Cordoba 2H1M – Bahagian 1: Stesen Bas Cordoba

by - April 19, 2018

Ini adalah sambungan dari post Sevilla 2H1M – Bahagian 11: Stesen Bas Plaza Armas. Masih banyak lagi post yang tertunggak untuk ditulis. 

Semoga ingatan saya masih kuat untuk jadi bahan rujukan bagi mereka yang ingin jalan2 santai di Cordoba. Perjalanan kami dari Sevilla ke Cordoba menggunakan bas ekspress Alsa dan kami tiba di Stesen Bas Cordoba pada pukul 5.30 petang pada tarikh 12 Oktober 2017. 

Pada mulanya saya rasa macam jauh juga dua jam tapi oleh kerana Alsa menyediakan kemudahan WiFi percuma, jadi tak terasa sangat masa berlalu. 

Dari Sevilla ke Cordoba juga dihubungi oleh tren Renfe. Siapa2 yang nak naik tren lagi cepat. Boleh sampai Cordoba 45 minit dengan tren jenis AVE untuk harga tiket lebih kurang 30 euro dari Stesen Sevilla Santa Justa. Mahal sikit tapi jimat masa. Bergantunglah pada poket masing2. :) 


Stesen Bas Cordoba dan Stesen Tren Cordoba hanya bersebelahan. Keluar je dari salah satu stesen, dah nampak stesen lagi satu (macam dalam peta di atas). 

Sebenarnya ini kali kedua saya ke Cordoba. Kali pertama saya melawat Cordoba pada October 2013 bersama suami. Genap empat tahun. :) Tak nampak banyak sangat perubahan. 


Ini rupa bahagian dalam Stesen bas Cordoba. Ada ruang menunggu yang selesa dan terbuka jadi taklah bau asap banyak sangat. 

Lepas kami keluar dari stesen, ada kiosk2 yang menyediakan makanan ringan Sepanyol macam bocadillo (sebut bokadiyo - sandwich dari roti baguette bersama inti). 

Inti ikut pilihan - macam tortilla (Spanish Omelette), jamon (sebut khamon -  ham, khinzir), calamares (sotong goreng tepung) dan sebagainya. Ada juga dijual kopi seperti biasa. Harga pun tak lah mahal sangat. Harga standard. 


Ini pula pemandangan dari luar. Estación Autobuses Córdoba - Stesen Bas Cordoba. Keluar je dah ada teksi menunggu. Pilih la jenis teksi. Harga ikut meter. Tapi kami ambil bas je. Tak jauh sangat hostel kami dari stesen bas ni.


Ini pula Stesen Tren Cordoba. Berhadapan dengan Stesen Bas Cordoba. Kami seberang jalan dan tunggu bas di tempat menunggu bas dalam bandar Cordoba macam dua adik manis Sepanyol dalam gambar di atas. 

Bas kami nombor 05 dari Stesen Bas Cordoba ke hostel. Harga tiket untuk seorang 1.30 euro. Oh yer..gambar tiket di bawah ini adalah pada hari kami pulang dari hostel ke Stesen Bas Cordoba. Kami naik bas nombor 03 yang betul2 depan hostel. Lihat tarikh ye. :)


Kalau bawa cabin bag macam kami, saya rasa masih ok lagi naik bas ni. Tapi kalau bawa luggage besar macam tak sesuai sangat sebab takde ruang khas dalam bas ni. 

Kami duduk di bahagian belakang sekali. Sambil dihiasi grafiti tulisan seni khat anak2 Sepanyol. Hehehe..Muka hakak dah sun burnt tak hingat...malam ni kita pakai masker korea k. Komawo chingu ya. 

Lepas turun dari bas dekat hentian bas yang paling dekat dengan hostel, kami jumpa bunga2 ros yang besar tak hingattt. Cantik sangat. Subhanallah. 


Masa kami sampai ni, cuaca di Cordoba pada 12 Oktober 2017 maksimum 34 darjah Celcius. Mana taknya mekar bunga2 ros ni. 

Ok..sebenarnya tak lah dekat sangat hostel kami ni dari hentian bas Glorieta Media Luna tu. Sebab saya ni lemah sikit baca gugel map. Asik nak sesat barat je..ahaha..Dalam 15 minit gitu jalan kaki walaupun gugel kata cuma 9 minit je.



Sehingga ke lain waktu untuk post review Hostal Alcazar, Cordoba. Insha Allah.

You May Also Like

0 comments