Sevilla 2H1M – Bahagian 7: Masjid Sevilla

by - March 06, 2018

الحمد لله, post ini adalah sambungan dari Sevilla 2H1M – Bahagian 6: Metropol Parasol. Selepas itu kami bergerak ke Masjid Sevilla yang terletak lebih kurang 7 minit jaraknya dengan berjalan kaki. 

Waktu kami sampai sudah gelap jadi kami terkial2 juga nak mencari Masjid Sevilla ni. Kalau waktu siang, lebih mudah untuk mencarinya sebab kawasan hadapan masjid adalah tempat parking dan juga stesyen bas dalam bandar. 

Kami memilih melalui jalan titik biru seperti didalam gambar peta di bawah.


Masjid ini dalam bahasa Sepanyol adalah Fundación Mezquita de Sevilla atau dalam bahasa Inggeris adalah Seville Mosque Foundation. Nampak tak perbezaan nama dia? 

Sevilla (sebut seviyya atau sebiyya) dalam bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris pula adalah Seville (sebut sevil kalau tak silap saya). Boleh klik sini untuk melihat laman web Masjid Sevilla dalam bahasa Inggeris. 

Kawasan hadapan masjid dilitupi pokok2, jadi kena cari betul2 antara celah2 pokok ini. Masjid ini hanyalah seperti bangunan kedai saja kelihatannya dari luar.


Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam ketika kami sampai dan waktu solat Maghrib berjemaah sudah pun berlalu. Ketika kami masuk, pintu tidak berkunci dan masih ada lagi jemaah lelaki yang duduk berbual2 di ruang solat lelaki sambil  menunggu waktu solat Isyak. 

Seorang jemaah lelaki menunjukkan kami tempat wuduk bagi wanita dan ruang solat untuk wanita. الحمد لله ruang solat tidaklah terlalu kecil tetapi tempat ambil wuduk saya ambil di sinki saja. 

Oh ya, pastikan pergi masjid waktu nak dekat2 masa solat sebab kadang2 kalau dah habis solat, masjid ditutup. Macam di Estrecho, di Madrid lepas solat Isyak berjemaah, masjid akan dikunci. 


Gambar diatas adalah ruang solat wanita. Cuma kecil sedikit saja dari ruang solat lelaki. Kami tak lepaskan peluang untuk solat jamak-qasar Maghrib dan Isyak. الحمد لله


Gambar ini pula adalah ruang untuk belajar dan jika ada perbincangan atau kelas2 anjuran Masjid Sevilla dan lain2. Ia terletak betul2 di hadapan ruang solat wanita. 

Kalau meja ni dialihkan, semua jemaah wanita boleh duduk saja di atas karpet untuk mengikuti kelas. Penggunaan ruang yang bagus. 


Oleh kerana kami sampai di Sevilla 11 Oktober dan berada di sini hanya untuk 2H1M saja, kami terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti anjuran city council Almonaster la Real pada 13,14 dan 15 Oktober iaitu aktiviti yang akan menceritakan kemegahan era Andalusia. T_T Takde rezeki kami. 

Ini adalah acara tahunan setiap bulan Oktober yang diadakan di Almonaster la Real. Boleh ikuti laman web mereka disini untuk tarikh2 akan datang. 

Dari Sevilla ke Almonaster la Real kena naik bas dalam 2 jam 10 minit dan boleh beli tiket di Plaza Armas dan ambil bas dari situ yang akan saya ceritakan pada post akan datang إن شاء الله atau beli online di laman web Syarikat bas Damas (dalam bahasa Sepanyol). 

Tiket pergi balik dari Sevilla ke Almonaster la Real dalam 20 euro. Lihat video ini untuk lihat aktiviti di Almonaster la Real pada tahun 2015.


Rimbunan pokok2 telah menghalang signboard Masjid Sevilla. Gambar diatas ini saya ambil dari hentian bas di hadapan masjid seperti gambar di bawah.


Sebelum sampai di Sevilla, saya ada juga cari2 dari Pak Gugel kalau ada video2 tentang Masjid Sevilla dan saya terjumpa di Youtube, siri video yang bertajuk - A Tile for Seville. 

Video2 ini adalah tentang usaha mereka mencari dana untuk membantu Masjid Sevilla. ما شاء الله. Boleh klik di channel ini untuk melihat video2 mereka melawat tempat2 lain di Sevilla juga.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَ رِزْقًا طَيَّبًا , وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima

[HR Ibn Majah]

Semoga Allah menerima amalan mereka dan amalan kita semua. آمين

Video ini khas tentang Masjid Sevilla dan boleh lihat keadaan di dalamnya.

You May Also Like

0 comments