Sevilla 2H1M – Bahagian 8: Kafe Jester

by - March 17, 2018

Ini adalah sambungan dari post Sevilla 2H1M – Bahagian 7: Masjid Sevilla. Lepas balik dari Masjid Sevilla, kami pulang ke Hostal Pension Catedral dah nak dekat pukul 10 malam. 

Sesat barat juga cari jalan pulang ke hostal ini dari Masjid Sevilla dalam kegelapan malam walaupun ditemani Google Maps. Lorong2 di Sevilla kecil2 dan bila hari dah gelap semua nampak sama je. 


Sampai di hostal, kami makan bekalan yang dibawa dari Madrid, roti Rghaif/Msemen Maghribi yang serupa tapi tak sama dengan roti canai di Malaysia bersama kuah sambal dalam tin yang kawan saya bawakan dari Malaysia. 

Nikmat sangat....الحمد لله Kemudian kami minum jus buah dalam kotak yang kami dah siap beli di Madrid. Ringan sikit beg kami lepas dah makan semua bekalan ni.

Esok paginya pada hari Khamis 12 Oktober, hari kedua kami di Sevilla, kami bangun tak lah awal sangat hehe. Waktu subuh mula pukul 7 pagi macam tu. 

Kalau keluar awal sangat hari pun masih gelap. Lepas mandi, solat Subuh dan kemas apa yang patut, pukul 10 pagi macam tu baru kami check-out, tak lupa ambil gambar Hostal Pension Catedral sebelum meninggalkan hostal yang cantik ni. Boleh lihat semua gambar2 di post Hostal Pension Catedral.


Perut dah main lagu keroncong Ana, apa lagi..misi mencari Kafe Jester dimulakan. Kafe Jester ini saya cari di Trip Advisor dan tidaklah jauh sangat dari hostal kami. 

Jalan kaki macam 5 minit je macam tu. Ramai yang bagi komen sarapan kat kafe ni sedap dan puas hati. Kami pun setuju! Lepas sarapan macam tu kami akan pergi melawat Plaza de España yang juga tak berapa jauh dari Kafe Jester.

Kafe Jester terletak di Calle Puerta de la Carne, 7a, 41004 Sevilla dan waktu mereka beroperasi adalah seperti berikut (sumber Pak Gugel dan boleh berubah):

Ahad - Sabtu (kecuali hari Rabu): 9 pagi - 2 petang, dan 4.30 petang - 8:30 malam.

Hari Rabu: 9 pagi - 2 petang.


Seperti kebiasaan, kami mengambil sarapan yang berat. Lagipun malam tadi kami cuma makan malam yang sedikit. 

Kafe Jester ni kecil je. Bila kami sampai matahari dah terik dan takde tempat lain kecuali spot macam dalam gambar. Dalam Kafe Jester takde tempat duduk dan cuma boleh ambil order saja. Ada beberapa orang sedang beratur dihadapan kami tapi kami tak menunggu lama. 

Tuan punya kafe sangat peramah dan mereka fasih berbahasa Inggeris. Kami pesan Cafe latte saiz medium untuk dua orang, satu croissant peanut butter dan satu bagel bersama tomato dan mozarella cheese bersama sos pesto. Riquísimo!! yang bermaksud very rich, delicious. الحمد لله


Kopi dia pun sedap, berkualiti dan harga semuanya 7,40 euro. Saya sangat terkenang2 dengan roti bagel ni sampaikan bila pulang ke Madrid hampir setiap hari saya sarapan macam ni seperti gambar di atas tapi taklah sesedap roti bagel macam di Kafe Jester.  :lol: 


Oh ye..kopi saiz medium ni agak banyak, jadi kami rasa menyesal mula ambil saiz medium. Lebih baik pesan saiz paling kecil sebab kami tak dapat nak habiskan dan bawa bersama dalam perjalanan seterusnya. 

Lagipun bila matahari pukul 10 pagi dah memancar terik macam tu kami pun dah tak tahan disimbahi mentari, terus bergerak ke destinasi kami seterusnya iaitu Plaza de España tetapi.....kami ternampak satu jambatan yang cantik! 

Sori..tukang ambik gambar tak pandai..inilah jadinya. Tapi jambatan ni memang cantik! Inilah dia Sevilla. Banyak sangat DETOUR yang perlu dibuat. Ini cantik, itu cantik, semuanya cantik. ما شاء الله

You May Also Like

0 comments