Ini adalah sambungan dari post Cordoba 2H1M – Bahagian 1: Stesen Bas Cordoba. Lepas kami turun dari bas 05, di hentian bas Glorieta Media Luna, kami jalan kaki pusing2 cari Hostal Alcazar. 

Sebenarnya masa pertama kali sampai, memang rasa jauh sangat hostal ni dari hentian bas ni. Tapi sebenarnya tak..jalan lurus je macam peta tu..tapi tulah, masih lemah penggunaan GPS. Biasa ikut GPS suami je..haha. 

Kali ni kita pulak jadi GPS untuk orang. Lama dah akak tak buat keja guide2 ni. Masa kat Korea dulu cekap..hahaha. Ye lah, kampung kedua mana taknya. :)


Inilah rupa Hostal Alcazar dari luar. Hostal ini terbahagi kepada dua bahagian, kiri dan kanan. Tak silap paham saya sebelah kiri untuk tetamu yang menyewa lama. Kami duduk yang sebelah kanan. Yang sewa kejap2 je. 

Masa kami sampai ni dalam pukul 6.15 petang. Tuan hostal ni dah berumur macam atuk2 kita dan sangat peramah. Lupa pulak nak tanya nama dia tapi bila saya cek dekat Gugel, nama dia Fernando. 

Bila saya cuba borak2 dengan dia dalam bahasa Sepanyol, bukan kepalang gembira dia. Dia tanya kawan saya tak boleh cakap Sepanyol ke? Saya kata tak. Jadinya saya je la berbasi2 dengan dia. 


Ada hasil juga berbasi2 dengan tuan rumah ni. Macam saya katakan yang bilik kami ni shared bathroom masa saya booking tapi lepas saya borak2 dengan dia, terus dia bagi bilik dengan attached bathroom tanpa extra charge pun. 

Alhamdulillah. Bilik kami biasa2 saja. Lebih kurang macam bilik kami di Hostal Pension Catedral di Sevilla. Cuma di sana shared bathroom dan tanpa aircond. Bilik ni saya tak ingat ada aircond ke tak. Tapi masa tu seingat saya waktu malam tak panas la masa kami tidur. 

Hostal ni saya pilih sebab faktor lokasi dia. Dekat sangat dengan Masjid Cordoba (Mezquita Catedral Cordoba) cuma 6 minit je. 

Lagi satu pun dekat dengan Jambatan Romano yang cantik. Sebenarnya Cordoba kalau dapat pergi seberang Jambatan Romano ni pun cantik juga. Sebab saya pernah pergi kawasan situ masa tahun 2013 dulu.


Tapi kali ni saya skip lah..sebab kami pun tak banyak masa dan stail jalan2 kami kali ni tak rushing sangat. Pukul 10 pagi baru keluar hostal..hehe. 

Saya perasan masa muda jelita dulu, heheh..pukul 7 pagi dah boleh keluar dari hostal atau guesthouse untuk jalan2..tapi bila dah naik 4 siri ni memang nak santai2 je. Lihat dan nikmati apa yang boleh je. Satu lagi kawan saya pun tak berapa nak habis lagi jet lag dia.

Oh ye..masa kakak yang datang dari Singapura datang melawat Madrid. Saya ada tanya dia; "Akak bangun 3 pagi ke?" Dua tiga hari pertama dia di Sepanyol. 

Dia kata mana saya tahu? Saya bilang, sebab mengikut pengalaman diri saya dan orang2 yang pernah datang ke Madrid dari Malaysia, beberapa hari pertama tu confirm bangun tidur pukul 3 pagi. 

Anak akak tu bilang dia jetlag tapi dia kata dia biasa bangun awal pagi di Singapura. Bila saya bilang benda yang sama baru dia yakin jetlag. Hehe..Oleh itu siapa2 dari Asia Tenggara nak datang Eropah ni memang siap sedia la kesan jetlag tu dua, tiga hari pertama bila sampai. 

Jom tengok rupa dalam Hostal Alcazar ni k. Biasa je..taklah luxury tapi saya bersyukur sangat dapat attached bathroom. Senang sikit malam2 nak ke tandas ke. 

Dalam tandas ada ditampal arahan untuk jimat2 guna air sebab kawasan Andalusia ni memang dah lama sangat kemarau tak hingat. Musim panas ni sentiasa kering la sungai2 dan empangan2. 

Kami pun tak lah nak mandi lama sangat. Satu lagi sebab kat sini cuaca kering sangattttt..tekak rasa macam kesat bila bangun tidur dan kulit memang jangan kata la. 

Kalau lama2 mandi guna air panas pasti la kulit akan lebih kering lepas tu. Jadinya pastikan banyak minum air dan sapu losyen. 


Kawan saya hadiahkan saya beberapa keping masker dari Korea. Yeayyy..Komawo chinggu..Kulit yang pedih terbakar ni rasa lega kejap lepas pasang masker semalaman. 

Oh yer.. (banyak pula oh ye nye ye? :)) satu lagi, saya bawa plug extension (yang ada 4 point) dari Madrid. 

Sebab bukan apa..bila saya pergi stay guesthouse ke hotel ke kat Spain ni kadang plug point dia tak banyak sangat untuk charge battery bagai, kamera lah, laptop lah, tablet lah..external battery lah..the list goes on. Jadinya saya bawak siap2.


Ini pula gambar bahagian dalam Hostal Alcazar. Penuh dengan piring2 hiasan pelbagai rupa dan warna. Cantik....


Review saya - Ok lah hostal ni. Dekat dengan Masjid Cordoba dan tuan hostal baik hati bagi kami tinggalkan beg luggage kami walaupun kami dah check out esok paginya sebab nak jalan2 pi Masjid Cordoba. Bilik pun bersih,  selesa dan ada free WiFi. 

Saya tak de apa nak komplen. Sebab hari yang saya pergi ni nak kata musim panas tak panas, sejuk tak sejuk. 12 Oktober 2017, jadinya suhu dalam bilik tu tak panas dan tak sejuk walaupun kami cuma buka tingkap je. 

Saya tinggalkan satu review orang native Sepanyol k..apa yang dia cakap memang straight to the point tentang Hostal Alcazar ni (sila gugel terjemahan..homework..hehe).

Me ha gustado mucho y esta muy cerca del alcazar

y de la mezquita, son muy amables los dueños,lo recomiendo y precio muy bueno
Ini adalah sambungan dari post Sevilla 2H1M – Bahagian 11: Stesen Bas Plaza Armas. Masih banyak lagi post yang tertunggak untuk ditulis. 

Semoga ingatan saya masih kuat untuk jadi bahan rujukan bagi mereka yang ingin jalan2 santai di Cordoba. Perjalanan kami dari Sevilla ke Cordoba menggunakan bas ekspress Alsa dan kami tiba di Stesen Bas Cordoba pada pukul 5.30 petang pada tarikh 12 Oktober 2017. 

Pada mulanya saya rasa macam jauh juga dua jam tapi oleh kerana Alsa menyediakan kemudahan WiFi percuma, jadi tak terasa sangat masa berlalu. 

Dari Sevilla ke Cordoba juga dihubungi oleh tren Renfe. Siapa2 yang nak naik tren lagi cepat. Boleh sampai Cordoba 45 minit dengan tren jenis AVE untuk harga tiket lebih kurang 30 euro dari Stesen Sevilla Santa Justa. Mahal sikit tapi jimat masa. Bergantunglah pada poket masing2. :) 


Stesen Bas Cordoba dan Stesen Tren Cordoba hanya bersebelahan. Keluar je dari salah satu stesen, dah nampak stesen lagi satu (macam dalam peta di atas). 

Sebenarnya ini kali kedua saya ke Cordoba. Kali pertama saya melawat Cordoba pada October 2013 bersama suami. Genap empat tahun. :) Tak nampak banyak sangat perubahan. 


Ini rupa bahagian dalam Stesen bas Cordoba. Ada ruang menunggu yang selesa dan terbuka jadi taklah bau asap banyak sangat. 

Lepas kami keluar dari stesen, ada kiosk2 yang menyediakan makanan ringan Sepanyol macam bocadillo (sebut bokadiyo - sandwich dari roti baguette bersama inti). 

Inti ikut pilihan - macam tortilla (Spanish Omelette), jamon (sebut khamon -  ham, khinzir), calamares (sotong goreng tepung) dan sebagainya. Ada juga dijual kopi seperti biasa. Harga pun tak lah mahal sangat. Harga standard. 


Ini pula pemandangan dari luar. Estación Autobuses Córdoba - Stesen Bas Cordoba. Keluar je dah ada teksi menunggu. Pilih la jenis teksi. Harga ikut meter. Tapi kami ambil bas je. Tak jauh sangat hostel kami dari stesen bas ni.


Ini pula Stesen Tren Cordoba. Berhadapan dengan Stesen Bas Cordoba. Kami seberang jalan dan tunggu bas di tempat menunggu bas dalam bandar Cordoba macam dua adik manis Sepanyol dalam gambar di atas. 

Bas kami nombor 05 dari Stesen Bas Cordoba ke hostel. Harga tiket untuk seorang 1.30 euro. Oh yer..gambar tiket di bawah ini adalah pada hari kami pulang dari hostel ke Stesen Bas Cordoba. Kami naik bas nombor 03 yang betul2 depan hostel. Lihat tarikh ye. :)


Kalau bawa cabin bag macam kami, saya rasa masih ok lagi naik bas ni. Tapi kalau bawa luggage besar macam tak sesuai sangat sebab takde ruang khas dalam bas ni. 

Kami duduk di bahagian belakang sekali. Sambil dihiasi grafiti tulisan seni khat anak2 Sepanyol. Hehehe..Muka hakak dah sun burnt tak hingat...malam ni kita pakai masker korea k. Komawo chingu ya. 

Lepas turun dari bas dekat hentian bas yang paling dekat dengan hostel, kami jumpa bunga2 ros yang besar tak hingattt. Cantik sangat. Subhanallah. 


Masa kami sampai ni, cuaca di Cordoba pada 12 Oktober 2017 maksimum 34 darjah Celcius. Mana taknya mekar bunga2 ros ni. 

Ok..sebenarnya tak lah dekat sangat hostel kami ni dari hentian bas Glorieta Media Luna tu. Sebab saya ni lemah sikit baca gugel map. Asik nak sesat barat je..ahaha..Dalam 15 minit gitu jalan kaki walaupun gugel kata cuma 9 minit je.



Sehingga ke lain waktu untuk post review Hostal Alcazar, Cordoba. Insha Allah.
Baru2 ini saya mendengar tausiyah Dr Maza (Dr. Mohd Asri Zainal Abidin) tentang Istikharah di Youtube (dalam video di bawah) dan hati saya tersentuh ketika beliau sebut tentang - apa yang kita lalui, pelajari, pembacaan, pengalaman membentuk dimensi pemikiran kita. Sangat2 betul apa yang beliau katakan.


Saya perasan begitu juga apabila saya muhasabah diri dan pengalaman yang saya telah lalui dalam hidup saya. 

Antara prinsip kehidupan saya yang saya sedar tak sedar melakukannya adalah gaya hidup minimalis. Tahun 2007 adalah ´pivotal point´ saya memulakan kehidupan ini dan tahun 2009 saya telah mengambil pilihan untuk memulakan kehidupan ´debt-free´. 

Tahun 2007 - saya mula backpacking sendiri di Jepun. 

Tahun 2009 - saya mula backpacking sendiri di Korea Selatan.

Saya tak ingat bila tapi salah seorang kenalan Malaysian yang saya kenali di Korea Selatan memberikan saya satu pautan laman web: https://www.theminimalists.com/

Bila saya luangkan sedikit masa untuk meneroka isi kandungan laman web ini, saya tiba2 bermonolog dalam diri - "Aku sebijik macam ini!". 

Suka sangat2 bila tengok rumah2 tradisional orang Jepun yang sentiasa lapang dan luas tanpa banyak barang. Kalau boleh nak buang semua benda dalam rumah dan biarkan kosong macam tu. 

Cuma tinggal hamparan Tatami mat (macam gambar di bawah) bersama saya dan golek2 dari hujung dinding ke dinding yang lain macam Naru Kotoishi dalam anime Barakamon

Veranda by Mrhayata

Suatu hari pernah saya kata kat mak, kalau saya ada rumah suatu hari nanti saya tanak beli sofa. Semua tetamu kena duduk atas lantai je..Haha.. Mak saya tanya, dia pun ke? Yer, dia pun kena duduk atas lantai. Alahai kejamnye anak.

Tapi oleh kerana pilihan hidup saya adalah gaya hidup minimalis, tak nampaklah lagi bayangan sofa tu. Maka sampai sekarang tak pernah terfikir untuk berhutang untuk sebuah rumah sendiri. Bila adik saya kata sampai bila nak sewa rumah? Hmm..saya kata kenapa tidak?

Tak pernah terfikir untuk tinggalkan harta pusaka kat orang lain. Kalau adapun apa yang tinggal dalam EPF/KWSP yang tak boleh sentuh sebelum umur pencen tiba. Itupun kalau panjang umur.

Teringat kata2 sahabat Rasulullah SAW;  Abu Bakar yang menyedekahkan segala hartanya untuk Islam dan cuma meninggalkan Allah dan Rasulnya untuk keluarganya. 

Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah “Apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu.” Lalu beliau menjawab, “Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya”. - Petikan dari blog ini dan boleh baca selebihnya.

Adakah saya boleh begitu? Adakah saya akan kena sumpah oleh ahli keluarga kerana tidak ada sesen pun untuk mereka bila saya sudah tiada? Tanak lah lihat keluarga saya gaduh2 macam dalam drama Melayu kerana harta pusaka. Sedihhhhh...

Kalau nak bagi, bagilah sebelum masuk dalam 7 kaki bawah tanah. Dunia ini ladang untuk ditanam sebanyak2nya, bagi juga sebanyak2nya kepada yang memerlukan dan hasilnya kita tuai di akhirat nanti.

Tapi kita ni manusia, lumrahnya suka kepada benda yang nampak hasil depan mata untuk ukur kejayaan seseorang. Kalau yang ghaib macam pahala dan dosa tak nampak, susah nak percaya kalau tak beriman. Wallahualam.

Gaya hidup minimalis bukan bermakna tak berada, tak kaya, tak mengembara banyak negara tapi hidup dengan apa yang perlu saja dan selebihnya bagi kepada yang lebih memerlukan. Wallahualam.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ , أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ

“Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.” (HR. Bukhari)
Alhamdulillah, setelah selesai mid-term exam, baru rasa lega sikit untuk meneruskan penulisan dalam blog. 

Kalau tidak otak hakakkk serabut hehe. Bulan lepas dalam awal bulan Mac kami menerima kunjungan dari salah seorang pembaca blog ini. 

Salam ukhuwwah dari Singapura hingga ke Madrid telah dihulurkan dan macam tak percaya yang ada juga pembaca yang sudah khatam baca blog ini walaupun masih beberapa tahun jagung :) dan tidaklah sering saya menulis seperti dalam blog Korea dahulu.

Dalam kamus bahasa arab Ukhuwwah (الأُخُوَّة ) berarti persaudaraan. Dahulu saya sering keliru antara masud ukhuwwah dan silaturrahim. 

Sekarang tidak lagi setelah belajar bahasa Arab, saya telah dapat memadam kekeliruan itu. Alhamdulillah, semuanya atas keizinan Allah untuk saya mempelajari bahasa Al-Quran ini. 


Pada mulanya saya berbalas email dengan pembaca blog ini, lama kelamaan terus berWhatsApp untuk memudahkan bicara. 

Tak sampai sebulan kemudian mereka suami isteri tiba di Lapangan Terbang Barajas, Terminal 4 (Gambar atas) dan Alhamdulillah kami bertemu di sana buat pertama kali. 

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak yang sedang mengambil kursus pertukaran pelajar di sebuah universiti di Segovia, tidak jauh dari Madrid. Dalam 1 jam 30 minit naik bas atau kereta. Boleh baca pengalaman saya melawat Segovia di sini.


Apa yang saya sungguh terharu adalah kemurahan hati pasangan ini menghadiahkan kami barang2 seperti buku, makanan dari Malaysia yang kami rindui dan juga kuih muih raya. Masha Allah. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka serta merahmati mereka sekeluarga. Amin. 

Sepanjang saya berkenalan dengan pasangan ini, mereka tak jemu2 bersedekah dan ini sesuatu yang perlu saya pelajari. 

Saya teringat cerita tentang bagaimana Saidatina Aishah RA bersedekah walaupun padanya hanya ada sebiji kurma. Adakah kita boleh begitu juga suatu hari nanti? 

Terkadang saya lihat terlalu banyak yang kita miliki tetapi terlalu sedikit yang kita ingin lepaskan. Senantiasa nafsu menginginkan ketamakan melampau2 untuk memiliki dan terus memiliki walhal sudah lebih dari mencukupi. Astaghfirullah. 

Dari 'Adi bin Hatim r.a. kata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"‏ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ ‏"

Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Sumber: Hadith Bukhari

Ini adalah antara tempat2 yang saya sempat lawati bersama pasangan ini di Madrid. Oleh kerana saya suri rumah sepenuh masa, dapatlah saya bawa mereka berjalan2 sekitar Madrid. Suami cuma dapat melapangkan waktu pada hari Jumaat selepas solat kerana kekangan kerja. 


Saya cuma sempat bawa mereka melawat sekitar Madrid untuk dua hari sahaja. Kami banyak berjalan kaki dan hari kedua saja baru kami ambil metro sebab Masjid M30 yang kami ingin lawati jauh sedikit dari tengah bandar. Hari pertama santai2 sahaja. Kami melawat Plaza Mayor, shopping, makan churros di San Gines kemudian shoppping lagi di Primark. Sebelum pulang ke rumah kami singgah di sebuah restoran Lebanese yang berdekatan dengan Primark, minum teh Maghribi sambil menunggu pesanan makanan untuk dibawa pulang. 


Hari kedua iaitu hari Jumaat, kami jalan sekitar Plaza Cibeles, Centro Centro (dulu CityHall tapi diberi penjenamaan baru), Bank of Spain dan Metropolis Granvia. Sayangnya bangunan Centro Centro sedang dibaikpulih. 

Kalau tidak, pasti lebih cantik gambar pemandangan di sini. Kami meluangkan masa membeli sedikit cenderamata di kawasan Gran Via. Ada beberapa kedai cenderamata sepanjang jalan ini. Di sini ada dijual gula2 Madrid (gambar di bawah) atau dalam bahasa Sepanyol - Caramelo (sebut karamelo). 

Ini adalah gula2 yang memang ´typical of Madrid´. Saya tak lupa mengsyorkan pada kakak ini untuk dibawa pulang sebagai cenderamata. Bukan apa..saya teringat sangat kat gula2 ini sebab inilah gula2 yang suami hadiahkan pada saya pada awal2 perkenalan kami. 

Sentimental gitu..hahaha. Rasa dia..hmm..sedikit macam gula2 Hacks perisa epal cengkih tapi versi Madrid dan lebih luxury gitu rasa dia. Ada lagi ke gula2 Hacks ni? Mungkin generasi saya je kot yang pernah cuba.


Kemudian kami bergerak ke Primark lagi sebab mereka mahu tukar beberapa helai pakaian yang sudah dibeli semalam di Primark. Barang2 di Primark boleh ditukar atau minta ´refund´ dalam masa 30 hari kalau masih ada resit dan label masih belum dipotong. 

Selepas dalam 1 atau 2 jam di Primark, kami bergerak ke Masjid M30 untuk solat Jumaat. Cuaca dah mula mendung. Oh lupa..masa mereka datang melawat Sepanyol ni musim hujan hampir kebanyakan hari di sini. 

Oleh kerana cuaca yang tidak menentu masa kini, saya tak dapat nak mengagak bila kedatangan musim bunga atau musim bunga mekar lagi. Kitalah juga yang merosakkan alam ini, kita jugalah yang menanggung akibatnya. 

Solat Jumaat kali ini khutbah dibaca dalam dua bahasa. Bahasa Arab dan bahasa Sepanyol oleh kerana tak semua jemaah boleh faham bahasa Arab tapi saya masih suka dengar khutbah dalam bahasa Arab. 

Sungguh nikmat di telinga ini bila sudah boleh memahami lebih dari separuh bacaan khutbah tersebut. Bolehkah saya katakan lazat? Hmmm...:)


Di dalam masjid, ada sebuah restoran di tingkat B-2. Kami tak lepaskan peluang untuk mecuba hidangan di sini. Suami saya cuma dapat hadir selepas solat Jumaat dan kami semua makan tengahari bersama. بارك الله فيهم kepada pasangan ini yang telah belanja kami makan. 

Makanan tengahari di sini adalah seperti kebiasaan budaya Sepanyol iaitu menu del dia. Lupa pula nak ambil harga dia..tak silap dalam 12 atau 13 euro untuk seorang. Untuk primero plato saya ambil sayur bayam dan suami ambil salad. 

Untuk segundo plato saya ambil kuskus dan suami ambil kabsah. Untuk postre, saya ambil kopi dan suami teh Maghribi. Apa itu menu del dia, boleh baca disini. 


Selepas itu kami berjalan dalam 15 minit ke arah Plaza de Toros de Las Ventas atau biasa kami sebut Las Ventas saja sebab panjang sangat nama dia..hehe. Masa kami berjalan ke arah stadium ini, kami terpaksa berhenti sebab hujan panas. 

Sempat lagi tengok pelangi. Subhanallah. Stadium ini sangat cantik dan kalau takde masa nak melawat, ambil gambar dari luar saja pun boleh macam kami lakukan.

Kat sini pun ada stesen metro betul2 depan stadium ini - Metro Ventas.  Ini adalah stadium untuk pertandingan lembu. 

Sepanyol masih lagi mengamalkan pertandingan ini walaupun sangat2 kontroversi topik ini kerana banyak demonstrasi dilakukan untuk menghalang kesinambungan budaya ini di sini. 

Kalau setakat nak melawat stadium ini pun boleh tanpa melihat pertandingan pada hari2 yang tiada perlawanan. Boleh lihat disini.

Oh ya..hari Jumaat malam sabtu di Madrid ada rusuhan di Lavapies tapi kami memang tak tahu apa2 sebab masa tu berada di kawasan Masjid M30 dan bila hari Sabtu baru baca berita dan dapat tahu tentang rusuhan ini. 

Kakak kata waktu malam tu macam dengar bising2 kat bawah hotel mereka tapi tak tahu apa yang berlaku. Kawasan mereka tinggal ni dekat juga dengan Lavapies, 5 minit je jalan kaki. 

Alhamdulillah tidak ada apa2 yang buruk berlaku masa mereka disini. Pada pendapat saya, Madrid secara amnya selamat kalau nak jalan sorang2 tapi kalau boleh elakkan berjalan seorang diri di tempat yang tidak ramai orang dan di lorong2 yang gelap.

Baiklah, setakat ini dahulu. Ciao.
Selepas pemergian kakak ipar tersayang baru2 ini..Allah yarhamha..saya seringkali bermonolog dalam diri sendiri.

Kalau selepas ini saya pula pergi menemui Pencipta saya, apakah persediaan untuk akhirat saya sudah siap? Adakah bekalan saya untuk ke dunia yang lebih kekal sudah mencukupi? 

Setiap hari bila saya baca suratkhabar di internet, ada saja berita kematian dalam berbagai2 bentuk dan cara. Tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya pasti saja maut tiba tanpa kita ketahui giliran kita.

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan khusnul khatimah (akhir yang baik) dan janganlah kau akhiri hidup kami dengan su'ul khatimah (akhir yang buruk). Amin.


Ketika saya di Korea, saya ada melalui satu papan tanda yang berada di beberapa tempat, tertulis di atas papan tanda itu.

."If I die tomorrow"  "Before I die I want to.." Masa tu cuma ambil gambar depan papan tanda itu, senyum, tapi tidak muhasabah diri langsung! Astaghfirullah..

Kalau saya mati esok, mungkin suami, ibu, bapa dan ahli keluarga akan dapat doakan saya...tapi kalau mereka sudah tiada? siapa lagi dapat mendoakan saya? 

Kalau saya ada anak, anak saya mungkin akan doakan saya..tapi kalau tiada anak? Kalau ada anak tapi bukan anak yang soleh?

Kalau saya ada harta untuk sedekah jariah, mungkin kebaikan dari amal itu akan terus mengalir walaupun saya sudah dalam kubur tapi adakah saya ikhlas ketika memberinya? Adakah amal saya diterima Alah?

Kalau saya ada ilmu, mungkin kebaikan dari ilmu yang diamalkan juga akan terus mengalir tapi kalau saya cuma fokus mengumpul ilmu tapi ilmu bermanfaat yang dipelajari tidak banyak disebarkan?

Bermacam2 bermain di dalam kotak fikiran.

Baru2 ini saya ada mendengar ceramah dari Ustaz Abdul Somad (Allah Yahfazuhu) dari negara jiran, Indonesia melalui Youtube.

Tajuk video tersebut adalah - Pertanyaan Orang Malaysia Sungguh Luar Biasa -  yang membuatkan saya teruja nak tengok. Apa yang luar biasa sangat ye? :)) Boleh lihat video ini di sini.


Selepas mendengar hampir ke minit 34, ada satu soalan yang menyentuh hati saya yang diajukan kepada beliau. Ia lantas membuatkan saya berfikir. Saya nukilkan di bawah ini.

Soalan: Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan hidup yang paling pahit adalah berharap kepada manusia - Saidina Ali bin Abu Tholib. Ustaz, sila huraikan tentang maksud berharap kepada manusia dari Saidina Ali. Adakah berharap seperti cinta atau lainnya? 

Jawapan:

Berharap kepada manusia hampa. 

Berharap kepada benda sirna.

Berharap kepada kuasa akan musnah.

Berharaplah kepada Allah yang tak pernah menyia-nyiakan harapan.

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ ....

....Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,  -  Surah Al-kahf (18:110)

Siapa yang berharap kepada Allah, dua saja kau bawak.

فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya  -  Surah Al-kahf (18:110)

Berharap kepada anak, kecewa kerana anak mungkin tak membalas budi baik. Kita akan sakit hati.

Berharap kepada isteri, boleh jadi dia tidak membalas.

Berharap kepada suami, boleh jadi dia menikah sekali lagi.

Maka berharaplah kepada Allah SWT. 

Sakit hati muncul kerana terlalu banyak berharap kepada makhluk maka gantungkanlah harapan kepada Allah. 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ  اللَّهُ الصَّمَدُ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat - Surah Al-Ikhlaas (112 :1-2)

Allah tempat bergantung. Maka gantungkanlah kepada Allah SWT.

Bila bangun pagi 1 April 2018, ada mesej di whatsapp. Abang kata kakak ipar dah meninggal pukul 9.45 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Sultanah Aminah, Johor. 

Hari ini...hari pemergian kakak ipar tersayang kembali kepada dunia yang kekal, pulang kepada Penciptanya.

Kakak ipar adalah seorang isteri dan wanita yang sangat penyabar, lemah lembut dan cantik budi pekertinya, 46 tahun; meninggal dunia selepas berjuang kanser rahim tahap 4. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni dosa2 nya dan digolongkan dalam kalangan hamba2 Nya yang beriman. Amin. 

..يالله یرحمها


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. 

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( A-li Imraan 3:185 )