mulalah badan rasa seram sejuk, batuk, sakit tekak dan flu. Jadi kami cuba untuk mengamalkan pengambilan royal jelly. Bagi saya, ini adalah pertama kali saya cuba mengambil royal jelly sebagai makanan tambahan. Selalunya saya cuma ambil vitamin C saja. 


Bila berada di negara empat musim, bagi diri saya; badan saya seakan-akan seperti ais yang mencair apabila berlaku perubahan dari musim sejuk kepada musim yang lebih panas. Badan mula rasa lemah. Lagi-lagi bila dah masuk empat siri ni. Huhu..

Bila masuk musim bunga mulalah cari baju yang lebih nipis sebab seronok bila cuaca semakin panas. Tapi...lebih baik jangan buat begini.

Lagi-lagi di Madrid ni, janganlah cuba nak simpan baju-baju tebal sebelum sampai bulan Mei. Sebab cuaca di sini sangat tak menentu hinggalah sampai nak masuk musim panas!

Cuaca di Madrid pada bulan - hujung Mac, awal April 2019: Accuweather

Di sini ada satu peribahasa Sepanyol yang berkait dengan sebab di atas;

'Hasta el cuarenta de mayo no te quites el sayo'


'Don't leave off your coat till May 40th'.

Maksudnya, sebelum sampai 9 June, jangan simpan dulu baju-baju musim sejuk oleh kerana suhu boleh tiba-tiba saja turun!

Pengalaman saya mengambil Royal Jelly Optisana

Dari gambar di atas, nampak macam besar sangat botol ni. Tapi cuma 10ml untuk setiap botol kaca kecil ni. Rasanya seakan-akan madu tapi kerana ada vitamin C, rasa seperti sedikit 'citrusy'. Rasa macam jus oren sikit.

Digalakkan untuk mengambilnya waktu pagi bila perut kosong. Setelah minum, saya tunggu dalam 10 minit kemudian baru minum air.

Subhanallah, bila lepas minum je sakit tekak terus hilang. Macam tak percaya pun ada. Tapi sakit tekak saya bukan yang sangat serius. Cuma sebab alergi. Mungkin ada baiknya untuk teruskan makan royal jelly ni.

Apa itu Royal Jelly?

Ia adalah rembesan yang dihasilkan oleh lebah. Ia biasanya mengandungi kira-kira 60% hingga 70% air, 12% hingga 15% protein, 10% hingga 16% gula, 3% hingga 6% lemak, dan 2% hingga 3% vitamin, garam, dan asid amino. Komposisinya berbeza-beza bergantung kepada geografi dan iklim.

Royal Jelly mendapat namanya dari fakta bahawa lebah menggunakannya untuk pembangunan dan pemeliharaan ratu lebah. Sesetengah orang menggunakan royal jelly sebagai ubat. Jangan keliru antara royal jelly dengan debunga lebah (bee pollen) atau racun lebah (bee venom). : WebMD

Kebaikan Royal Jelly

  • penyakit asma
  • hay fever / allergic rhinitis (menyebabkan tanda-tanda dan gejala seperti sejuk, hidung berair, mata gatal, kesesakan, bersin dan tekanan sinus. Tetapi tidak seperti demam sejuk, demam tidak disebabkan oleh virus.)
  • penyakit hati (liver)
  • pankreatitis 
  • diabetes jenis 2
  • ulser kaki diabetik
  • masalah tidur (insomnia)
  • keletihan (kelesuan) sekunder terhadap kanser
  • sindrom pramenstruasi (PMS)
  • ketidaksuburan 
  • ulser perut 
  • penyakit buah pinggang
  • keretakan tulang
  • simptom menopaus 
  • gangguan kulit 
  • kolesterol tinggi. 
Ia juga digunakan sebagai tonik kesihatan umum, untuk memerangi kesan penuaan dan untuk meningkatkan sistem imun. Sesetengah orang menggunakan royal jelly terus ke kulit sebagai tonik atau kulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.  : WebMD

0 comments:

Post a Comment