Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa di bulan yang penuh rahmat dari Allah, Ramadhan 1439H. 

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk menyempurnakan amalan sehingga ke penghujung Ramadhan dan mendapat keampunan dari Allah Al-Gafur الغفور . Amin.

Alhamdulillah final exam ARB302 dah tamat. Bolehlah rileks kejap fokus kepada amal ibadah yang lain. Masa saya berjalan ke arah Islamic Center untuk menduduki peperiksaan, saya nampak banyak sangat bunga pink!! 

Subhanallah, musim bunga 2nd round. Cantik2 sangat, rasa nak belai2 bunga ni tepi jalan tapi nanti orang pikir saya tiga suku pula..hehe. 


Cerita kali ini adalah pengalaman kali pertama saya berbuka puasa di masjid di Madrid. Kali ini saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama jemaah wanita di Masjid Estrecho atau lebih dikenali sebagai Madrid Central Mosque yang berada di Calle Anastasio Herrero, 5, 28020 Madrid. 

Boleh baca post yang saya buat tentang Madrid Central Mosque di sini. 

Setiap kali bulan puasa memang akan ada iftar yang disediakan untuk jemaah lelaki tetapi bagi jemaah wanita cuma diantara kami sahaja dan kebiasaannya hanya pada hari Ahad kerana dibuat selepas kelas mengaji dan kelas fiqah. 

Kami membawa makanan masing2 seperti kuih, kurma, buah dan jus manakala  untuk menu utama, kami mengumpul sedikit wang dari kumpulan jemaah. 


Menu utama adalah makanan Syria kerana ketua kelas berasal dari Syria dan dia telah menempah makanan dari restoran Syria yang berdekatan. Bagus juga sebab saya memang tak pernah cuba lagi makanan Syria. 

Memang saya ni cuma hantu makanan Korea dan Jepun sejak dari dulu jadi jarang nak cuba makanan dari Timur Tengah. 


Kebetulan, saudari Muslimah yang duduk bersebelahan dengan saya adalah dari Syria. Dia sudah tinggal di Madrid lebih kurang tiga tahun tapi masih belum fasih berbahasa Sepanyol. 

Saya kata kat dia yang saya belajar bahasa Arab. Awal2 terus dia tanya? Fus-ha? Yer..saya kata Fus-ha.

Untuk sesiapa yang tak tahu apa itu fus-ha فصحى baik saya terangkan di sini. Ia adalah Bahasa Arab Piawai Moden ataupun boleh kita kata bahasa standard. Ia digunakan di TV seperti berita dalam suratkhabar dan juga dalam sesi2 formal. Bahasa Arab Klasik lain pula ceritanya dan bahasa Arab harian lagi lah lain! 

Yang mana saya patut belajar? Belajarlah fus-ha فصحى kerana semua 22 negara Arab Insha Allah faham apa yang kita bicarakan kalau kita gunakan fus-ha فصحى tapi sekali depa balas bahasa pasar, mau pening kepala kita nak memahaminya!! Heheh..

Alhamdulillah saudari yang duduk sebelah saya tu cakap perlahan2 dan menggunakan fus-ha فصحى dengan saya tapi...Masha Allah, laju kemain. Soalan2 yang dia ajukan seperti biasa kita2 orang Melayu juga, dah kawin ke belum, ada anak ke tak, umur berapa, dari mana, tinggal kat mana. 

Tapi satu soalan dia yang pelik adalah - "Suami awak ni dah kahwin ke sebelum berkahwin dengan awak?" Terkedu kejap saya dibuatnya...hehe, iyalah, orang Arab kan kahwin ramai. Bapak mertua saya kahwin 4 ok..sekian. Hehe..

Sempat saya tanya kat dia, apa makanan Syria yang femes? Dia kata Kibbeh. Bila gugel, rupa dia sebijik macam falafel. 

Kan saya dah kata ilmu makanan Timur Tengah saya sangat kureng..so bila dia dengar saya kata falafel, terus dia berkeras kata bukan! Boleh tengok resepi Kibbeh di sini

Oklah, mari lihat menu buka puasa kami. 


Ini adalah minuman yogurt seperti ayran; iaitu campuran laban (susu masam), daun pudina, garam dan timun. 

Saya sangat suka, sebab rasa sangat segar. Ia sedikit masin atau savory dan sangat menyegarkan badan ketika berbuka puasa.  


Kemudian manisan seperti tamar dan chebakia. Chebakia adalah kuih tradisi Morocco yang dimakan ketika berbuka puasa bersama sup Harira. 

Kuih ini suami saya yang bagi. Dia kata isteri kawan dia bagi untuk berbuka tapi sebab saya dah bawa untuk berbuka di masjid jadi dikongsi saja untuk semua. 

Rata2 suka dengan chebakia versi ini sebab kurang manis. Kalau dibeli di kedai memang rasa sangattttttttttttt manis. Boleh tengok resepi chebakia di sini


Kemudian ayam panggang dan nasi. Nasi ini juga menjadi favorit ramai kerana kalau takde lauk apa pon makan begitu saja pun sangat sedap. Masha Allah. Semua makanan ketika kami berpuasa sangat2 sedap. Tabarakallah. 

Tapi yang betul2 favorit saya sampai makan tiga kali round adalah...jeng jeng jeng..Sup lentils!! (Gambar atas). Scene stealer..hehe. 

Saya memang suka makan benda masam2 ni. Terus saya tanya nama makanan ni dekat kawan Syria sebelah saya tu. Dia terangkan cara nak buat dalam bahasa Arab tapi satu pun saya tak register, terus gugel tunjuk kat dia..

Ini ke? Ye katanya شوربة عدس (shorbat adas). Adas adalah lentils. Boleh tengok resepi Shorbat Adas di sini


Gambar ihsan - WikiHow.

Lepas iftar, makan kurma sebiji dan minum air, kami bergegas untuk solat Maghrib dahulu kemudian baru sambung makan. 

Lepas tu saya dan suami pulang ke rumah, kami tidak solat tarawih di masjid kerana rumah agak jauh dari masjid. Oleh kerana waktu Maghrib dalam 9.30pm, jadi lepas iftar dan solat semua, kami sampai ke rumah lebih kurang jam 12 malam. 

Suami solat tarawih di surau berdekatan rumah saja. Kalau bulan puasa pada musim sejuk (Disember dan Januari), waktu Maghrib pukul lebih kurang 5.50 petang dan Isha´ pukul 7.30 malam, so banyak masa untuk solat tarawih di masjid. Insha Allah, suatu hari nanti. 

Wassalam.
Diam tak diam, sekelip mata, Ramadhan akan tiba esok atau lusa. Semoga kita semua mendapat keampunan Allah, beribadah sebanyak2nya mencari keredhaanNya dan menempa kejayaan iaitu menjadi insan yang lebih bertakwa untuk menghadapi sebelas bulan selepasnya. Ameen.  

Baiklah, sudah lama saya tak menulis dan post kali ini adalah tentang sebuah taman yang indah diberi nama El Capricho Park.

Hari Sabtu, 21 April saya melawat El Capricho Park atau Taman El Capricho yang berada dekat Line 5 El Capricho Station. 

Walaupun kira dah lama juga saya kat Madrid ni, tapi saya cuma suka pergi taman yang dekat dengan rumah je macam Retiro Park...sebabnya dekat. Hehe..10 minit naik tren. 

Tapi kali ini saya teringat, pernah sekali ada exchange student dari Malaysia yang cadangkan saya pergi ke Taman El Capricho ni sebab taman ni cantik katanya. Sebab musim bunga pun sudah hampir nak tamat ni eloklah saya pergi sebab kalau musim panas tiba memang suka hibernate je. :) 

El Capricho Park ini terletak di kawasan timur laut Madrid iaitu kawasan Alameda de Osuna dan dalam daerah Barajas. Ye..dah dekat sangat dengan Airport Barajas. :) 

Itu yang lebih kurang satu jam juga kalau naik metro dari rumah saya. Tapi sebab rumah saya jauh dari metro, kena jalan kaki dalam 15 minit dan dari Stesen El Capricho ke El Capricho Park nak kena jalan kaki juga..lebih kurang satu jam setengah juga akhirnya. 

Alhamdulillah, dapatlah juga exercise. Hihi..win-win la. No pain no gain kan?

Taman ini telah dibina atas arahan Duchess of Osuna; María Josefa de la Soledad Alfonso-Pimentel y Téllez-Girón dari tahun  1787 ke 1839 seluas lebih kurang 14 hektar. 

Taman ini stail abad ke 18 dan ada sikit2 pengaruh stail English dan satu2nya taman era Romantik yang ada di Madrid. 

Hmmm...memang romantik tempat ni. Bila jalan2 kat taman ni rasa macam dalam novel Jane Austen gitu. Teringat semua novel2 literature yang dok belajar kat BBGS dulu. Zaman2 merangkak bila cakap dalam Bahasa Inggeris; Tingkatan 1-3. 

Saya janji dengan seorang kawan asal dari Singapura yang bekerja di sini. Rumah dia tak jauh sangat dari El Capricho Park. 

Kami dah janji nak buat pot-luck dan makan di taman ala2 English picnic. Hehe..tapi hampa. Sebab saya tak cek sebelum pergi, bila baca betul2 pasal taman ni, segala bentuk makanan dan minuman tidak dibenarkan masuk ke dalam taman ni. 

Aigoo...tapi takpe, bukan masalah besar. Kami tetap juga bawa makanan. 

Saya bawa kimbap - roll sushi stail Korea dan air. Kawan saya bawa yogurt, snack, Éclair (yeayyy!). Kami janji nak jumpa di Stesen El Capricho pukul 11.30 pagi. 

Sungguh tak sangka Masha Allah, yang sebenarnya kami ada dalam tren yang sama, tapi kawan saya di gerabak hadapan dan saya di gerabak belakang. Bila turun je dari tren, terus nampak dia. 


¡Que casualidad!


Orang Sepanyol kata macam ni.. Kebetulan gitu..hehe. 


Saya ambil gambar ni sebelum keluar dari Stesen El Capricho. Kalau tengok gambar ni ada lagi satu taman yang besar berdekatan dengan El Capricho Park. 

Nama taman tu Juan Carlos I park. Juan Carlos I ialah ayah kepada raja Sepanyol sekarang. Masih hidup cuma dia tak berapa sihat untuk teruskan tugas rasmi tu yang bagi takhta pada Raja Felipe VI, anak dia. 

Saya pernah pergi Juan Carlos I park ni tahun 2015 kalau tak silap tapi masih tak nukilkan pengalaman di blog ni. Cantik, moden dan luas sangat. 


Ini rupa Stesen El Capricho dari luar. Stesen ini Line 5 warna hijau striking. Kalau tengok peta Metro Madrid nampak memang dia asingkan ikut warna dan nombor. Boleh muat turun di laman ini

Bila keluar je dari stesen ini nampak la signboard El Capricho Park macam gambar atas. Mulanya ingat dekat je. Hehe..tapi kami kena lalu satu taman kecil yang penuh dengan bunga2 liar..Subhanallah. (Gambar bawah) 

Cantikkkkkk sangat. Macam2 bunga kami nampak hatta rumput2 liar dia pun cantik. Banyak yang saya tak pernah lihat sebelum ni.



Gambar atas ini saya tak dapat pastikan sama ada bunga Mustard atau Rapeseed. Merata2 dalam taman kecil yang kami lalu sebelum jumpa El Capricho Park. 

Kami jalan perlahan2 ikut je trek dalam taman tu sambil membawang2..hehe..taklah..tukar2 idea dan pengalaman sebenarnya lalu mengharapkan jumpa pintu masuk El Capricho Park tapi kami telah sesat!! Hahaha...tapi dari jauh saya nampak pokok2 besar dan tinggi ala2 Bonsai. 

Saya kata kat kawan mungkin itu kot El Capricho Park sebab pokok tu cantik dan sebab saya dah ada pengalaman pergi Juan Carlos I park, dan takde pokok2 macam tu. 


Bukti kami sesat! Ini pintu masuk dari belakang Juan Carlos I park. Kami patah balik untuk cari El Capricho Park. 


Kalau dari peta ni, garis merah adalah perjalanan kami yang sesat. Sepatutnya dari Stesen El Capricho kami patut boleh lalu short-cut je yang lebih dekat tapi takpe lah..kalau tak sesat tak jumpa bunga2 yang cantik. :) 

Kami lalu jalan besar yang ada tanda Camping Osuna terus je sampai jumpa entrance El Capricho Park. Rupa entrance dia biasa2 je tapi sebab ramai orang berkerumun kat situ tahulah kami itu tempat masuk dia. Kalau takde orang langsung kat situ memang tak perasan. 


Ini rupa pintu masuk El Capricho Park ni. Gambar dari Gugel Map ni tahun 2016 tapi sekarang pun tak banyak beza. Begitu juga rupa dia. 


Dekat dengan pagar ada letak papan tanda macam dalam gambar atas. Oh ye, El Capricho Park cuma dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan hari2 cuti umum. Setiap hari cuma boleh masuk lebih kurang 1,000 orang saja.

Masa kami masuk ada pengawal sedang kira bilangan orang yang masuk ke dalam taman. Kami bawa makanan, pak guard kata kat kawan saya suruh tinggalkan bag yang ada makanan dalam bekas yang diletakkan sebelah guard. 

Sebenarnya dekat luar ada macam rak berkunci tapi kami tak perasan. Letak dalam bekas terbuka je. Tak terfikir pula kalau ada orang nak ambil ke bag tu kalau biar je macam tu. Alhamdulillah kami dapat balik bag tu dengan selamat. 

Bunga2 macam gambar atas tu adalah bunga2 yang sedang tumbuh masa musim bunga ni. Saya terpesona dengan bau bunga purple ni. 

Bau dia sangat harum dan lembut. Sungguh feminine bau dia. Bila gugel, saya rasa ini bunga lilac ungu. Ada juga lilac putih dalam taman ni tapi lilac ungu sangat2 menikam kalbuku hehe..


Selepas masuk gate yang tak berapa cantik dengan pak guard yang mengira bilangan pelawat, baru kami nampak gate yang lebih cantik. 

Di sini tititk permulaan kami, di sebelah kiri selepas masuk gate tu kami nampak satu rumah yang sangat tua yang memang dinamakan sebagai La Casa Vieja ( sebut la kasa viekha) dalam bahasa Sepanyol. 

Ada pasangan pengantin tengah ambil gambar pre-wedding dengan budak2 sepanyol yang kiut miut. Kemudian jalan lagi jumpa bunga2 yang dialihkan dari pot ditanam sebagai hiasan.


Gambar di atas-kanan adalah bangunan yang dinamakan Casino de Baile, masa dulu memang tempat menari keluarga diraja di sini. 

Kecil je bangunan dia dan sangatlah romantik. Kami tak masuk dalam bangunan ini, tapi boleh tengok rupa syiling dalam bangunan ni di laman web ini


Ini adalah antara bunga2 yang kami nampak di sini. Bagi kami tempat ini memang ideal untuk lepak2 sambil baca buku dan menghirup udara yang kurang tercemar berbanding central Madrid. Memang rasa terbukak betul rasa peparu nih! :) 

Oleh kerana binatang peliharaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam park ini, jadi taklah rasa ragu2 sangat nak baring2 golek atas rumput nan hijau. 

Berbanding dengan Retiro Park yang memang terbuka untuk bawa binatang peliharaan seperti anjing, babi dan sebagainya. Hehe...yer, babi sebagai binatang peliharaan is the rage nowadays, macam fashion gitu. 

Saya pernah sekali nampak orang bawak babi hutan, bulu hitam dalam taman dekat dengan rumah kami. Hmmm..sabau je macik!


Dekat tengah2 taman ni ada satu tasik kecil yang dipenuhi itik dan angsa macam gambar atas. Tapi masa kami kat sini cuma nampak dua ekor ni je. 

Tak lama kemudian kami nampak sekumpulan itik2 jalan lengang kangkong kat sebelah nun..macam gambar atas, kamera macik tak leh zoom, buat2 nampak je la k? Hehe..


Kemudian sebelah tasik tu ada jambatan kecil dan bawah dia ada satu lukisan gambar El Capricho Park di dalamnya. Kami jalan lagi dan kemudian jumpa bangunan di atas yang dinamakan El Abejero, yang menyimpan satu patung bernama Venus de La Alameda

Gambar kanan-bawah adalah taman maze yang berhadapan dengan sebuah istana. Bila dah nampak taman ni bermaksud sudah hampir kembali ke gate masuk El Capricho Park. 


Kami ambil gambar taman maze tu dari atas bukit kecil ni (gambar atas kiri). Di atas bukit ada satu ´temple´ dalam bahasa Sepanyol dipanggil El templete

Bila turun bawah, kami jumpa istana ini iaitu Palace of the Dukes of Osuna; tuan punya taman ini pada zaman dahulu. 

Sebenarnya, ada satu kawasan rahsia yang kami tak dapat nak masuk sebab kena reserve untuk masuk sebab perlu ada guide. 

Tempat ini adalah - El Búnker del Jardín Histórico de El Capricho. Bunker ini adalah satu tempat persembunyian di bawah istana ini dan pintu masuknya berdekatan dengan istana ini. 


"The Capricho Park hides a secret: its famous bunker of the Jaca Position, an enclave of the Civil War, unique in Europe for its current state of conservation, which housed the General Headquarters of the Republican Army of the Center. The shelter - of 2,000 square meters, located 15 meters underground and capable of withstanding bombs of up to 100 kilos - was built in the park around 1937, taking advantage of its location far from the war front, its good communications and the favorable woodland for the camouflage It has a total of seven rectangular units (four on the right and three on the left), four exits to the outdoor park and an escape gallery to the street that crosses the basement of the Palace of the Dukes of Osuna." - dari laman Reserva Patrimonio.

Boleh reserve di laman web ini, tapi hanya ada guide bahasa Sepanyol - Reserva patrimonio


Ok..lawatan kami sudah berakhir dan kami menyelusuri taman maze ini lepas tu kami duduk di bangku limestone di hujung gambar atas. Letih juga bila berjalan tak berhenti.

Boleh lihat maklumat terkini tentang El Capricho Park di laman web ini - EsMadrid